Lapan

964 61 9
                                    

Inara merenung dirinya di cermin butik pakaian terkemuka itu. Dia kelihatan anggun dalam busana kebaya berwarna hijau zamrud. Senyuman manis terukir diwajahnya.

"Cantik tak Med?" soalan dari Inara itu menyentak lamunan panjang Ayra Medina. Dari pagi hingga jam tiga petang, dia dan Inara mencari pakaian yang sesuai untuk ke majlis kenduri kahwin anak buah Mak Yam yang diadakan di kampung mereka yang terletak di Johor.

Terlayar kembali bagaimana dirinya terpaksa bersetuju untuk ikut serta dalam rombongan pengantin itu.

Tangan Ayra Medina digenggam erat oleh Inara. Berkali-kali gadis itu merayu kepada Ayra Medina untuk turut ikut serta.

"Ya Allah, aku bukan taknak tau.  Aku malu la Inara." naik rimas Ayra Medina bila Inara tak habis-habis membuntutinya. Dia ke dapur, Inara juga ke dapur. Dia ke bilik, Inara ikut sama ke bilik. Nasib baik dia ke tandas, gadis itu tahu privasinya.

"Alah please, kau kena teman aku. Aku takde kawan tau tak dekat sana. Sepupu aku semua lelaki." Inara membuat muka comel. Waktu ini mereka berada di halaman rumah asuhan itu. Riuh tawa kanak-kanak di situ, diabaikan seketika.

"Kau cakap macam tu lagi la aku malu. Aku ni bukan siapa-siapa tau. Nak nak aku ni bawak perut. Ada yang tanya mana suami aku, aku nak jawab apa?" Ya, itulah yang dirisaukan Ayra Medina. Malu dengan status dirinya itu. Single mom to be...

"Ish kau cakap lah laki kau outstation ke, takpun kau menyamar je la jadi bini abang aku." sejurus cadangan gila itu disampaikan, laju tangan Ayra Medina mencubit peha Inara. Terjerit kuat gadis itu. Sakit bukan kepalang cubitan mesra Ayra Medina.

"Pandai lah kau, idea gila kau tu tak boleh pakai langsung tahu! Dah lah aku nak masuk dalam, kau jangan ikut aku eh!"

Inara berwajah cemberut, namun hanya seketika bila dia terfikirkan sesuatu. Mengapa dan kenapalah dia tidak mintak tolong along nya sahaja untuk membantu memujuk Ayra Medina.

Segera Inara berlari kecil menuju ke rumah agamnya. Makin lebar senyuman bila kereta milik Imran Yusuff elok terparkir di garaj.

Along, mu tunggu aku datang!

Dan di sini lah Ayra Medina, dengan muka terpaksa akibat di paksa oleh Imran Yusuff.

Lelaki itu mengugut jika dia tidak ikut sama, dia akan memberi Sofea di bawah jagaan orang lain, memandangkan ada keluarga yang berminat untuk menjadikan Sofea sebagai anak angkat mereka.

Hanya perlukan persetujuan dari pihak rumah asuhan dan mahkamah sahaja. Dan kerana itu, Ayra Medina terpaksa bersetuju. Apa yang Imran Yusuff mahukan, pasti dia akan dapat. Begitu juga bila dia mengatakan ingin melakukan, jangan dicabar kerana Imran Yusuff lelaki yang pantang dicabar.

"Ishhh, Med! Aku tahu la separuh jiwa kau tu tak rela, tapi jangan la abaikan soalan aku." Inara mula bernada seperti berjauh hati.

"Hah? Apa? Kau tanya apa tadi, sorry aku berangan." Ayra Medina kembali ke alam realiti.

"Ni cantik tak, baju ni?" soal Inara buat kali kedua.

"Cantik, tapi..."

"Tapi?" Inara mengerut kening.

"Cantik, tapi lagi cantik kalau kau simpan mulut itik kau tu. Jangan memuncung sangat ya. Yang patut tayang muka merajuk tu aku tahu? bukan kau." dijeling Inara yang kembali tersengih sumbing.

"Eheh, jangan marah Cik Medina. Nanti cepat tua tau. Kau punya baju dah dapat belum?" soal Inara. Matanya masih membelek baju yang tersarung dibadannya. Kagum dengan kecantikan sendiri.

"Aku awal-awal lagi dah siap pilih. Kau tu je yang cerewet, nak bercorak itu la corak inilah. Aku bagi kau corak tahi cicak kang baru kau tahu." Ayra Medina buat muka malas.

Mana tidaknya, sudah hampir berjam-jam masa berharganya berlalu begitu saja. Di butik pertama tadi dia sudah siap memilih sepersalinan baju kurung pahang berwarna hijau zamrud juga memandangkan tema bagi pihak keluarga pengantin lelaki hijau zamrud. Baju kurung pahang di pilih bagi menutup baby bump di perutnya. Tidak jelas kandungannya jika dipandang begitu sahaja dalam busana itu.

"Alah sorry la Med, janji tak buat lagi. Kalau aku buat aku janji lagi." sejurus itu bantal sofa yang disediakan sebagai tempat menunggu itu dibaling tepat ke arah Inara. Puas hati Ayra Medina selepas melihat Inara mengaduh kesakitan.

"Amboi garangnya mak buyung kita ni." suara garau yang tiba-tiba muncul itu, membuat kepala Ayra Medina menoleh.

Muncul lelaki yang berkemeja biru tua dengan seluar slack. Terpegun seketika Ayra Medina. Kacak.

Siapa? Siapa lagi jika bukan Imran Yusuff. Dengan lengan baju kemeja yang dilipat hingga ke siku , mudah sahaja untuk dirinya menjadi perhatian gadis-gadis di butik itu.

Tempat bersebelahan Ayra Medina, Imran Yusuff ambil. Lantas, laju sahaja tangan kekar milik lelaki itu ingin mengusap perut Ayra Medina.

"Hey, jangan pegang lah." belum sempat tangan Imran Yusuff menyentuh perutnya, tangan Ayra Medina lebih laju memberi pukulan kecil.

"Alah kenapa tak boleh pegang? Selalu boleh je?" Imran Yusuff buat muka bingung.

Inara tercengang, namun pantas riak wajahnya ditukar dengan senyuman nakal kepada Ayra Medina.

Uuu... nampaknya tak lama lagi dapat lah dia kakak ipar.

"Bila masanya selalu boleh? Awak jangan macam-macam ya Yusuff." panik Ayra Medina bila Inara mula memandang mereka. Jangan lah si Inara itu berfikir yang bukan-bukan.

"Yelah yang haritu, yang kita pe... Auhhh sakit sayang." belum  sempat Imran Yusuff habiskan ayatnya, cubitan ketam Ayra Medina sudah hinggap ke pehanya.

Macam lah dia tidak tahu, Imran Yusuff ingin mengungkit tentang kisah terpeluk tanpa sengaja sewaktu dia menangis di atas bukit itu. Tak sengaja ke sengaja? Ah itu belakang cerita. Yang penting, Inara tak boleh tahu. Sesiapa juga tidak boleh tahu.

"Amboi abang, kalau dah sampai ke sayang tu... Baik abang cepat masuk line. Nanti takut kene kebas. Maklumlah Medina ni ramai peminat tau." Inara yang dari tadi memerhati mula masuk campur. Sweet pula bila dilihat Ayra Medina dan Imran Yusuff duduk bersama di sofa itu.

"Yeke ramai peminat, okey lah nanti abang suruh papa masuk meminang." Imran Yusuff tersenyum nakal. Kedua tangannya di gosok tanda teruja dan tidak sabar.

Tidak pula Inara tahu yang Imran Yusuff itu pandai bergurau. Setahu dirinya abangnya seorang yang dingin. Tapi lain pula bila dengan Ayra Medina, contohnya seperti sekarang, abangnya itu memerhati Ayra Medina dengan pandangan kasih manakala wanita itu mempamerkan wajah cemberut hasil dari gurauan nakal tidak berasas dari abangnya.

a/n: seperti yang anda tahu, saya tidak tahu... eheh penat la sis nak mintak maaf sebab selalu lambat update. so kali ni sis taknak mintak maaf, sis nak merajuk jee... sebab ada yang jadi silent reader. tapi takpelah silent reader pon kesayangan sis jugak...

Medina | ✔️Where stories live. Discover now