Bab 16

5.8K 244 28
                                    

"Adik mari sini sekejap" Sayidah memanggil anaknnya dan menyuruhnya untuk duduk bersebelahan dengannya.

'Alamak.. Apa salah aku ni... Aku ada buat salah ke?'

Kesemua salah silapnya yang lampau diimbas kembali. Bingung Ibunya mahu marahkannya tentang kesalahan yang mana satu.

Biasalah. Jikalau dipanggil ibu sebegitu, pasti kita teringat kesalahan yang kita lakukan pada masa lampau.

"Ada apa bu?" Nora menanya setelah dia duduk di sebelah ibunya.

"Ibu mahu tanya sedikit.." lalu ibunya memegang tangan Nora sambil memusingkan badannya ke arah anaknya.

Hati Nora kini mula berdegup dengan lebih rancak lagi.

"Cikgu Atiqah ada lah mesej Ibu tentang adik. Adik ada masalah ke? Nak kongsikan dengan ibu?" Ibunya menanya.

'Alamak..apa cikgu beritahu ibuku ni..'

"Ibu takkan marah adik.. Jadi beritahu ibu apa penyebab adik tidak fokus dalam pelajaran"

Senyap.

"Ibu sebenarnya bukan apa.. Tapi risaukan adik sahaja.. Kan peperiksaan dah nak dekat. Kan sayang?"

Senyap.

"Adik janganlah senyap adik.. Ibu bukan nak marah tapi nak bantu adik sekarang ni.."

Nora kini mula bermain dengan jarinya. Mahu bilang atau tidak? Bingung jadinya.

"Erm... Sebenarnya...adik... sebenarnya adik.." Nora terasa susah mahu lengkapkan ayatnya itu.

"Ada boyfriend?" ibunya menyambung ayat Nora.

Kegelisahan mula terpancar di wajah Nora. Bingung Nora. Bagaimana rahsia ini boleh terbongkar? Baru 4 bulan berpasangan.. Nora belum sedia untuk berpisah dengan Syakir.

'Tapi.. Macam mana ibu tahu?'

"Macam mana ibu tahu?" ibunya seperti membaca dan meniru fikirannya.

'Ibu ada ilmu hitam atau putih ke ni?"

"Ibu tak ada ilmu pelik-pelik lah sayang.." lalu ibunya ketawa.

'Aik.. Peliknya..'

"Bukan pelik tapi muka adik ni senang sangat nak baca fikiran adik. Semuanya tertunjuk di muka sayang ni" Jelas ibunya.

Nora tersenyum setelah mendengar keterangan ibunya.

"Ibu.. Tak marah?"

"Ibu nak marah untuk apa sayang"Ibunya tertawa, "Ibu faham lah Nora kan lagi remaja. Baru mula penukaran hormon jadi ibu faham"

Lalu dia pun memeluk ibunya dengan erat. Dia bersyukur kepadaNya kerana ibunya tidak memarahinya.

"Sayaaang ibu"

"Tapi ini tak bermaksud ibu benarkan Nora keluar dengan teman lelaki Nora eh.. Ingat.. Pergaulan bebas..."

"Tidak dibenarkan dalam Islam" Nora sambung ayat ibunya membuat ibunya tersenyum.

"Pandai pun anak ibu" Ibunya pun menyium anaknya dan ke dapur.

"Assalamualaikum awak" Syakir memesejnya.

Kini, sudah jam 9 pagi. Nora baru sahaja bangun dan membaca mesej diberi oleh Syakir itu.

'Hah? Jam 5.45? Syakir ni.. Tak tidur ke?'

"Waalaikumsalam. Maaf lambat balas >< Awak ada apa mesej saya pagi gitu?"

Kemudian Nora mula mengemas katilnya. Lalu dia keluar dari biliknya sambil membawa telefon bimbitnya. Lalu dia duduk di hall rumahnya, di sofa panjangnya sebelum dia terima mesej balas daripada Syakir.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now