Bab 30

5.5K 107 8
                                    

"Haiih.. kenapa semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali" keluh Nora di katilnya sambil mengesat peluh yang terkumpul di dahinya. Dia terfikir-fikir akan pengakuan Syakir yang benar benar mengejutkan. Tetapi jawapan yang diberikan oleh dirinya lebih memeranjatkan.

"Jom kita kahwin"

Selesai sahaja Syakir melamarnya, suasana mula menjadi sepi. Tangan Nora yang berada di atas pehanya mula mengeras. Genggamannya terlalu kuat sehinggakan dia melukakan tapak tanyannya. Entah kenapa susah baginya untuk membuka mulutnya pada masa itu.

"Jadi apakah jawapan awak?" tanya Syakir, wajahnya jelas menunjukkan dia risau akan jawapan yang dia akan dengari. Nora mengangguk setelah berfikir buat seketika. Senyuman yang diberi oleh Syakir kepadanya amat manis. Buat sekali lagi hati Nora cair disebabkannya.

Walaupun jawapan telah diberikan, Nora masih lagi bingung sama ada Syakir itu jodohnya ataupun dia hanyalah ujian daripadaNya. Lalu dia melangkah ke ruang tamu dan mula mencari ibunya.

"Ibu.. Saya ada something nak beritahu ibu" kata Nora dengan nada yang serius. Ibunya bingung buat seketika,  tidak pernah Nora berkata dengan nada sebegitu, curiga akan berita yang hendak dikhabarkan.

"Syakir dua hari lepas melamar Nora.." Nora menceritakan dengan pelahan, hendak melihat reaksi ibunya.

"Adik terima lamarannya ke?" tanya Sayidah, ibunya, seperti dia langsung tidak merasa terkejut dengan berita anaknya.

Nora mengangguk sambil melihat ke bawah, tidak berani untuk bertentang mata dengan ibunya. Sunyi, tiada jawapan atau reaksi yang didapati. Nora dengan pelahan melihat wajah ibunya dan ternyata, ibunya sedang tersenyum sendiri. Tiba-tiba dia terasa malu.

"Tapi kan... Betul ke dia jodoh Nora?" tanya Nora kepada ibunya, benar benar terasa keliru.

"Solatlah sayang.. Minta petunjuk dariNya.. Adakah dia yang terbaik untuk Nora.. Kalau dia bukan jodoh adik pun.. Adik tu masih muda.. Baru dua puluh tahun.. InsyaAllah jodoh akan sampai bila tiba waktunya" nasihat ibunya benar benar membantunya membuat keputusan . Sudah pasti Nora hendak Syakir dan bukan lelaki selain darinya.

Pada malam itu, Nora menunaikan solat sebelum dia sambung melelapkan mata. Bangun sahaja dari tidurnya, dia mula terasa risau. Tiada mimpi yang diperolehi setelah menunaikan solat. Dia mula tertanya tanya,  adakah ini petanda bahawa Syakir bukanlah jodoh buat dirinya.

Mukanya masam sepanjang hari.  Apabila Syakir menegurnya,  dia akan memberi alasan sama ada dia harus pulang ke rumah ataupun dia sedang sibuk. Wajah Syakir bertukar setelah dilayan sebegitu buat beberapa hari.  Mana tidak,  sudah terima lamaran tiba-tiba menjauhkan diri.

Beberapa hari telah pun berlalu.  Syakir pun mula mendiamkan diri.  Kini Nora pula yang tercari-cari. 

"Eh..  Kenapa dia tak cari aku eh..  Dia dah hilang minat dekat aku ke?  Ke.. " macam-macam soalan yang timbul setelah dia mula berfikir. Risau dibuatnya jikalau Syakir tidak menginginkannya lagi.

"Nora..  Saya minta maaf tetapi saya sudah bertunang semalam dengan Suzana..  Saya tiada pilihan lain..  Maafkan saya..  Saya cuma mahu awak ingat..  Saya cintakan awak" setelah membaca mesej yang dikirim oleh Syakir,  mata Nora mula berkaca. Air matanya dikesat lalu dia langsung mencari Syakir di kelasnya.

"Syakir saya di luar kelas awak..  Boleh kita jumpa sekejap? " tangan Nora mula bergetar sambil dia menekan butang 'hantar'. Malangnya tiada balas mesej yang diterimanya.  Setelah menunggu selama sepuluh minit,  Nora mula beredar ke kelasnya untuk sambung pelajarannya.

Malam hari telah pun tiba. Jam menunjukkan waktu pada masa itu ialah enam setengah.  Nora menghela nafas panjangnya sambil dia mengangkat beg sekolahnya dan langsung keluar dari sekolah.

"Kenapa Syakir buat aku bergini? " fikir Nora. Hatinya berkecai teringat akan mesej yang diterimanya.

"Kenapa Syakir buat aku bergini? "

"Eh..  Suara siapa tu?" Nora tertanya tanya dalam hati.  Mungkin itu hanyalah imaginasinya.  Tiba-tiba dia terdengar langkah seseorang dari belakang. Tanpa memikir panjang,  dia pun melarikan diri.

Gelakan seseorang dapat didengari dari arah yang sama,  membuat langkah Nora terhenti.  Nora pun berpaling dan wajahnya bertukar menjadi muram sebelum dia sambung perjalanannya.

"Wait Nora wait.. " rayu Syakir sambil dia mengejar Nora.

"Wait? Pergilah suruh bakal isteri awak tunggu..  Saya tak ada masa nak layan awak" geram Nora dibuatnya.

"Awak tahu apa perasaannya dah sekarang? " langkah Nora terhenti lagi setelah mendengar kata-katanya. 

"Awak selama ni tak melayan saya setelah menerima lamaran saya.. Kenapa?"

Nora terkedu.  Terus terang dia sebenarnya tidak tahu kenapa dia mengelakkan dirinya dari jejaka yang dicintainya.

"Awak.. tak sudi jadi isteri saya ke? " soalan Syakir membuat matanya membesar.

" Saya...  Nak jadi isteri awak.. Maafkan saya.. " rayu Nora sambil dia melihat ke arah lantai," tapi awak dah bertunang dah pun..  Saya doakan yang terbaik buat awak dan Suraya"

Senyuman mula terbina di wajah Syakir sebelum diikuti dengan rasa bersalah. 

"Sebenarnya..  Suzana tak wujud pun.. Saya nak balas dendam sebab awak mengabaikan saya" jawab syakir dengan mukanya selamba.

"Awak tipu? " terpekik Nora dibuatnya.  Dia tidak sangka Syakir sanggup menipu bakal isterinya. Tetapi bila difikirkan lagi,  Nora pun ada silapnya.

"Tak apa..  Saya maafkan awak.. Tapi awak harus maafkan saya kerana mengabaikan awak tempoh hari"  jawab Nora sebelum dia berpaling dan menyambung langkahnya untuk pulang ke rumah.

"Jadi awak mengakulah yang awak abaikan saya" Syakir menyakat sambil dia mengikut langkah Nora, "Tak ada jawapan maksudnya setuju ye"

"Hish bisinglah awak ni.. " Nora mula mempercepatkan langkahnya.

"Ouh ya by the way nama dia Suzana..  Awak salah sebut tadi.. " tegur Syakir.

"Sama je lah..  Bukannya dia wujud pun.."  jawab Nora,  "tapi asal Suzuna bukan nama lain eh?"

"Aik..  Dengan orang yang tidak wujud pun nak cemburu?" tergelak Syakir dibuatnya setelah mendengar soalan Nora.

"Tak ada maknanya saya cemburu" kata-kata terakhir Nora sebelum dia melarikan diri diikuti dengan Syakir sibuk mengejarnya.

Akhirnya, hari perkahwinan telah pun ditetapkan oleh Syakir dan bakal isterinya, Nora.

__________

Alhamdulillah. Setelah sekian lama, akhirnya bab yang terakhir telah pun dikeluarkan.  Terima kasih kepada semua yang sudi membaca cerita ini ♥ love you guys so much 💕

Do support my new story 🙆 Its one shot by the way.  Will be out by..  This year?  😅

Will be a busy year for me this year.  But I'll try my best to write whenever I'm free 🙆

Sekali lagi..  Terima kasih semuaa ♥
Do comment guys >< lonely lah tanpa korang :(

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now