Bab 28

2.7K 103 2
                                    

Masa berjalan dengan begitu pantas sekali. Tanpa mereka sedari, mereka telah pun berkawan lebih dari dua minggu. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Yang berubar hanyalah mereka yang memberi senyuman kepada satu sama lain jikalau mereka terserempak  di dalam sekolah.

Terlalu sibuk dengan projek sekolah masing masing, mereka tiada masa untuk meluangkan masa bersama.

"Nora!" terdengar namanya dipanggil dari belakang. Dia pun menoleh ke belakang dan ternampak kawan lamanya itu yang sedang berlari-lari anak ke arahnya.

"Ada apa Syakir?" tanya Nora kepadanya, terasa bingung.

"Awak hendak pulang ke?" terpancar senyuman yang berbahaya setelah dia memerima anggukan daripada Nora. Mereka pun langsung ke stesen kereta api untuk pulang bersama. Selalunya Syakir akan menghantar Nora ke perhentian bas Nora yang menuju ke arah yang sama dengannya sebelum menaiki MRT pulang. Teringin pula Nora untuk berborak dengannya maka dia pun menaiki MRT bersamanya.

Berborak tanpa henti sepanjang perjalanan. Sudah lama dia tidak berborak begitu lama. Rindu pula menjadi budak, berborak tanpa henti seperti tiada hari lain untuk berborak. Nora tersenyum sendiri. Nora memberi lambaian kepadanya setelah dia turun dari kereta api tersebut. Setelah kereta api itu sambung perjalanannya, Nora pun sambung perjalanannya pulang.

Zzz..zzzz, telefon bimbit Nora bergegar. Tertanya-tanya siapa yang memesej nya pada waktu sebegini, dia pun memeriksa nama pengirim tersebut.

"Nora.. Ini Nora kan? Awak sudah sampai dengan selamat ke?" tersenyum Nora dibuatnya setelah membaca mesej Syakir. Dia tidak pernah membuang nombor Syakir dari telefon bimbitnya maka namanya jelas terpancar di skrin.

"Sorry? Do I know you?" Nora hendak bergurau dan berlagak seperti dia memberi nombor yang salah kepadanya. Tergelak sendiri setelah menekan butang hantar.

"Sorry.. wrong number.." balas Syakir. Nora pasti Syakir berasa kecewa sekarang kerana Nora telah menipunya.

"Hahahahha ini Nora lah" setelah Nora membalas mesejnya, dia tidak menerima sembarang balasan daripadanya. Risau dibuatnya tetapi memandangkan esok bukanlah hari sekolah, tidak dapatlah mereka berjumpa.

"Yang aku ni teringin nak jumpa dia kenapa? Itu semua kisah lama sahaja.. Takkan persahabatan ini akan dimusnahkan disebabkan aku... aku masih mencitakannya?" Nora terasa geram dengan dirinya yang tidak dapat lupakan Syakir yang telah lama meninggalkannya, "Tidak, aku harus menyayanginya sebagai rakan sahaja jikalau aku tak mahu kehilangannya buat kali kedua".

Nora terdesak untuk melupakannya maka dia pun mula mengeluarkanbukunya dan mula belajar. Sewaktu dia belajar, fikirannya hanyalah tentang pemelajarannya tetapi pada waktu itu, kesemua perkara yang dilakukannya tidak dapat membuatnya tidak memikirkannya. Tanpa berpilihan lain, dia pun rebah di katilnya.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now