"Haih.. Apalah nasib. Harus bangun pagi walaupun holiday..Bulan Jun pun harus ke sekolah untuk kelas tambahan..nasib..nasib.." Nora membebel dengan dirinya sambil bersiap sedia untuk ke sekolah pada hari Isnin.
Sambil Nora berada di dalam kenderaan ayahnya yang sedang dalam perjalanan ke sekolahnya, dia teringat akan kata-katanya semalam sebelum dia masuk tidur.
Sayang....
'Aduh.. Malunya! Macam mana nak tengok muka dia nanti? Aduh.. Kenapa kau panggil dia sayang? Aaaaa macam mana ni?' keluh Nora dalam hati.
"Adik.. Kenapa muka masam macam gitu?" Ayahnya menanya dengan hairan sekali.
"Tak ada apa-apa ayah.. Cuma lagi fikirkan tentang sesuatu je.." Nora menjawab.
"Fikir tentang apa?" Ayahnya menanya dengan mukanya yang terpancar kecurigaan.
'Aih.. Takkan lah aku nak cakap "semalam adik panggil satu laki ni dengan panggilan.... s-sayang" Ish nak sebut perkataan tu je dah susah' bebelnya.
Dengan segera Nora cuba menukar topik untuk membuat ayahnya lupa tentang perkara tersebut.
"Hmm.. Ayah.. Ayah hari jadi adik dah dekat dah ni.. Nak makan dekat mana?" Nora menanya dengan nada manjanya.
"Aik.. Hari jadi adik, adik lah yang pilih.. Tanya ayah pula" sindir ayah.
Setelah beberapa minit, Nora pun telah sampai ke destinasinya. Kali ini,dia ke sekolah sendirian berhad, tidak termasuk ayahnya yang ikut sama untuk menghantarnya ke sekolah. Kakak dan abangnya tidak mempunyai kelas tambahan. Jadi sunyi pula pagi ni.
Setibanya Nora di kelasnya, melalui pintu kelas belakangnya, terlihat kesemua kawan sekelasnya telah duduk di tempat masing-masing. Nora pun menjinjit lalu dengan senyap ke tempat duduknya.
Kelas berjalan dengan lancar sebelum Nora ditegur oleh cikgunya kerana tidak fokus di dalam kelas. Sempat dia melukis sewaktu gurunya sedang mengajar di hadapan kelas. Kalau lukis manga atau orang-orang di anime sampai khusyuk gitu, tak apa juga. Ini sekadar lambang hati, dah fokus macam nak rak. Penuh kertasnya dengan lukisan heartshapenya.
"Nora, apa yang awak sedang lakukan?" teguran cikgu subjek Matematiknya membuat kesemua para pelajar melihat ke arahnya.
Dia hanya mampu memberi senyuman kepada cikgunya dan pendam perasaan malunya itu. Gelagatnya telah membuat kawan-kawannya tergelak kecil.
"Kau ni dah kenapa? Mabuk cinta ke apa sampai lukis banyak hati ni? Kan cikgu lagi ajar. Memang padan lah kene tegur depan kelas" bebel Jannah dalam satu nafas membuat Nora tersengih sendiri.
" Eeh.. Macamlah kau tu tak pernah lukis lambang hati. Kau pun tak selalu fokus kan? Eee seperti ketam menyurun anaknya berjalan lurus!" sindir Nora dengan penuh semangat.
Lalu Nora pun tersenyum sendiri tanda puas hati.
Jannah pun mengangguk kepalanya, tanda setuju. Walhal sebenarnya dia tidak mahu timbulkan pergaduhan di antara mereka. Nora tu kalau tak menang tak sah. Dia pun rasa bangga dengan dirinya kerana Jannah hanya boleh angguk kepalanya.
Tiba-tiba dia teringat tentang Syakir. Alamak, Syakir sama kelas dengan aku, jeritnya dalam hati.
Nora dapat firasat bahawa ada seseorang sedang melihat di arahnya, membuat dia paling ke arah itu. Pipinya bertukar menjadi kemerah-merahan kerana telah bertentang mata dengan teman lelakinya.
Setakat bertentang mara sudah gelabah macam tu, apatah lagi berbual bersemuka.
'Kalau dah kahwin nanti.. Susah lah macam ni..' keluh Nora dalam hati.
"Sabar.. Kahwin?" Nora terjerit perkataan 'kahwin' memmbuat dirinya sendiri terkejut. Lalu mulutnya ditutup dengan tangannya dengan pantas.
"Sejak bila pula saya kata kahwin? Awak tu dah kenapa? Dah tak sabar nak kahwin?" usik cikgunya. Kelas mula tergelak lagi.
"T-tak.. Saya teringat tentang drama yang saya tonton malam semalam.. Takut je kalau si Zamir tu kahwin dengan Masya"
"Kenapa kalau mereka kahwin? Awak tak dapat lulus peperiksaan ke?" sindiran cikgunya membuat kelas ketawa terbahak-bahak. Buat sekali lagi, Nora hanya boleh tersenyum sahaja. Kemudian kelas berjalan seperti biasa.
'Haih.. Apa lah nasib aku ni kan... Zamir dan Misya mana je yang aku pakai tadi. Huhu.. tak apa.. dah terselamat pun' bisiknya dalam hati.
Nora memperbetulkan cara duduknya maka dia duduk dengan tegak. Dia pun lihat ke arah papan putih yang berada di hadapan kelas dan penuh dengan tulisan cikgunya. Step fokus lah kira. Sambil dia pusing ke arah papan putih dari lihat mejanya, dia ternampak Syakir yang sedang melihatnya lalu memberi senyuman nakal padanya.
'Alamak! Agak-agak.. dia tahu ke apa yang aku fikirkan? Kahwin... Ah..kalau dia tahu aku fikirkan tentang masa depan kita berdua mati la aku! Malunya! Sabar.. Masa depan? Apa aku merepek ni?'
Tak tentu arah jadinya selepas melihat senyuman Syakir. Tapi dia harus menahan diri jikalau tidak mahu memalukan dirinya di kelas buat kali ketiga.
Jam menunjukkan ia sudah jam satu, tanda waktu sekolah sudah tamat. Kelas tambahan tamat dua jam lebih awal dari hari sekolah biasa. Bukan main gembira Nora selepas dia jejak ke tanah luar sekolah.
"Wei.. Kau tadi dah kenapa? eh tak tak.. kau hari ni dah kenapa? Hah baru betul..hahaha" Aini menanya Nora tapi seolah-olah dia sedang berbual dengan dirinya. Macam orang gila.
"Hmm.. Kau ni.. lagi berbual dengan siapa eh?" Nora menanya, "hantu eh?" usiknya.
"Ish.. Aku tanya kau lah!" Aini memarahi Nora yang mengusiknya.
"Eleh.. Kau kacau aku selalu boleh.. Ni aku baru kacau satu kali, dah mengamuk? Aini.. Aini.." sindir Nora lalu kepalanya digeleng.
"Whatever.. So.. Jawab soalan aku" pintah Aini.
Nora pun menjawab bahawa tak ada masalah atau perkara yang tidak kena tetapi Aini tidak percaya akan kata-katanya.
Kini, mereka telah masuk ke dalam MRT mahu pulang ke rumah masing-masing. Memandangkan semua tempat duduk penuh dengan penumpang, terpaksalah mereka berlima berdiri di dalam kereta api tersebut.
"Emm.. Korang.. Aku nak beritahu sesuatu.." Nora meminta perhatian selepas beberapa minit kereta api mula berjalan dari stesen tersebut. Mereka pun melihat ke arahnya, menunggu khabar yang mahu disampaikan oleh Nora.
"Aku... Sukakan Syakir"
Krik krik.. Suasana menjadi sepi seketika. Nora menunggu reaksi tetapi tiada reaksi terdapat.
"Woi.. Dengar tak?" Nora menjadi marah.
"Dengar lah.. Kita semua belum pekak lagi.. Tapi tak mengejutkan pun.. kita semua dah tahu.. Betul tak guys?" jelas Maisarah.
"Aku dan Syakir dah stead.." Nora teruskan dengan pengakuannya.
Mereka semua mengangguk tetapi selepas mereka fikir buat kali kedua, mereka terjerit bersama melainkan Syafiqah.
"What?"
"Well.. Tak mengejutkan.." lalu syafiqah menerima perhatian mereka semua.
"Dah lima bulan dah kita bersama" sambung Nora. Kini dia dapat semua perhatian daripada keempat-empat kawannya.
"Whoa whoa whoa.. Yang ni.. Mengejutkan" ngaku Syafiqah.
"Apa yang mengejutkan eh?" Tiba-tiba ada satu suara didengari oleh mereka dari belakang Nora.
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...