"Okay Nora... Act like you normally do please" Nora mengingatkan dirinya setelah dia turun sahaja dari bas.
"Nora!" panggil Syakir.
"Aduhai... pagi-pagi dah sibuk mengganggu.. susah lah macam gini" keluh Nora. Sudah pasti bukan senang baginya untuk bertentang mata dengannya setelah dia mengenal pasti akan perasaannya. Syakir yang memangginya telah pun berada di hadapannya. Syakir terasa bingung dengan sikap Nora yang kelihatan kekok. Mata Nora tidak lepas dari memandang kaki Syakir selain dari wajahnya.
"Yang awak ni sibuk tengok kasut saya kenapa? Ada kekotoran ke?" pipi Nora bertukar menjadi kemerah-merahan, terasa malu kerana Syakir perasan akan keanehannya. Mereka langsung berjalan bersama ke sekolah tanpa sembarang kata-kata. Syakir tidak memikir banyak akan perkara tersebut maka dia pun tidak mengeluarkan sembarang kata-kata.
"Haaihh.. susah lah macam gini... tak apa lah.. tinggal berapa bulan sebelum aku habis sekolah" luah Nora setelah dia duduk di dalam kelasnya. Dia berterima kasih kerana tidak ada sembarang kelas yang sama dengan Syakir. Jikalau tidak, Nora pasti akan merana sendiri.
Seperti biasa, sewaktu dia belajar, dia tumpukan perhatiannya kepada pelajarannya. Waktu rehat telah tiba tanpa dia sedari. Selalunya waktu rehat mereka berlainan, maka Nora pun tidak terasa risau untuk ke kantin sekolah dan makan di situ. Tetapi malangnya, Syakir sedang membeli makanan di gerai kegemarannya.
Setelah membayar makcik kantin, Syakir pun berpaling untuk mencari tempat duduk. Dia ternampak Nora yang sedang tercegat di pintu masuk utama kantin dan langsung memanggilnya untuk mengajaknya duduk bersama.
"Nah.. saya ada belikan awak roti telur. Makanlah.." kata Syakir sambil dia menghulur roti telur itu kepada Nora. Nora terkedu seketika. Syakir memang tidak membantunya. Dia hanya membuat hati Nora berdegup dengan lebih rancak sekali. Nora pun memberi senyuman lalu mengambil roti yang dihulurkan itu. Hendak membayarnya tetapi Syakir bertekad untuk membelanjanya.
"Nora.. habis sekolah hari ini jam berapa?" tanya Syakir secara tiba-tiba. Nora pun memberitahunya jam berapa dia selesai. Syakir habis sekolah sejam lebih awal daripadanya dan berjanji bahawa dia akan menunggu Nora.
"Hahah.. yang awak nak tunggu saya kenapa? Saya boleh balik sendiri jadi awak boleh balik dulu" jelas Nora setelah dia gelak buat seketika. Tetapi dia dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena, seperti Syakir hendak berbincang tentang sesuatu sahaja.
"Haaa.. penatlah.. ada apa yang awak nak cakapkan ni?" tanya Nora setelah menguap seperti singa. Syakir tergelak sendiri setelah melihat Nora yang comel di hadapannya.
"Awak.. awak masih sukakan saya?" soalan Syakir membuat langkah Nora terhenti. Lalu dia memandang Syakir yang berjalan bersebelahan dengannya.
"Kenapa awak tanya soalan sebegitu? haha" Nora mengeluarkan ketawanya yang janggal, tidak tahu bagaimana harus menjawab soalannya. Dia pun menyambung perjalanannya tetapi dengan langkah yang pantas.
"Nora.." panggilannya benar-benar membuat hati Nora cari seperti batu ais yang berada di bawah matahari. Dia menahan dirinya dengan menggenggam tangannya. Kukunya ditekan sekuat-kuatnya, menimbulkan bekas di tapak tangannya. Lalu Syakir menyambung, "Saya masih sukakan awak.. no.. saya sayangkan awak".
Langkah Nora terhenti setelah mendengar perkataan sayang. Air mata mulah mengalir tanpa disedari. Dengan sekelip mata, Syakir telah pun timbul di hadapnnya dengan wajahnya yang sayu. Nora jangan, seperti ada orang yang berbisik kepadanya. Dia mula menggeleng lalu menyambung perjalanannya. Perjalanannya terhenti disebabkan tangannya yang digenggam Syakir. Dengan pantas dia melepaskannya setelah dia sedar akan perbuatannya.
"Saya minta maaf.. tetapi tolonglah... jangan melarikan diri" rayuanya membuat Nora mengeluarkan keluhan panjang. Mereka pun ke kafe yang berdekatan untuk sambung dari mana mereka telah henti.
"Maafkan saya Syakir.. saya tidak dapat terima awak sebagai kekasih saya" Nora mengaku dan pengakuannya telah menyakiti dirinya sendiri. Dia hendak berpasangan dengan Syakir tetapi dia tahu dia tidak akan pernah boleh berpasangan dengannya kembali.
"Kenapa? Saya benar-benar minta maaf akan apa yang terjadi dahulu.. jadi tolonglah..saya-" kata-katanya terpotong dengan Nora.
"No Syakir.. I can't"
"Jadi awak sebenarnya dah tak sukakan saya kah? Inikah sebabnya?" tanya Syakir. Syakir benar-benar membuat Nora merana dengan soalannya itu. Nora sedang menahan dirinya, Syakir pula sibuk menariknya.
"Dulu.. kami masih kecil.. dan kami berpasangan kerana kami sedang hangat bercinta. Tetapi cinta itu hanyalah sekadar cinta mainan.. cinta monyet.. Awak pun tahu kan.. mana kita boleh berpasangan jikalau kita tidak ada ikatan yang sah.. kalau-"
"Jom kita kahwin"
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...