"Awak ni..sombong betul lah.." marah jejaka yang cuba untuk berborak dengannya sebelum dia bergerak dari tempat tersebut. Nora tidak memandangnya walau untuk sesaat. Ini bukanlah kali pertama sebarang jejaka menghampirinya kerana berminat padanya. Semenjak dia bersekolah di situ, dia mengelak dirinya daripada berkawan dengan sebarang lelaki. Inilah yang membuat dirinya digelar sebagai perempuan sombong. Pejam kelip mata, dia telah bersekolah di situ lebih dari dua tahun. Tinggallah satu tahun sebelum tamat pengajiannya. Tidak sabar rasanya Nora hendak mula bekerja. Nora hendak menyibukkan dirinya dengan bekerja untuk mengelakkan dirinya dengan memikir perkara yang hanya akan menyakiti dirinya.
Tanpa dia menyedari, waktu pulang telah pun tiba. Langkahnya laju hendak mengelak dirinya daripada ditegur orang. Malangnya, ianya tidak seperti yang dirancang, namanya dipanggil dari belakang membuat langkahnya terhenti.
"Suara..." katanya di dalam hati. Rasanya seperti dia amat kenali suara yang memanggilnya. Nora pun menoleh ke belakang untuk melihat wajah jejaka yang memanggilnya. Hatinya mula berdegup dengan rancak setelah dia sedari siapa jejaka tersebut.
"Syakir" tanpa disedarinya, dia menyebut nama jejaka tersebut dan mula tersenyum. Syakir yang menghampirinya, membalas senyumannya.
"Tak sangka pula saya akan jumpa awak di sini" kata Syakir sambil menggaul minumannya. Pada mulanya Nora teringin sahaja pulang setelah memberi lambaian kepadanya. Tetapi rayuan Syakir untuk ke kafe dengannya tidak dapat ditolaknya. Dia rindu akannya, ini sudah pasti. Tetapi tiada apa yang dapat dilakukannya, mereka hanyalah sekadar classmates yang pernah berpasangan.
"Awak apa khabar Nora? Sihat?" mendengar jejaka itu menyebut namanya, benar benar membuatkan hatinya berdegup dengan lebih rancak. Kesemua kisah lama, dengan secara tiba-tiba bermain di fikirannya. Dia memberi anggukan kepadanya. Walaupun mereka pernah bersama selama satu tahun, itulah kali pertama mereka berhadap satu sama lain dengan jarak sebegitu. Dan itulah kali pertama namanya disebut oleh jejaka itu setelah sekian lama.
"Awak pula?" Nora menanya, tidak mahu suasana menjadi janggal. Pelik rasanya, Syakir tidak terasa kaku. Dia kelihatan sungguh normal sekali. Mungkin dia telah melupakan semua kisah lama dan jumpa wanita idamannya. Pedih rasanya setelah berfikiran sebegitu.
"Nora awak okey tak? Kenapa awak kelihatan..." kata-katanya terhenti setelah menyedari apa sebabnya Nora kelihatan begitu. "Boleh saya katakan sesuatu tentang 5 tahun yang lalu?"
Kata-katanya mebuat Nora bertentang mata dengannya dengan cara tidak sengaja. Syakir memberi senyuman yang kelihatan seperti senyuman yang dipaksa.
"Saya nak minta maaf. Saya tahu dulu saya terlalu cepat bertindak tanpa sebarang bukti, bersikat seperti budak yang belum matang.. memang saya belum matang lagi pada masa itu saya tahu.. 15 tahun terlalu muda untuk bercinta.. saya" tidak terhenti kata-katanya, ibarat mesen pun ada. Nora tersenyum lalu memotong katanya.
"Sudah lah.. tak perlu nak panjang-panjang.. saya faham.. Besides, saya memang dah lama maafkan awak.. jadi awak tak perlu risau kay?" jelas Nora setelah memberi senyuman kedua kepadanya.
"If you don't mind, boleh tak kalau kami berkawan lagi?" soalan yang ramai jejaka berkata kepadanya. Tetapi entah kenapa dia sepertinya tidak ada pilihan buat kali ini.
"Jadi awak sekarang sekolah di mana ya?" Nora menjawab soalan-soalan Syakir dengan secara ringkas, masih terasa kaku walaupun dia sudah bersetuju untuk berkawan dengannya.
"Singapore Poly? Saya pun! Tak pernah pula nampak awak di sekolah" Syakir terasa bingung buat seketika.
"Eh? Awak pun sama? Awak ambil kursus apa?" akhirnya, Nora sudah berbual dengannya tanpa terasa kaku ataupun janggal. Berborak tentang sekolah, hari pun sudah menjadi malam. Kini, mereka pun hendak pulang ke rumah masing-masing.
"Eh Nora!" Syakir memanggilnya, sepertinya teringat sesuatu yang lupa hendak dikatakan.
"Nombor telefon awak, awak tak tukar kan?" tanya Syakir dengan keadaan terpikik-pekik kerana jarak mereka yang agak berjauhan. Nora memberi anggukan kepadanya membuat Syakir tersenyum lebar. Nora terasa bingung buat seketika. Tiba-tiba Syakir memberi lambaian menggunakan kedua-dua belah tangannya. Nora membalas lambaian tersebut sebelum sambung perjalananya pulang.
"Comel" kata Nora di dalam hatinya.
___
IMPORTANT
Setelah 4 bulan berlalu, akirnya saya sambung penulisan saya. 😓 Terima kasih kpd semua yang masih lagi membaca buku saya.
Saya hendak meminta maaf jikalau terdapat banyak kesalahan dalam penulisan saya kerana saya belum menyemak kesemuanya.
Setelah cerita ini selesai saya akan menulis sebuah cerita. Romance lagi huhu tetapi kali ini oneshot. Saya harap kamu semua akan menyokong karya yang akan datang juga ya! Terima kasih semua ♥🤗
Jangan lupa vote dan comment 😁 hehe
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...