'Apa mamat ni nak?'
"Nora.. I miss you", Hazif menghancurkan suasana gembira yang dimiliki Nora.
Nora tidak melayaninya seperti biasa tetapi perbuatannya telah membuat Hazif spam Nora dan membuat Nora terasa marah.
"Stop if Hazif! Jangan mesej aku lagi.. Aku dah malas nk layan kau.. Kau cari lah perempuan kat luar sana yang sesuai dengan kau ye.." Lalu mesej itu ditutupnya.
Zzz.. Nora terasa mahu campak sahaja telefon bimbitnya itu tapi dia cuba menahan kemarahannya.
"Nora.. Awak ada boyfriend kan? Itu sebabnya awak marah saya kan?"
"Jadi ada yang telah menggantikan tempat saya.. Baiklak saya takkan ganggu awak lagi.. Cuma saya nak bagitahu awak sesuatu.. Saya nak minta maaf.. Ye saya tahu dulu perangai saya macam syaitan.. Tapi tu dulu.. Sekarang saya dah lebih matang.. Dan.. Saya masih cintakan awak.. Itu sahaja.. Selamat tinggal.."Kata-kata Hazif telah membuat Nora terkedu seketika. Entah kenapa, kisah-kisah lamanya diimbas kembali dalam fikirannya.
Syakir pula bingung tidak tahu mengapa Nora lewat membalas mesejnya. Perasaan risau telah menghampirinya.
"Awak.. Awak ada hal ke? Saya mengganggu eh?"
"Sibuk sikit je tapi semuanya sudah okey" Nora membalas selepas sahaja dia membuang chatnya bersama Hazif dari telefon bimbitnya. Nora terasa bingung. Dia tidak mahu memberitahu Syakir tentang dirinya dan Hazif. Mungkin Nora tidak mahu menyakiti hatinya.
. . .
Waktu rehat baru sahaja selesai, kesemua murid telah pun duduk ke tempat masing-masing.
'Eh apa ini?' Nora menanya di dalam hati apabila dia ternampak sesuatu di mejanya.
Kelihatan sehelai kertas bersaiz A7 dan berwarna putih yang telah dilipat rapi, kelihatan di celah-celah kotak penselnya.
Nora pun mengambil dan membuka surat tersebut.
"Puteriku"
Satu perkataan itu telah membuat Nora tersenyum lebar menampakkan dua baris giginya itu. Dia sudah boleh teka siapa yang memberinya kertas tersebut.
Kemudian dia melihat ke arah si dia. Dia melihat ke arah lain ketika Nora melihat ke arahnya. Malangnya dia terlambat untuk sesaat dan ternampak dia menoleh dan kini berpura-pura menulis di buku notanya. Walhal, pena yang dipegannya tu masih ditutup dengan topinya. Perkara itu telah membuat Nora tertawa dan tersenyum. Comel betul si dia ni, fikir Nora.
Selepas membaca surat tersebut, Nora hanya dapat memikirkan tentang Syakir sahaja. Kesemua kelas yang dihadirinya tiada gunanya. Hanya badannya di kelas itu tetapi fikirannya melayang jauh. Tanpa Nora sedari kelas pun sudah selesai dan kini tibalah masa yang dinanti Nora. Pulang. Bab pulang sahaja, Syakir pun sudah tidak dihiraukan. Kini di fikirannya hanyalah katil di biliknya itu.
Keesokan hari, Nora membalas surat Syakir. Dia menulis "Puteraku" di sehelai kertas lalu dilipatnya dan diselitkan di bawah kotak pensel Syakir. Reaksinya tiada beza dengan reaksi Nora sendiri.
Zzz.., gegaran terbina dari telefon bimbit Nora. Nora pun memeriksa siapa pengirim mesej tersebut.
"Dia ni lagi" Nora mengeluh kuat, rasa terganggu dengan lelaki itu.
"Nora saya tahu awak dah ada teman lelaki tapi Nora.. ingatlah.. saya akan sentiasa menunggu saat mu kembali kepadaku.."
Mesej dikirim Hazif telah membuat Nora ketawa terbahak-bahak. Nora sendiri tidak sangka apa yang dikatakan itu bisa jadi bahan lawaknya. Lawak yang dikirimnya entah kenapa memberi kesan terhadap dirinya. Tidak tahu mahu percayaakannya ataupun tidak. Luka di hatinya masih lagi ada walaupun Nora kata luka itu sudah meninggalkannya bersama dengan kenangan pahitnya.
"Kelakarlah awak ni.. Tak perlu tunggu lah kayy. I tak akan pulang kepadamu sayang"
"Sayang?"
Nora terpaku seketika. Entah bagaimana dia dapat menaip itu. Panggilan yang dulu digunakan untuk memanggil Hazif, tiba-tiba digunakan lagi.
"Sindir je lah.. Jangan nak perasan", Nora cuba mengelak apa yang Hazif fikirkan itu kerana dia tahu apa yang berada di fikirannya.
"Tapi.. macam awak memang nak panggil saya dengan panggilan itu.. atau.. mungkin kerana kebiasaan? Kan sayang?"
Meluat Nora mendengar panggilan itu. Kebiasaan? Perkataan itu membuat hati Nora membara. Ia telah membara mengakibatkan dirinya terus membuang chatnya bersama Hazif lalu telefon bimbitnya itu dikunci skrinnya. Bantal peluknya yang sentiasa menjadi mangsa apabila Nora mahu meluahkan perasaan marahnya itu kini menjadi mangsanya lagi.
Tuala mandinya diambil lalu dia berarak ke tandas untuk membersihkan diri. Berdiri di bawah pancuran paip ialah apa yang paling afektif apabila Nora sedang marah ataupun rasa geram.
Sesudah Nora selesai membersihkan diri, dia terasa tenang. Dia pun mengeluarkan bukunya dan mula belajar. Nora pun tidak tahu Mood belajarnya datang dari mana. Tapi apa salahnya bukan? lagi-lagi untuk orang seperti Nora ini.
Dari Nora mula belajar hingga sekarang, telefon bimitnya sering bergegar. Nora tidak melayaninya kerana takut mesej yang diterimanya daripada Hazif. Dan dia amatlah tidak mahu melihat mukanya ataupun mesejnya. Tetapi gegaran tersebut telah membuat Nora terasa marah. Dia pun menghampiri telefon bimbitnya yang diletak di atas katil lalu kesemua mesej dibukanya.
"Assalamualaikum.."
"Awak?"
"Awak.. saya mesej ni.. saya ada sesuatu nak beritahu awak""Lepas awak balas baru saya beritahu apa dia okey :)"
'Aduhh Syakir pula yang mesej aku.. rasa bersalahnya. Dan.. apa yang hendak ditanya Syakir?', pelbagai soalan yang timbul di fikirannya selepas membaca mesej-mesej tersebut. Tanpa membuang masa, Nora pun membalas mesej dikirim oleh Syakir itu.
"Maaf Syakir! Tadi saya tak layan handphone.. Takut aja nanti ada dapat mesej dari orang yang tak betul"
"Mesej dari orang yang tak betul?"
"Siapa?"'Alamak.. aku tak patut bilang tadi.. ini sekarang nak jawab apa ni..', Nora kesal sendiri.
"Nora?"
"Ok fine..my ex" , Nora menjawab yang sebenar kerana sudah terdesak.
"Ouh.."
"Awak masih mesej dengan dia? Awak masih simpan nombor dia?""Tidak dan tidak. Dia yang masih simpan bukan saya.. dan dia yang ganggu saya.. bukan saya yang ganggu dia"
"Sorry awak.. Saya tak tahu apa nak cakap .. kita stop chatting ye untuk malam ni"
'Alamak.. sensitif pula Syakir ni', entah kenapa Nora terasa geram. Teramat geram mengakibatkannya membuat perkara yang tidak dia sangka sendiri.
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...