Bab 4

10.1K 311 13
                                    

"Assalamualaikum.." Nora memberi salam ketika dia masuk ke rumah. Dia pulang dengan moodnya yang entah kenapa dan hanya mahu rehat sahaja. Entah apa la yang membuat dia bergitu. Mungkin periodnya dah dekat?

Ketika itu, suasana di rumahnya sepi. Seperti tiada orang di rumahnya. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Ibunya sedang rehat, abangnya sedang bermain komputer kakaknya pula sedang melihat video di Youtube. Kadang-kadang, Nora rasa seperti tiada orang yang kisah tentangnya. Kemudian dia pun meletak beg sekolahnya di tepi lalu membuka tudung dan menukar pakaiannya ke pakaian sehariannya. Lalu dia pun mengambil tualanya dan ke tandas untuk membersihkan diri.

'Sigh, why am I so emotional these days' bisik Nora sambil membuka paip showernya dan mula mandi.

1 jam. Nora menggambil satu jam untuk membersihkan diri. Bukan apa, 30 minit dari situ, dia hanya berdiri di bawah shower dan menyenangkan fikiran. Itulah caranya untuk menyenangkan diri. Selepas mandi dia pun sudaj cergas dan tidak lah emotional sangat. Dah relax dah. Tetapi, dia teringat bahawa guru ada memberi tugasan untuk semua pelajar. Aduh. Moodnya hilang lagi.

"Eh adik dah balik?" ibunya menanyakan kepada Nora ketika dia ternampak anaknya menuju ke biliknya.

'Ish mak ni.. Soalan obvious lah. Dah nampak depan mata takkan belum kan'

"Belum mak. Ni badannya je.. Rohnya dekat sekolah lagi" Nora menjawab lalu ketawa.

Ibunya pula kuat merajuk. Sudah seperti kanak-kanak sahaja.

"Hish mama tanya baik baik.." belum sempat ibunya menyambung ayatnya, Nora memberi satu ciuman kepada ibunya membuatnya tersenyum.

"Hah.. Kan cantik senyum. Mak ni kan... Dah lah adik buat homework dulu" Nora berkata lalu masuk ke biliknya dan mula tugas sekolahnya itu.

Zzzz.. Zzzz... Telefon bimbit Nora mula bergegar. Aik.. Baru mahu start buat homework dah ada yang mengganggunya. Nora itu senang distracted, lagi-lagi bab telefon bimbitnya. Itulah 'best friend' nya yang berada dengannya pada setiap masa. Ke tandas pun bawa telefonnya itu. Maka senanglah dia terganggu dengan gegaran telefon apabila sedang belajar.

Lalu dia pun mengambil telefonnya dan check notificationnya.

"Awak.. Awak sibuk ke?" tanya Syakir.

Selepas membaca mesej darinya, Nora pun berpindah dari meja belajarnya ke katilnya.

"Tengah buat homework je" balas Nora.

"Eh maaf ganggu. Awak sambung lah dulu ya :) Assalamualaikum"

Nora pun jadi marah. Dia sampai pindah tempat untuk berborak dengannya tetapi dia meninggalkannya menyuruh Nora membuat kerja sekolahnya.

"Ah apa apa lah.. Malas nak marah" Nora katakan dengan nada tinggi sedikit.

Dia pun ke meja belajarnya dan lakukan kerja sekolahnya. Tidak pernah Nora serajin itu. Tetapi kenapa selepas Syakir menyuruhnya untul menghabiskan kerja sekolahnya dia mengikut tampa memberi alasan? Mungkin kerana ini adalah permulaan persahabatan mereka dan dia mahu menunjukkan yang dia itu baaaik orangnya.(walaupun Syakir tidak akan tahu apa yang dia lakukan selepas memesejnya sebentar tadi.)

Uwaaah. Selesai! Dengan pantas Nora menyimpan buku sekolahnya dan beg pensilnya kedalam beg sekolah.Lalu dia melari ke katilnya dan slide screen di telefonnya untuk memeriksa jikalau ada mesej ataupun tidak. Hampa. Tiada satu mesej pun yang dia terima oleh mana-mana kawannya.

Zzz...zzz..., lalu dengan sekelip mata mesej itu dibuka olehnya. Grr.. Geramnya! Kenapa tak ada mesej ni. Sejak bila aku beli air coke dapat free tv ni? Ish.. Mesej itu pun lalu dibuangnya diikuti dengan hela nafas panjangnya.

Kini, pada jam 7 malam , Nora sungguh bosan. Haii.. Kerja sekolah dah selesai.. Mahu chat tapi tak tahu harus chat dengan siapa.. Hmm..

Lalu Nora bingkas bangun dari katilnya dan jalan ke dapur. Diikuti dengan dia membuka pintu peti sejuknya dan mula lah dia mencari apa-apa makanan yang boleh dimakan lalu keluarkan mereka dan mula lah makan, dan makan, dan makan, dan makan sehingga licin dia habiskan. Ini lah kerjanya jikalau bosan. Macam gini pasti tiada mahukannya sebagai isteri. Lalu dia tertawa sendiri walaupun ini sebenarnya bahaya dan juga terlalu awal untuk memikirkan tentang apabila sudah kahwin nanti.

Lalu dia pun cuci tangannya dan jalan ke biliknya lalu baring di katilnya sambil menonton video RRcherrypie di Youtube.

Tampa sedari dia pun terlelap sambil memegang telefonnya dengan posisinya yang seperti udang.

"Nora! Dah solat maghrib belum?? Dah nak isya' ni!" pekikan ibunya menyedarkan Nora dari lelapannya.

Dengan mukanya yang blurr itu, dia menjawab 'sudaaah' dengan begitu panjang sekali. Sebenarnya dia belum solat lagi tapi kerana sikap malasnya itu dia menipu. Walaupun dia tahu ini dosa.

Lalu dia pun bangun dan melihat jam yang ada si dinding biliknya. Sudah jam 8? Cepatnya. Kemudian dia pun ke tandas lalu mencuci mukanya dan berus gigi. Tetapi, mula lah dia dengan perutnya yang sentiasa lapar itu. Selepas keluar dari tandas, terus dia ke meja makan. Mentang-mentang lah tandasnya ada di dalam dapur, lagi kerap lah dia ke meja makan. Setiap kali keluar tandas, pasti cari makakan.

"Wah ayam goreng!" dengan penuh kegembiraan dia mengambil satu ayam dan masukkan ke dalam mulut lalu menggigit isinya. Nikmat.

"Nora! Bangun terus makan. Apa ni!" Ibunya mengomel.

"Ish ibu ni.. dah berus gigi lah" Nora menjawab sambil mengunyah ayamnya itu.

Sesudah makan beberapa ayam goreng, dia pun berjalan ke ruang tamu, duduk di sofa, dan termenung.

"Haihh bosannya" Dia mengeluh.

Lalu dia keluarkan telefon bimbitnya dari koceknya itu dan membuka lagu Rain Sound dari B.A.P. K-pop nya tidak habis-habis. Baru sahaja tekan butang play tiba-tiba ada vibration. Muka Nora menjadi pucat selepas beberapa saat.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now