Bab 23

4.6K 219 39
                                    

Terdapat banyak perkara yang sedang bermain di fikiran Nora. Dan kesemuanya tentangnya. Mata Nora tertuju padanya walaupun cikgu sedang mengajar di hadapan kelas. Kini Sudah masuk lapan bulan mereka bersama. Tetapi kesemuanya kini sudah berbeza, seperti ada yang tidak kena.

"Baiklah kelas, kamu boleh kemas beg dan beratur di luar", arah cikgu "Yang duduk di hujung, sila tutup tingkap ya" sambungnya.

Ish.. Tak suka aku duduk hujung, ngomel Nora.

Beberapa minit sudah berlalu dan kini, kesemua pelajar sudah pun keluar dari sekolah dan kini mahu pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, Nora pulang menaiki bas maka dia pulang bersendirian. Kesemua kawan karibnya menaiki kereta api tetapi Nora tidak mengikut mereka walaupun mereka sudak mengajaknya untuk pulang bersama kerana dia rasa waktu pulang adalah waktu bersedirian.

Sambil Nora berjalan ke perhentian bas, dia melihat permandangan di sekelilingnya. Terdapat gerai makanan di sana mengakibatkan perut Nora berbunyi. Dia pun sambung perjalanannya melihat kebawah, tidak mahu melihat makanan untuk menahan nafsu makannya walaupun bau makanan tetap mengancam. Tiba-tiba ada orang yang berhenti di hadapnnya. Nora melihat kasut orang tersebut dan rasa bingung kenapa dia tidak bergerak. Nora pun mendongak untuk melihat muka jejaka itu. Langsung Nora sambung perjalanannya ke perhentian bas tetapi kini dengan lebih pantas.

"Sayang tunggu lah" rayu Hazif.

"Balik lah Hazif" Nora merayu lalu dia berpaling untuk memberi renungan tajam kepadanya.

Tetapi Hazif tidak mendengar kata-katanya dan sambung berjalan ke arahnya. Kini jarak mereka hanyalah 30 inci. Tiba-tiba ada daun yang jatuh di hadapannya membuatnya terkejut. Gelagatnya membuat Nora ketawa terbahak-bahak. Ketawa Nora telah pun membuat Hazif ketawa bersama. Tiba-tiba Nora ternampak seseorang yang tidak jauh dari tempat itu sedang melihatnya. Dia pun cuba untuk meihat siapakah yang sedang melihatnya dan tidak percaya dengan pengelihatannya. Selepas beberapa saat, dia pun beredar dari tempat itu membuat Nora bingung.


Sambil Nora membersihkan diri dia hanya dapat menaya kenapa dia ada di tempat itu. Selepas sahaja dia membersihkan diri, dia pun ke biliknya untuk menyalin pakaiannya. Kini dia sudah berada di atas katil bersama telefon bimbitnya. Terdapat beberapa mesej dan Nora pun terasa pelik kerana dia jarang menerima mesej yang begitu banyak. Tanpa membuang masa dia pun membuka mesej tersebut. Tidak disangka kesemuanya dari orang yang sama.

"Hai"
"Buat apa tu?"
"Kenapa tak jawab?"
"Anyway kenapa tadi dalam bas senyap je.."
"Macam tiba-tiba gitu.."
"Ketawa bukan main lagi.. lepas beberapa saat terus senyap"
"You demam ke?"

Hazif I rasa you yang demam ye, kata Nora pada telefon bimbitnya.

"Nak jadi reporter ke? Kalau tak stop it eh" Balas Nora, malas mahu melayannya.

"Ye lah.. sorry sorry.. Tapi sayang you okey kan?"

Dia pun sudah malas melayan Hazif makan dia pun menekan butang back. Selepas sesaat, telefon bimbitnya bergegear. Nora fikir Hazif yang mesej tetapi anggapannya salah.

"Assalamualaikum.. Boleh kita berbual sebentar?"

Aik.. serius nah nada dia, Nora tahu ada perkara serius yang ingin dikatakan oleh Syakir.

"Waalaikumsalam. Boleh boleh. Ada apa Syakir?"

"Boleh awak terangkan apa yang saya nampak tadi?"

Pada mulanya Nora keliru apa yang dimaksudkan Syakir lalu dia teringat situasi tersebut.

"Lelaki yang awak nampak itu Hazif. Saya pernah beritahu awak kan tentang dia selalu kacau saya? Dan tadi dia kacau saya lagi. Itu je" jelas Nora.

"Itu je? Saya nampak awak ketawa terbahak-bahak tadi.. Awak nampak macam lagi have fun tadi"

Kata-kata Syakir hanya boleh membuat Nora tercengang sahaja. Tidak sangka Syakir fikir sebegitu. Tidak pernah terlintas di fikiran Nora untuk menduakannya.

"Saya nak tanya sikit.. Kenapa awak ada di situ?" tanya Nora.

Nora menunggu mesej balas daripadanya. Selepas bebarapa minit sudah berlalu, Nora sudah tidak tahan maka dia pun mesejnya lagi.

"Awak tak percayakan saya kan? Itu sebabnya awak ikut saya kan? Dan secara kebetulan Hazif kacau saya hari ini jadi awak tuduh yang bukan bukan kan? Saya dah tahu dah kenapa kita tak boleh bersama. Awak tak percayakan saya. Jadi saya rasa kita putus sekarang lebih baik."

Tanpa sedari tangisan mula jatuh membasahi pipi. Pelukannya terhadap bantal peluknya dieratkan. Dia tidak sangka selama ini Syakir tidak percaya akannya. Dan tanpa sedari dia terlelap dalam posisi tersebut.

Pada jam 10 malam, Nora terbangun dari lelapannya dan kepalanya terasa berat. Dia menjadi pening kerana tangisannya itu. Tanda tangisan di mukanya sudah pun kering. Matanya kini telah menjadi bengkak dan dia seperti sudah tiada tenaga untuk bergerak. Tiba-tiba telefonnya bergegar. Tangan Nora berat mencapai telefon bimbitnya yang hanyalah 3 inci jauh dari tangannya tetapi dia berjaya mengambilnya.

"Okey kita putus.."

Nora tidak bergerak walaupun sedikit seperti orang yang sudah beku. Dia teringat apa yang telah berlaku mengakibatkan dia terlelap. Dia tidak sangka Syakir akan balas sedemikian. Dia fikir bahawa Syakir akan minta maaf ataupun memberi mesej yang panjang. Tiga perkataan yang sungguh menyakitkan hati. Tangisan mula jatuh buat kali kedua. Nora cuba untuk menahan tetapi ia terlalu sakit maka ia pun mula mengalir.







Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now