Bab 22

4.7K 196 14
                                    

"Geramnya! Itu pun nak merajuk?" Nora mula terasa geram dengan Syakir.

"Setakat mesej bekas teman lelaki sahaja.. Itu pun, bukan aku yang mesej dia dulu kan! Aku tak layan dia pun!" sambungnya.

Terasa mahu meluahkan perasaannya tetapi tidak tahu kepada siapa dia mahu meluahkannya. Dia cuba memesej kawan karibnya di Whatsapp. Selepas sepuluh minit, tetap tiada balas. Pada saat itu Nora mahu menangis tetapi dia cuba menahan.

"Hai Nora!" Hazif mula mengganggunya.

Sepatutnya Nora memarahinya kerana mengganggu dirinya. Tetapi dengan emosinya yang tidak stabil, dia melakukan perkara yang dia tidak percaya dia akan lakukan.

"Hazif.." Nora memanggil.

"Nora awak okey?" Hazif menanya.

Selepas menerima mesej balas daripada Hazif, entah kenapa matanya berkaca-kaca.

"I'm sorry tapi sekarang ni tak ada orang lain yang saya boleh cerita dengan" Nora merayu.

"It's okay Nora.. I'll always be here for you"

Nora pun mula menceritakan apa yang telah berlaku. Dia tidak memberitahu nama dan juga dia adalah kawan sedarjahnya kerana dia percaya Hazif akan mencarinya untuk mengugutnya atau menyakitinya. Hazif boleh lakukan lebih dari itu.

Selepas memberitahu kepada Hazif, Nora terasa lega dan tangisannya terhenti.

"Thanks Hazif.. I owe you one.."  Nora berterima kasih terhadapnya.

"It's okay. Kan saya dah cakap.. I'll always be here for you"

Senyuman mula terbina di muka Nora. Dia pun mengucapkan terima kasih buat sekali lagi dan menutup chat room nya dan mengunci telefon bimbitnya itu. Terasa letih, Nora pun terlelap di atas katil sambil memegang telefonnya itu.

Zzz.. Zzz..

"Ergh.." Nora mengeluh apabila dia terasa gegaran yang terbina dari telefon bimbitnya itu.

Zzz.. Zzz..

"Ish.. Siapa ni.. Sibuk sahaja.. Mengganggu betul" dia mengomel dengan suara seraknya.

"Good morning sayang" Hazif mengganggu.

"Morning? Eh awak dah ganggu saya awak tahu tak?" Nora terasa geram. Setakat mahu mesej 'good morning' pun perlu spam.

"Oh ye ke? Sorry lah ye " 

"Ada apa awak mesej ni.. Nak ganggu tak habis-habis. Tak ada kerja lain ke?" pagi-pagi sahaja Nora sudah banyak mengomel.

"Saya nak borak sahaja.. Semalam awak kan berhutang dengan saya jadi.. Saya nak chat lah so hutang awak akan selesai" jelas Hazif.

'Eeh dia ni.. Semalam kata tak ada maknanya berhutang sekarang dia yang sibuk meminta' fikir Nora.

Lalu mereka berborak dan borak dan borak kini matahari pun sedah terbit menandakan ia sudah waktu tengahari.

"Hazif.. Saya mahu mandi sekarang"

"Alahai.. Saya dah mula terasa rindu dah ni.."

"Mengarutlah" Nora tersenyum sendiri. Kelakuannya telah membuat dirinya terkejut lalu dia menyepak dirinya untuk berfikir dengan lurus.

Nora pun ke tandas dan mula membersihkan dirinya. Semasa dia di dalam tandas, banyak perkara yang telah difikirkannya. Tetapi tiada satu penyelesaian yang dapat difikirkan.

"Apa yang membuat aku marah sangat dengan Syakir? Kenapa kemarahan terhadap Hazif sudah mula lenyap?"

Nora menanya dirinya tetapi sepertinya dia tidak dapat menemui jawapannya.

Apabila Nora sedang menyikat rambutnya, dia menerima mesej mengakibatkan dirinya untuk langsung ke katilnya untk membaca mesej tersebut. Kemudian mesej itu dibacanya. Entah kenapa dia terasa kecewa sedikit melihat nama pengirim tersebut.

'Siapa yang aku menunggu?'

"Nora.. Saya nak minta maaf. Saya tahu saya cepat cemburu tetapi itu sebab saya cintakan awak. Tidak.. Saya rasa saya dah tergila-gilakan awak.. Jadi.. Maafkan saya please?"

Membaca mesej tersebut, Nora pun menghela nafas panjang dan membalas mesej tersebut.

"Saya faham.. Saya pun nak minta maaf kerana saya mesej dia semalam.." jelas Nora.

Sepi. Tiada mesej balas selepas seminit Nora menunggu.

"Syakir? Awak ada di sana tidak?"

"Nora, awak masih ada perasaan terhadapnya kah?"

Ketika itu, Nora hanya dapat merasa kemarahan yang mula terbina di dalam dirinya.

"Syakir.. Kalau saya sukakan dia, kenapa saya menjadi kekasih awak? Lebih baik saya jadi kekasih dia kan?"

Sepi. Terasa geram, dia pun mahu melempar telefon bimbiynya itu. Tetapi kelakuannya terhenti dengan sebuah gegaran.

"Nora I miss you.."

"No! Awak tak faham bahasa ke? Saya dah ada kekasih! Ke-ka-sih. Awak faham tak? Nak saya terangkan dalam bahasa apa lagi? German?"

Selepas menekan butang send, Nora mula rasa bersalah. Dia tidak patut meluahkan bergitu walaupun apa yang dikatakan itu seratus peratus benar.

"Saya rasa awak lagi membara jadi saya akan berikan awak ruang buat masa ini.."

"Sorry.. Saya tak bermaksud nak katakan bergitu walaupun apa yang saya katakan itu 100% benar."

"It's okay.. Jadi.. Awak nak saya mendengar atau beredar?"

"Mendengar"

Jawapan yang diberi Nora mengejutkan dirinya tetapi dia tidak tahu mengapa.

"Nora.. Awak.. Mahu jadi kekasih saya?"

'Mamat ni dah gila ke apa?' tanya Nora dalam hati.

"Awak ni bergurau ada hadnya tau"

"Saya serius"

"Saya pun serius yang saya ada kekasih"

"Tetapi awak sedar kan kekasih awak tu tidak sesuai dengan awak? Dia terlalu sensitif dan awak tak boleh tahan dengan orang sebegitu.."

Kata-katanya mencocok hatinya. Terasa mahu marah tetapi apa yang dikatakan itu tidaklah salah. Ianya telah membuat Nora terfikir tentang hubungannya dan Syakir.

"Cinta? Benci? Yang aku pasti aku mencintai Syakir. Tetapi.. Kenapa aku fikir bahawa hubungan ini tidak sama sekali akan berkekalan? Adakah aku benar-benar mencintainya seadanya? "


Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now