Bab 11

6.1K 263 20
                                    

"Haihh bu, kenapa dengan anak ibu tu? Senyap sangat.." Zinirah, kakaknya menanya ibunya di hall semasa Nora masih di sekolah.

"Entah lah.. datang bulan kot..?" Ibunya memberitahu tapi seperti soalan juga.

Sebenarnya Ibunya boleh agak kenapa Nora bergitu. Cuma tidak mahu berkata apa-apa sebelum Nora membuka mulutnya dan beritahunya.

"Assalamualaikum.." Nora memberi salam lalu masuk ke dalam rumah langsung ke biliknya. Kemudian Ibu dan kakak Nora pun menjawab salamnya.

"Adik.. Hari ni Jumaat, kenapa muka masam je? Selalu bukan main lagi.. terlompat-lompat masuk rumah" kakaknya menanya sambil masuk ke bilik mereka.

Tapi belum apa-apa kakaknya sudah mengeluh. Dia ternampak Nora terbaring menghadap katilnya dengan tudung dan setokennya yang belum dibukanya itu. Naik risau Zinirah melihat adiknya bergitu.

"Don't talk to me right now.. I'm super tired." Nora berkata dengan pipi kanannya terlekat di katil.

Selepas beberapa saat, kakaknya pun keluar daripadabilik mereka itu. Nora langsung pusing kerana badannya sudah mula rasa sakit kerana baring sebergitu.

Zzz.. tiba-tiba gegaran phone dirasanya. Rasa malas mahu keluarkan dari koceknya tapi akhirnya dikeluarkan juga.

"Assalamualaikum Nora" Syakir.

Selepas membaca mesej itu dia pun melemparnya ke tepi. Bab di katil, mestilah berani campak kan? Tapi selepas beberapa saat dia mencapainya kembali.

"Waalaikumsalam" Nora menjawab ringkas.

"Nora.. okay tak? Nampak macam moody je kat kelas"

Tiba-tiba hati Nora berdegup laju.

'Eh.. kenapa dengan hati aku ni.. and.. mana dia nampak.. dia kan duduk depan'  Nora menanya dirinya dalam hati lalu dia menyambung, 'Ahh.. dengan semua perempuan gentle. Jangan tertipu Nora!'


"Ah.. Takde lah.. mana ada moody.. Mostly bored jer..btw awak... saya penat lah.. chat lain kali je lah :) Bye.."


Kemudian Nora melemparnya buat kedua kali lalu dia bingkas bangun dan menukar pakaiannya. Lalu dia pun mengambil tualanya dan langsung ke tandas untuk mandi.

1 jam. Ini sudah kali kedua dia mandi selama sejam untuk tahun ini. Menyenangkan fikiran di tandas adalah cara terbaik jikalau ada perkara yang difikirnya.

Selepas Nora membersihkan diri, dia pun ke sink tandasnya yang berada di hadapan cermin yang besar sebesar gajah untuk menggosok giginya. Lalu dia melihat reflection dirinya di cermin.

"Asal aku macam gini eh?" Sambung gosok gigi.

"Bukannya aku sukakan Syakir pun" lalu dia kumur air dan membuangnya.

Pada masa yang sama, perkara yang sama pernah terjadi.

.  .

[Dua tahun yang lalu pada bulan December]

'Aaaa... pandainya dia main..' Nora memuji pemain MSTAR yang ada di screen laptopnya itu.

Nora kerap main game  di laptopnya. Lalu pada satu hari dia ternampak satu pemain yang pro dalam permainan itu. Characternya pun kacak membuatnya terpikat pula.

"Nora?" Dia menegur Nora di chat room.

Hati Nora kini berdegup laju. 

"Yes?" 

"Awak berasal dari mana? Tahu cakap melayu kan?"

'Omg!Dia nak berkenalan!' Jerit Nora dalam hati.

"Dari Singapore..Tahu tahu :) Nama awak siapa? Dan awak pun berasal dari mana?"

"Ah.. Nama saya Hazif.. Saya pun dari Singapore"

Semenjak saat itu, Hazif melayan mesej Nora dan mereka sering main bersama. Tapi malang.. pada satu hari dia ternampak Hazif dengan teman wanitanya di dalam game. Rasa patah hati tetapi dia berfikiran positif. Tapi perasaan cemburu tetap ada.

"Mana tahu.. dalam game je diorang couple"

Tapi dia kini sudah tidak sabar. Nora pun mesej Hazif jikalau dia ada teman wanita ataupun tidak. Nasibnya malang. Jawapan Hazif sugguh menyedihkan. Tiba-tiba dia ternampak Hazif dan perempuan itu berpeluk-pelukan lalu Hazif menciumnya. Walaupun hanya sekadar Character, ia tiada bezanya dengan manusia.

Mulai hari itu dia pun tidak mahu menyukakan atau menjadi kawan sama sembarang lelaki.

.   .

Tangisan mula terbina dan jatuh ke pipi.

'Kenapa aku sukakan Syakir? Aku tak nak perkara itu berlaku lagi... tapi...' Nora mengesat air matanya, 'Tapi dah berlaku...'

Tiada bezanya dulu dan sekarang. Ia seperti sekarang adalah dua tahun yang lalu. Hazif dan teman wanitanya. Syakir dan... Aliya.

'Nora kenapa kau bodoh sangat..kenapa?'

__

Selamat tahun baru ^^ Ni hadiah dari saya kepada korang semua :)

vote and comment kay ^^

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now