Bab 15

6.2K 248 26
                                    

"Kriing!" Kini waktu yang dinanti-nanti Nora, telah pun tiba. Iaitu waktu rehat.

"Jadi macam mana?" Aini menanya Nora tapi Nora tidak mendengarnya kerana masih lagi dalam lamunannya.

"Oi.. aku tanya kau ni.. bukan tembok" Aini meninggikan suaranya sambil mecocok bahu Nora.

"Hah? Ouh.. Apa dia?" Nora dengan muka selambanya menanya Aini.

"Kau dengan Syakir lahh" Aini berkata dengan nada yang obviously-kau-tahu-apa-aku-maksudkan.

"Well..masih kawan. Tak ada apa-apa terjadi." Nora menipu. Terasa bersalah tetapi tidak bisa buat apa-apa.

Semenjak Nora berpasangan dengan Syakir, dia kerap termenung dan tidak fokus di dalam kelas. Kerjanya tengok Syakir sahaja bila guru sedang mengajar. Nasibnya lah dia duduk di belakang dan Syakir duduk di depan. Cikgu Atiqah pun kini, kerap menegurnya.

Sudah masuk dua bulan mereka bersama. Nora malu orangnya. Lagi-lagi kerana Syakir ni kawan lelaki pertamanya, dan juga boyfriend pertamanya. Syakir selalu senyum kepada Nora tetapi Nora tidak pernah membalasnya. Teringin mahu membalas tetapi mulutnya terasa berat mahu senyum.

Tiada sesiapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berchatting dan dipanggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa.

Kini di dalam kelas, mereka semua menyambung kelas seperti biasa.

"Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata.

"Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir.

Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu harus react atau buat apa.

"Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya".

Lalu kelas menjadi mangkin kecoh.

'Aduh.. malunya..'

Mukanya kini menukar jadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di meja, mahu cover mukanya yang merah itu. Nasibnya baik dia duduk di belakang, jadi tiada yang nampak.

Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini step tulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan seseorang sedang melihatnya. Nora pun melihat ke arah tersebut dan terlihat Syakir sedang melihatnya lalu memberi senyuman manis kepadanya. Nora pun lihat ke arah lain tetapi selepas beberapa saat, dia pun melihat ke arahnya lagi. Kini, dia membalas senyuman Syakir sebentar tadi, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama.

Selepas sekolah, Nora pun pulang bersama kawan-kawannya seperti selalu. Selalunya lelaki jalan vooom laju terus. Tetapi entah kenapa hari ini lambat semacam. Jadi kini kawan lelakinya semua berjalan bersama-sama di hadapan Nora dan kawan-kawannya. Jarak mereka adalah sebanya 2 meter. 

Tiba-tiba semua lelaki henti berjalan, membuat perempuan di belakang terhenti dan terkejut. Mereka tu kalau jalan mana ada kasi lorong. Semua jalan satu barisan. Tetapi Nora dan kawannya pun, sama juga. 

"Bye Nora" Syakir melambai tangannya kepada Nora lalu pusing dan sambung jalan. Kawannya dan kawan Nora semua mula 'Epp' mereka. Syakir berdiri di tengah. Nora pun berdiri di tengah. Jadi bila diusik tu sah-sah tidak boleh lari. Muka Nora yang merah pun tak dapat disembunyikan.

'Aduhh malunya. Syakir ni... jangan lah buat depan ramai orang.. nanti mereka salah faham..ah. apa-apa lah.. yang penting.... dia lambai tangan dia kat aku!! aaaaaa'


Semenjak Syakir melambaikan tangannya kepada Nora, dia tak habis-habis tersenyum. Ibunya tanya kenapa pun dia tidak beritahu. Kerjanya senyuuum sahaja. 

"Hai awak" Syakir memesej Nora.

"Hai~"

"Awak dah habis buat kerja sekolah?"

"Dah :) Awak pulak?"

"Bagus2.. Saya pun dah"

"Oh ya.. kenapa awak lambai saya tadi.. malu saya tau!"

"hehe ye ke? bukan awak suka ke ;)"

'Oh this side of him again hahaha'

"Neverr"

"Really?"

"Yesss"

"I see.. so you don't wanna tell me the truth?"

"That's the truth"

"I see.." " *Hugs tightly* "

Oh.My.God.

Terpekik Nora setelah membaca mesej tu. Nasib baik tiada dari ahli keluarganya terbangun. Syakir memeluknya menggunakan text sahaja tetapi Nora gila seperti B.A.P mahu ada comeback sahaja.Tengah-tengah malam orang sepatutnya tidur, ini tidak. Sibuk berchatting.

" I hate you Syakir."

" I like you too"

Mereka berdua pun terlelap pada masa yang sama. Tidur dengan senyuman terukir di muka mereka.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now