"Haihh.. Penatnya.. " Keluh Nora selepas sahaja sekolahnya tamat.
Pada hari rabu, dia ada CCA. Iaitu Netball. Padanya permainannya bukan susah mana tetapi sungguh meletihkan kerana perlu mengguna muscle tangan dan kaki. Tapi kerana dia suka dengannya, tiada masalah untuk berusaha untuk menjadi pemain yang handal. Kini, dia telah pun menjadi Assistant Captain. Dengan menjadi Ass. Captain, dia terasa lebih motivated untuk menjadi yang lebih baik.
"How's the match? Easy?" Aini menanya.
"Tak senang tapi tak susah jugak. Okay lah.. Tapi penat sangat sangat" jawab Nora.
Lalu mereka pun pulang bersama. Sesudah sampai rumah, Nora pun mandi dan menukar pakaiannya. Lalu dia terus tidur kerana kepenatannya yang terserlah itu.
"Anak mama dah balik?"
'Haihh soalan ini laagi' fikir Nora.
"Dah" Nora menjawab dengan ringkas lalu dia masuk ke biliknya diikuti dengan lemparan begnya ke lantai. Lalu dia ke katilnya dan tidur.
Zzzz.. Gegaran telefon dirasai Nora membuatnya terbangun dari tidurannya itu. Lalu dia pun memeriksa apa penyebab gegaran itu dan ternampak satu mesej dari whatsapp.
"Assalamualaikum.. Awak buat apa tu?" Syakir.
"Waalaikumsalam.. Baring baring je" Nora menjawab, tidak memberitahunya atau memarahinya kerana mengganggu tidurnya.
"Sama lah :) Awak ada CCA kan tadi?" Syakir.
'Wah dia tahu! Tapi .. Macam mana? Tak penting lah' fikir Nora.
"Yup.. So tired right now"
"Aww.. Have a good rest and don't hurt yourself kay?"
Kejang. Tiba-tiba dia terasa kejang dan dapat goosebumps. Terasa pelik mendengar kata-kata itu. Tapi maklumlah, kawan lelaki pertama jadi memang tak biasa lah kalau ini terjadi.
"Yeah of course :) by the way awak -" Belum sempat habiskan typing nya, Syakir sudah mesejnya.
"Awak dah solat? Dah nak maghrib ni"
'Ish bab ini lagi.. Tak ade soalan lain ke?'
"Dah lah takkan lah belum awak ni.. Lagi 15 minit Maghrib"
"Bagus lah kalau gitu.. Eh, saya nak siap for solat dulu lah :) nanti sambung In syaa Allah"
Kemudian Nora pun dengar azan dan terlelap.
"Eh aku dekat mana ni?" Nora menanya dirinya sendiri. "Terangnya.. Eh, Siapa tu?"
Nora ternampak seseorang yang sedang berdiri jauh darinya, wajahnya tidak jelas. Dia pun menggosok matanya buat beberapa kali untuk cuba melihat wajah manusia itu dengan lebih jelas lagi. Tiba-tiba, dia terdengar suara yang memanggilnya. Suaranya macam.... syakir.
"Nora! Solat cepat! Bangun!!" Terdengar suara ibunya membuatnya sedar dari mimpi peliknya itu.
'Haihh.. mainan syaitan itu. Takkan lah tiba-tiba sahaja mimpi tentang Syakir. Pelik pulak tu.' Fikir Nora.
Lalu dia pun ambil wudhu dan kembali ke katil. Tiba-tiba tak ada mood nak solat. Lalu Nora pun mengambil telefon bimbitnya dan ke Youtube dan menonton drama Koreanya tak habis-habis.
"Nora dah solat belum?" Ibunya menanya semasa dia jalan lintas bilik Nora.
"Dah ibu" Nora menjawab dengan muka selambanya.
Terasa bersalah tapi sekejap aja perasaan itu ada pada Nora. Lalu dia pun sambung menonton dramanya itu hingga lewat malam dan hingga dia tertidur sambil memegang telefonnya itu. Ibunya lah yang selalu harus meletakkan telefonnya di meja sebelahan katil Nora. Kadangkala telefonnya terjatuh tetapi Nora tidak kisah sekalipun.
Keesokan hari, Nora sering melihat Syakir di kelas. Syakir duduk di hadapannya tapi lainan row. Dia tidak dapat melupakan mimpi yang dia dapat pada maghrib semalam walaupun dia sudah cuba. Apa sebenarnya maksud mimpi itu? Kenapa aku mimpi tentang Syakir? Dia menanya dirinya soalan yang sama setiap kali dia terlihat Syakir.
"Nora, jumpa cikgu sebentar." Cikgu Atiqah memanggilnya memberi semua perhatian pelajar lain kepada Nora.
'Aduh.. Cikgu nampak aku tak fokus ke?' fikirnya.
"Nora, cikgu nampak awak tadi termenung aja. Awak ada masalah kah?" Cikgu menanya.
"Err.. tak ada cikgu.. Maaf kan saya sebabkan tidak fokus cikgu"
"Awak lagi bercinta?"
Eh.. Apa cikgu ni merepek.
"Mana ada cikgu.. macam lah cikgu tidak tahu, saya kan benci sama kaum lelaki cikgu"
"Dahtu, kenapa tadi termenung dekat arah lelaki?"
'Alamak..'
"S-sebab bila termenung, mana kita tahu di arah mana kita sedang lihat kan, betul tak cikgu?"
Lalu Cikgu Atiqah mengangguk dan ketawa kemudian menyuruh Nora kembali ke tempatnya. Wah terasa bangga pula kerana mendapat idea yang bagus untuk menjawab cikgu.
Bercinta? Hah.. siapalah ada masa untuk bercinta.
"Baiklah.. Kita sambung kelas seperti biasa. Sudah 1 bulan dah, sungguh cepat masa berlalu Kamu semua sudah mula ulangkaji untuk peperiksaan term pertama?" cikgu Atiqah menanya.
'Aduuh lupa pulak tentang peperiksaan. Haiss harus mula belajar bermula dari hari ini' fikir Nora.
. .
"Hello" Syakir mesej sesudah selesai sekolah.
Aik.. apa cerita mesej timing gini eh? Lalu Nora pun menaiki bas pulang.
"Hai.. ada apa cerita mesej?" Nora menanya.
"Hmm.. Tak boleh ke?" Syakir menanyanya Instead of menjawabnya.
Tapi dengan soalan Syakir berikan, Nora menjadi lemah pula. Haihh kenapalah lemah sangat jadi Manusia.
"Mesej sapa tu?" Jannah menanya, "Syakir eh.." lalu dia ketawa sendiri.
'Jannah ni...okay ke tak eh?' tanya Nora di dalam hati.
Lalu Nora pun ikut Jannah ketawa kerana dia tidak tahu harus buat apa selepas dia cakap sebegitu. Dia pun sambung mesej Syakir seperti mana dia selalu lakukan.
"Awak dah mula ulangkaji pelajaran?" Syakir menanya.
"Hmm.. belum lagi.. tapi plan nak belajar malam nanti" Nora menjawab.
"Okay lah kita pun sama lah" Dia berkata.
Tiba-tiba Nora berasa gembira dan terketawa sendiri, membuat Jannah memberi Nora muka yang bingung sahaja. Lalu Jannah pun turun dari bas. Rumah Jannah tidak jauh mana dari rumah Nora. Jalan Kaki dari rumahnya ke rumah Jannah pun boleh, cuma malas. Selepas beberapa stops, Nora pun turun dari bas. Pada masa yang sama, Syakir pun baru sahaja sampai rumahnya.
"Okaylah.. Kita solat asar dulu eh. Nanti sambung.. baii~" Syakir.
Nora pun kini sudah sampai ke rumah. Dia pun salam ibunya dan masuk ke bilik dan menukar pakaiannya ke pakaian seharianya. Lalu dia pun ke dapur dan mencari makanan untuk mengisi perutnya yang lapar itu.
Ibunya memasak nasi putih dan lauk lemak kegemarannya. Dengan rela hati dia menyenduk dua sudu penuh nasi dan lauk kegemarannya ke dalam pinggan.
Sesudah makan, Nora pun duduk di ruang tamu sambil menggunakan telefon bimbitnya. Kini, dia pun membuka Youtube dan sambung menonton dramanya yang never ending itu. Lalu dia pun ke biliknya selepas menonton 1 episod, iaitu 1 jam kemudian. Nora pun baring di katilnya dan menyambung drama nya itu. selepas 3 episod, dia pun terlelap.
Zzz.. mesej dari Syakir.
"Hai awak.Awak dah habis belajar ke.. masih belajar? hihi "
Sayangnya Nora sudah tidur pada masa itu. Dan juga dia pun tidak belajar seperti yang dia rancang itu.
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...