Bab 26

3.7K 137 2
                                    

"I like you"

Nora diam, tak terkata-kata. Dia sambung memakan nasinya dan berlagak seperti dia tidak mendegar pengakuan Hazif sebentar tadi. Tiada siapa yang membuka mulut sementara Hazif menunggu jawapan Nora. Masa pun telah berlalu, dan kini Hazif terasa geram kerana dia rasa seperti pengakuannya tadi tidak wujud. 

"Nora I betul-betul sukakan You. You dengar tak apa yang I katakan ini?" nada Hazif kini mula menjadi keras.

Nora mula terasa jengkel lalu sudu yang digunakannya diletak kembali di atas pinggannya. Matanya melihat pinggannya yang sudah hampir licin. Dia mengambil tisu dan mengesat mulutnya. 

"Thanks for the food" ujar Nora kepada Hazif. Lalu dia bingkas bangun dan ingin keluar daripada kedair tersebut. Tetapi hajatnya tidak kesampaian setelah Hazif merayu supaya Nora duduk kembali. 

"Hazif, biar saya terus terang dengan awak eh.. saya tak ada mood nak bergurau dengan awak. lagi lagi bab ini. Awak faham tak?" jelas Nora.

"I  dah cakap I  serius. Tolonglah kasi I  peluang kedua. I tahu dulu I salah. Tapi I dah berubah.. Bila I dah jumpa you sekali I dapat tahu you ada boyfriend.. Tetapi sekarang you dah break dengan dia jadi.. "

"Jadi awak ambil peluang ni untuk pikat hati saya?" sambung Nora.

"Yes pandai pun" lalu Hazif mengeluarkan ketawa kecil.

Pada saat ini, tangan Nora yang berada di bawah meja mula digeggam mahu menahan kemarahannya.

"You know what? Saya tak pernah rasa sebegini tetapi terima kasih disebabkan awak saya dapat mengalami perkara baru. Dan saya harap awak dapat membuang nombor telefon saya dari telefon bimbit awak. Dan saya awak tak akan pernah muncul dalam kehidupan saya lagi. Selamat tinggal." 

Kini Nora bingkas bangun dan beredar tanpa melihat ke belakang. Hazif memanggilnya tetapi Nora tidak melayanninya. Hanya kesalan yang dirasainya pada saat itu. 

"Maaf syakir kerana tidak memahami perasaan awak selama ini.. saya tahu awak cemburu bersebab.. saya minta maaf.." type Nora di dalam telefon bimbitnya, hendak memesej Syakir. Tetapi mesej itu dipadamkan. Tangisan mula mengalir dengan sendiri.


Tiga tahun telah pun berlalu. Kini Nora berlajar di Singapore Polytechnic. Kini dia hanya menumpukan fikirannya pada pelajaran. Dia tidak mahu menyakiti dirinya dengan perasaan yang tidak akan kekal lama. Syakir, telah pun dilupakannya. 

Kehidupan di sekolah yang baru dan teman yang baru membuatnya teringat dengan dirinya ketika hendak ke sekolah menengah dulu. Perasaan yang sama, suasana yang berbeza. Nora percaya ini adalah permulaan baru buat dirinya.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now