Bab 19

4.3K 207 9
                                    

"Assalamualaikum Syakir! Awak sibuk ke?"

Nora yang kini sedang menunngu bas sesudah selesai waktu sekolah, mula mengeluarkan telefon bimbitnya dan memesej teman lelakinya itu. Kerusi di perhentian bas itu sudah penuh dengan orang awam, terpaksalah Nora berdiri sambil menunggu bas untuk pulang ke rumahnya.

Notification telefon bimbitnya, sering diperiksanya. Nora menanti mesej daripada teman lelakinya itu. Semenjak hari jadinya, iaitu dua minggu yang lalu, Nora tidak menerima khabar darinya. Tetapi ketika di kelas, Syakir kelihatan biasa-biasa sahaja. Bingung Nora.

Sepuluh minit telah berlalu. Kini, tibalah satu gegaran dari telefon bimbitnya. Dengan penuh kegembiraan Nora menekan pin untuk unlock telefon bimbitnya dan membuka mesej yang diterimanya lima saat yang lalu.

"Tunggu siapa mesej tu? Penat berdiri?"

Sambil Nora membaca mesej tersebut, tibalah gegaran kedua.

"Nak.. saya temankan?"

Nombor pengirim, memang tidak dikenali Nora. Tetapi cara dia memesej Nora, amat dikenalinya.

'Hazif pasti ada berdekatan dengan kawasanku' fikir Nora.

Nora pun membuang mesej tersebut. Pada masa yang sama, bas yang dinanti-nanti kini telah tiba. Dengan pantas Nora menaiki bas tersebut, mahu mengelakkan diri daripada bertemu dengan mamat yang dibencinya itu.

Ternampak kerusi yang kosong maka dia pun berjalan ke arah kerusi tersebut lalu duduk di atasnya. Nora suka duduk di dalam kerana dapat sandarkan kepalanya di kaca bas tersebut. Tidak kesahlah apek duduk di sebelahnya, asalkan bukan mamat itu.

'Kenapa dia selalu mesej aku? Kenapa dia selalu muncul di depanku? Apa dia nak dari aku? Dia kata aku macam budak-budak.. Suka sangat kah kacau budak macam aku? Syakir... mana kamu... Aku perlukan kau...'

Tanpa dia sedari, dia pun terlelap dan menyandarkan kepalanya di kaca bas tersebut. Tangannya yang sedang memegang telefon bimbitnya itu, hampir terjatuh dari genggamannya. Dia terasa seperti ada yang menyelamatkan telefon bimbitnya daripada terjatuh. Mungkin apek yang duduk di sebelahnya ternampak jadi dia pun meletakkan telefon bimbit Nora di atas bag Nora yang berada di atas pehanya.

Belokan bas membuat badan Nora terikut menyebabkan dia menyandarkan kepalanya di atas bahu apek itu. Tetapi Nora tidak sedar kerana dia sedang lena tidur. Apabila tangannya dipegang, dengan cara automatic matanya terbuka.

Dengan pantas Nora menjauhkan diri daripada apel itu dan melepaskan tangannya. Lalu mereka bertentang mata.

"H..hazif?"

Nora sedar bahawa yang duduk bersebelahan dengannya kini adalah Hazif. Tetapi dia tidak mahu percaya bahawa apek itu telah bertukar menjadi mamat sewel. Tetapi selepas mendengar suaranya, Nora menjadi takut. Perasaan gundah-gulana membuatnya segera turun dari bas tersebut. Langkahnya makin memantas selepas setiap langkah Nora.

Sunyi. Nora cuba menyenangkan dirinya sambil berjalan ke rumahnya. Dia terturun ni perhentian bas yang tidak sepatutnya turun di. Nasibnya baik kerana ia tidak bergitu jauh dari rumahnya. Gerak geri langkahnya ditiru Hazif yang sedang mengekorinya dari belakang. Terasa geram kerana Hazif masih mengekorinya, Nora pun berpaling ke arah Hazif. Dengan renungan tajamnya, dia renung Hazif dengan tanda 'Stop before I kill you'.

"Okay fine.. tapi Nora..can we talk for a moment?"

Soalan Hazif hanyalah boleh membuat Nora tergelak kecil. Kemudian Nora pusing dan sambung perjalanannya yang terhenti itu.

"I miss you"

Kata-kata Hazif telah membuat api membina dan membara di hati Nora. Ikutkan hati, mahu sahaja Nora sepak si Hazif tu. Tetapi dia pilih untuk bersabar dan sambung perjalanannya.

Syukur kepadaNya Hazif sudah henti megekorinya. Air mata mahu jatuh tetapi Nora menahaninya. Tetapi dia tidak sekuat dia sangka, air matanya jatuh apabila dia sudah sampai ke bilinya. Dia pun baring di katilnya memeluk bantal tanpa menukar pakaiannya.

'Syakir... kau di mana?'

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now