Bab 14

6.1K 231 24
                                    

Sehari tidak mesej sama Syakir sudah membuat Nora risau dan tak fokus dengan kerjanya. Dia masih memikirkan tentang Aliya dan Syakir.

'Patut tak eh aku tanya dia... Tapi.. Macam mana? Ah mesej je lah'

Lalu telefon bimbitnya diambil dan dia pun ke Whatsapp untuk memesej Syakir. 

'Syakir.. awak kenapa senyap sehari dua ni.. Awak marah ke?' 

Selepas Nora menaip, dia memadamnya kembali. Kemudian dia menaipnya lagi, tapi ia dipadamnya lagi. Hinggalah Syakir kini online. Nora terkejut dan kini terasa mangkin binggung. Mahu tanya ataupun tidak?

Tiba-tiba tanda 'typing' tertunjuk di telefonnya menunjukkan bahawa Syakir sedang menaip sesuatu kepadanya.

'Masanya telah tiba... Syakir sekarang mahu putus denganku..'

Beberapa saat pun telah berlalu. Syakir pun sudah menghantar mesejnya. Terkejut Nora membaca mesejnya itu.

"Assalamualaikum Nora.. Hmm awak.. kenapa awak moody je di sekolah?"

'Pasal awak lah' Mahu saja Nora jawab sebegitu. 

"Tak ada apa-apa lah.. Mana ada moody" tapi ini yang dijawabnya.

"Awak.. bilanglah.. kenapa awak tiada mood  aja tadi... Awak lagi risaukan tentang apa?" Syakir menanya.

'Aik.. macam mana dia tahu aku risau tentang sesuatu'

"Okok... saya nak tanya sesuatu.. Awak sukakan siapa?" Nora menanya tanpa teragak-agak.

"Hmm.. Awak kenapa tanya soalan ni eh? Bukan ke dua hari lepas saya dah bilang? hahaha.. Awak buat buat lupa ke..awak nak saya confess lagi?" 

"Syakir just answer me please..." Nora sudah tidak tahan dan mahukan jawapan daripadanya.

"Awak lah Nora.. Kan kita orang sedang bersama. Awak teman wanita saya kan?"

"I like you Nora.." 

Nora ketawa setelah membaca mesejnya itu. Entah kenapa padanya confession nya kali ini kelakar padanya. Tapi entah kenapa kemarahan mula terbina. Mungkin kerana dia belum lagi dapat jawapan yang mahu didengarnya.

"Then Aliya?" Nora menanya straight to the point.

Tiba-tiba Syakir senyap.

"Jadi betul lah semua yang saya fikirkan selama ini?" Send.

"Awak sukakan saya dan Aliya?" send.

"Ataupun awak cuma nak menjaga hati saya je?" send.

"Awak sebenarnya tak sukakan saya kan?" Send.

"Nora stop!" Syakir memerintah.

Hati Nora bagaikan sudah tidak berdegup lagi. Dia rasa Syakir kini benar-benar membencikannya dan mahu putus dengannya. Air mata mula terkumpul di matanya. 

"Pluup.." Tangisan mula jatuh ke telefon bimbitnya selepas dia membaca mesej ditaip Syakir.

"Look Nora..Aliya is just a friend to me. No.. just a school mate. Believe me. Kita cakap kita suka dia sebab kita takut one day nanti kita terlepas cakap yang kita sukakan awak. Saya tak tipu awak.. Demi Allah saya tidak tipu awak..  Macam mana nak tipu dengan orang yang kita suka kan ^^ So please.. Forget about her and focus on us only.. kay?" Jelas Syakir.

Senyuman pun terukir di bibirnya. Entah tak tahu kenapa dia terus mempercayakan kata-kata Syakir itu. "Ish awak ni kan.." Balas Nora.

"Hehe.. sorry lah.. Dah awak tak kasi saya sukakan awak, awak nak saya buat apa kan" Syakir menjawab.

" I like you Nora."

" I like you too.."

" Say my name.."

Kini muka Nora bertukar menjadi kemerah-merahan. Dia memberanikan diri dan cuba berbuat sedemikian.

" I like you too... Syakir" 

Selepas beberapa minit mereka berborak, kini mereka pun berhenti dan mula membuat kerja sekolah mereka. Selepas membuat kerja sekolah, Nora pun mula terasa lapar dan melihat jam yang terletak di dinding biliknya.

Jam menunjukkan yang ia sudah 8.30 malam. Masa sudah pun menjejas waktu makan malam, Nora pun mengemas begnya dan keluar ke dapur.

Semasa Nora makan nasi dengan karinya itu, tiba-tiba dia terfikir tentang Syakir. Teringin makan malam dengan Syakir. Mulalah dia  membayangkan Syakir sedang makan di hadapannya bersamanya.

Ibu Nora kini masuk ke dapur dan ternampak anaknya. Ibunya pun hairan kenapa dia tersengih-sengih. Lalu dia pun duduk di depan anaknya.

"Anak ibu dah kenapa ni tersengih-sengih tak tentu pasal.. Ada.... berita nak beritahu ibu ke" Ibunya menyakat.

Mahu saja Nora memberitahu yang dia ada teman lelaki.  Tapi dia takut dimarah jadi terpaksa dia menipu.

"Tak ada apa-apa lah ibu" Nora menjawab.

"Betul ke... macam tak boleh percaya je.." Ibunya curiga.

"Eh.. betul lah.. Nora cuma teringat tentang drama yang Nora nonton tadi.." Nora menipu, mengharap ibunya akan percaya akan kata-katanya.

"Ouh... oklah.. sambung makan lah.. ibu nak ke tandas" Lalu ibunya berundur ke tandas. 

Lega Nora kerana ibunya percaya dan tidak menanya apa-apa lagi. Padahal.. sebenarnya ibunya tahu Nora menipu. Dia berpura-pura yang dia percaya kerana dia tidak mahu menghancurkan mood Nora.

Selepas makan, Nora pun ke ruang tamu dan menonton televisyen bersama keluarganya, iaitu drama 'Teduhan Kasih'. Ketika menonton drama tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya bergegar. 

"Nora sibuk ke?" Syakir menanya.

Kemudian mereka pun sibuk berborak. Senyuman sentiasa ternampak di muka Nora ketika dia menerima mesej dari Syakir. Ibunya memperhatikan anaknya itu.

"Anakku.. ada boyfriend ke?" Fikir ibunya.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now