Ergh..Nora menjerit sambil melemparkan kedua-dua tangannya ke udara. Lalu dia bingkas bangun dari katilnya dan ternampak beberapa hadiah yang tersusun di atas almari bajunya yang ketinggiannya hanyalah hingga siku Nora. Ada yang dibalut dengan kertas berwarna-warni, ada yang ada di dalam plastik dan ada juga yang tidak dibalut. Kesemuanya disusun dengan rapi. Kini, barulah Nora sedari bahawa hari ini adalah hari jadinya.
Dengan penuh semangat dia ke tandas untuk membersihkan dirinya. Perkara ini hanya boleh berlaku pada hari jadinya sahaja. Kadangkala, dia tidak mandi pada hari jadinya jikalau dah merajuk. Merajuk disebabkan ahli keluarganya sibuk dan tidak dapat menyambut hari jadinya itu. Tak mandi sehingga sudah disambut pun ada! Tetapi itu kisah beberapa tahun yang lalu. Kini, mungkin Nora sudah berubah.
Di dalam fikirannya, hanyalah ada hadiah-hadiah yang terlihat di biliknya itu. Umur sudah 13 tahun tetapi perangai masih macam budak-budak apabila diberi hadiah.
"Adik!" Ibunya memanggilnya dengan senyuman lebar hingga ia menunjukkan barisan giginya yang putih itu.
Nora pun menyeret kakinya hingga ke ibunya. Sehinggakan ia membuat ibunya bangun dari tempatnya dan mengambil Nora bersamanya supaya Nora tak berbuat sedemikian. Lalu ibunya memberi isyarat kepadanya untuk duduk sebelum ibunya ikut duduk di kerusi bersebelahan Nora.
"Teka.." kata-kata Sayidah terpotong oleh anaknya.
"Ala ibu... malas lah nak main teka-teki.." Nora mengomel.
"Ish adik ni.. Kasi ibu habis cakap boleh tak? Teka ada apa di tangan ibu" pintah ibunya.
'Eh ibu nak kasi hadiah ke?' soalnya dalam hati.
"Hmm.. Ibu nak kasi.. duit?" Nora meneka.
"Salah.. cuba lagi.." pintah ibunya.
"Hmm.. Kunci rumah?"
"Eeh.. Jangan yg mengarut boleh tak?" marah ibunya.
Nora pun kini menjadi serius dan menanya ibunya apakah yang ada di tangannya. Kemudian ibunya membuka telapak tangannya dan menunjukkan apa yang ada di tangnnya itu. Mata Nora terbeliak melihat apa yang ada di tangan ibunya. Senyuman yang terbina tidak lenyap walaupun untuk sesaat selepas melihat barang tersebut. Tangisan mula jatuh ke pipi, bukan kerana sedih tetapi terlampau gembira.
"Kenapa anak ibu sedih ni?" Sayidah menanya, terasa cemas.
"Kalau Nora tak suka.. Ibu boleh belikan yang lain.." Ibunya berkata mahu menyedapkan hati anaknya itu.
"Ibu.. ingat?" Nora menanya lalu pandang ke arah ibunya.
Kata-kata Nora telah membuat ibunya tersenyum dan memeluknya. Kemudian barang itu dipakaikan di leher Nora.
"Mestilah ibu ingat.. Jaga baik-baik tau benda ini.. jangan buka. Walaupun waktu mandi, jangan buka" kata Sayidah sebelum dia bangun dan mula sambung kerjanya di dapur.
. . .
"Ibu.. Nora nak rantai itu" pinta Nora.
Rantai yang ada lambang hati. Hati itu berwarna perak
yang boleh dipisahkan. Dua belah hati yang boleh dicantumkan untuk menjadi satu lambang hati yang sempurna dan boleh juga dipisahkan.
"Nanti nanti ibu belikan ye.. Sekarang baru 10 tahun, nak rantai macam ni buat apa kan?.. nanti hilang merana ibu.."
"Ala bu... Nora dah pandai jaga barang Nora.."
"Not now okay sayang?"
....
Kata-kata ibunya telah membuatnya ketawa terbahak-bahak. Sampai mandi pun tak boleh dibuka. Nora pun memegang rantai yang tergantung di lehernya itu. Dia tidak sangka ibunya ingat tentang perkara itu. Dia sendiri tidak teringat tentang rantai itu.
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...