Bab 8

7K 256 7
                                    

Assalamualaikum awak :)" Syakir memberi salam di Whatsapp.

Pada masa itu, Nora baru sahaja selesai membersihkan diri selepas dia pulang dari sekolah. Nora sedang mengeringkan rambutnya ; sedang berdiri di hadapan kipas, sambil mengurut kulit kepalanya. Selepas gegeran telefon dikesaninya, Nora pun mengambil telefonnya yang berada di katil.

"Alamak! " Nora terpikik lalu dengan cepat dia menutup mulutnya supaya ibunya tidak mendengar tetapi tangannya lambat, dia sudah pekik terlebih dahulu.

"Syakir... aaa.. kalau dia nampak posisi aku tadi aduuuh malu babe!!" Nora mengadu pada cermin seperti orang gila.

"Adik okay??" Ibunya memekik dari biliknya.

"Okay okay. Don't worry!" Nora membalas.

'Phew..Nasib ibu tidak datang.. kalau ibu datang entah apa aku nak jawab pun aku tak tahu' bisiknya dalam hati.

Tiba-tiba, kata-kata Aini masuk fikirannya. "Suami..." "suami.. aku"

"Aaah mengarut. Tak ada maknanya la itu semua. Nak malu dengan Syakir buat apa?" Ngomel Nora.

Lalu dia pun unlock handphone nya dan reply Syakir."Waalaikumsalam.. maaf lambat balas.."

Syakir dan Nora berchatting seperti biasa. Nora bersyukur Syakir tidak menegur atau membawa topik yang memalukan itu. Selepas satu jam berchatting, mereka pun berhenti untuk menunggu azan maghrib. 

"Hwaa" Nora kini sudah mula mengantuk. Lalu dia roll di katilnya. Mentang-mentanglah esok, hari sabtu, Nora pun tidak membuat kerja sekolahnya. Kemudian dia pun terlelap di katil.

 -

"Awak..." kedengaran satu suara yang memanggil Nora.

"Hmm?" Nora menjawab pendek.

"Saya akan doakan awak.." si dia memberitahu Nora, "...selalu".

Lalu Nora pun terbangun. Mimpi pelik betul! Semenjak-semenjak ni, selalu dapat mimpi pelik. Mengerikan betul lah.

"Eh anak ibu belum tidur lagi? " Ibunya menanyakan kepadanya.

'Sejak bila aku tidur degan position ni seh. Hmm.. Aku teleport ke dari hujung katil ke tengah dengan selimut terbentang atasku ke?' Nora menyoal dirinya.

"Dah pergi tidur sana, jangan termenung saja" Ibunya menegur.

Beliau kemudian memeluk bantal peluknya dengan erat dan kembali ke tidur tanpa memikirkan tentang mimpinya.

-

"Hwaa" Nora duduk dan menguap sebesar alam lalu stretch badannya ke belakang sambil mengeluarkan kedua-dua tangannya ke atas. Dengan rambutnya yang masai dan kelakuannya itu, dia tidak ada bezanya dengan seekor singa.

"Assalamualaikum.. good morning sayang" Ibunya memberi salam kepada anaknya.

"Wassalam.. Morning bu.." Nora menjawab sambil menggosok matanya.

'Aik.. Aku bangun awal gini apa cerita?! Tapi.. Aku dah tak ngantuk.. Hmm Nak buat apa eh?' Nora menanya dirinya.

Lalu dia kembali baring dan mengambil telefonnya yang berada di sebelahan bantalnya. Jam menunjukkan bahawa sekarang 6.59. Pada jam ni, selalunya Nora masih dalam teksi bapaknya. Tiba-tiba ada mesej timbul. 

"Good morning" 

"Aik.. tak pernah-pernah.. " Belum sempat dia habis apa yang nak dicakapkan dah ada mesej darinya lagi.

"Eh sorry.. tersalah send tadi "

Pada masa itu, Nora terasa lega kerana dia tersalah send . Tapi pada masa yang sama rasa sedih sedikit pun ada. Aik.. pelik betul perasaan ini.

"Ah.. Takpa takpa :) Nak mesej siapa je haha" Nora menanya. Entah kenapa dia mahu tahu siapa pengirim sebenar yang Syakir mahu mesej.

"Ah..ada lah hehe"

Tiba-tiba Nora rasa geram dan tidak puas hati. 'Itu pun tak boleh bilang.. ish' fikirnya.

"Okaylah, saya nak sambung tidur." Nora reply kemudian dia terus lock handphondnya dan meletakkan di tepi bantal lalu memaksa dirinya untuk kembali tidur.Tapi dengan perasaan geramnya itu, pasti susah untuk tidur. 

Nora pun bingkas bangun dan berjalan ke dapurnya. Lalu dia membuka pintu peti sejuknya dan mengambil segelas cawan yang sudah diisi dengan air jarang kemudian diteguk sampai habis air ditelan.

"Kenapa ni anak ibu marah-marah pagi gini? Gaduh dengan boyfriend ke?" Ibu menanya Nora lalu terketawa sendiri.

"Ish ibu ni.. nak joking pun jangan lah sampai macam tu sekali" Nora berkata dengan geram.

"Ye lah.. ibu sorry kay? kenapa sensitif sangat anak ibu semenjak kebelakangan ini eh? Hairan ibu. Ada masalah ke di sekolah?" Ibu menanya dengan mukanya yang terpapar dengan kerisauan.

"Entah lah bu.. mungkin adik dah nak datang bulan lagi kot." Nora menjawab lalu keluar dari dapur dan kembali ke bilinya.

"Rehat lah dik" Ibunya sempat menjerit untuk menyuruh Nora berehat.

Kini, Nora pun baring di katinya tegak sambil melihat dinding. Dia terasa geram. Tapi yang membuatnya geram ialah kerana dia tidak tahu apa yang menyebabkan dia terasa geram. Lalu dia pun mengambil bantal peluknya yang berada di sebelahannya dan memukulnya dengan kuat untuk meluahkan perasaannya itu.

"Adik diam boleh tak? Kakak nak tidur" Kakaknya yang sedang tidur di sebelahnya terbangun kerana gegaran katil dan keluhan yang tidak henti-henti.

Dengan pantas Nora berhenti selepas ditegur oleh kakaknya.

"Sorry and yes boss" Nora berkata lalu kembali ke posisi tegaknya sambil melihat dinding biliknya.

'Syakir.. ada girlfriend ke?' Dia menanya dirinya lalu dia terlelap. Entah macam mana dia boleh terlelap dalam keadaannya itu.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now