13 [ Your Mission ]

214 22 7
                                    

Chip chip chip~~~

Bunyi burung burung berkicauan dalam hutan langsung tidak terkesan pada pendengaran Osiem kini.

Ya, Osiem kini sedang berada di dunia manusia kembali bersama pembantu peribadinya.

Berjalan bersiar siar, melihat spesis pokok dan tumbuhan yang kian berkurang.

Kasihan, ketamakan dan kerakusan manusia yang sanggup menebang mereka yang indah ini. Mereka tidak takutkah akan balasan atas apa tindakan yang mereka lakukan?

Chip~~~~

Osiem mengerut dahi apabila dia mendengar suara seakan akan merintih mahu dilepaskan.

Osiem terus mendekati suara rintihan itu.

Akhirnya terungkap juga apabila dia melihat seekor burung kecil sudah terperangkap di dalam jerat manusia. Kasihan sekali.

"Kasihan kamu di situ." Osiem berkata pada burung itu.

Chip~

"Pasti kau mahu balas dendam pada manusia, bukan?" Osiem memegang jaring yang telah memerangkap burung kecil itu sambil tersenyum.

"Aku boleh tolong kau." Jaring yang dipegang oleh Osiem tadi secara tiba tiba terus menjadi abu abu yang berterbangan. Seakan akan dibakar.

Burung itu secara tidak sengaja mendarat diatas tangan Osiem. Burung itu memandang sayu pada Osiem.

"Tapi dengan satu syarat." Osiem meletakkan jari telunjuknya diatas kepala burung kecil itu.

Keajaiban berlaku apabila burung yang kecil tadi terus bertukar menjadi manusia. Seorang wanita.

Burung kecil yang bertukar menjadi wanita ini terus tersandar di batang pokok besar.

" Aaaa. " Burung kecil yang menjadi wanita ini menjerit.

Osiem mencangkung di hadapan wanita ini sekarang sambil memegang bahu si 'wanita' itu.

"Aku ada misi untuk kau. Aku janji, jika kau berjaya melakukan misi ini, kau kembali menjadi burung semula dan bebas untuk selamanya." Kata Osiem agak meyakinkan.

"Oh ya, nama kau sekarang ini Bethany. Ingat. Jangan lupa tentang nama kau." Osiem bangun semula.

Bethany mengangguk laju. Takut lagaknya.

"Sudah, mari ikut aku. Lagi cepat kau selesaikan misi ini. Lebih cepat kau kembali kejadian asal kau." Osiem berkata lalu pergi begitu sahaja.

Manakala pembantu peribadi Osiem tadi setia berdiri di sebelah Bethany dengan muka yang agak bengis. Takut takut jika wanita ini melarikan diri.

-
-
-

"Bethany" Panggil Osiem.

Bethany dengan takut takut memandang Osiem yang dari tadi asyik menunduk sahaja.

"Kau tahu kenapa aku jadikan kau manusia?" Osiem memandang Bethany dengan tajam.

Bethany menggelengnya dengan takut.

"Cuba lihat dihadapan kau ada apa." Kata Osiem dengan sinisnya.

Mata Bethany perlahan lahan mengalihnya kehadapan.

"Ada apa tu?" Osiem bertanya sekali lagi.

"Seorang lelaki tua." Kata Benthany. Suaranya agak perlahan.

"Aku nak kau goda dia."

"Hah?!" Bethany agak kaget. Masa akan seekor burung boleh menggoda manusia???

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now