8 [ Plomien's Family ]

315 33 3
                                    

"Aaaaawak boleh bercakap?!" Gempa menunjuk kepada bunga itu.

Terkejutnya bukan kepalang.

Dekat dunia manusia, mana ada bunga bercakap... KAN?

"Eh, soalan apa pula yang awak tanya ni. Mestilah Flora boleh berkata kata." Flora menggerak gerakkan daunnya.

Sudah seperti tangan lagaknya.

"Huh, kenapa awak terkejut ni? Saya ada buat salah apa apa ke?" Flora seakan akan pelik dengan tindakan Gempa.

"Tak tak, pertama kali saya berjumpa dengan bunga yang boleh bercakap." Gempa bangun seraya mendekati Flora.

"Ouh, pertama kali? Peliknya?" Kata Flora.

"Hm, apa yang peliknya. Ha, mungkin awak ingat saya dari dunia ini. Taklah. Sebenarnya saya dari dunia manusia. Hai, saya Gempa." Ramah Gempa.

Dia terus duduk disebelah Flora.

"Hm, awak dari dunia manusia ye. Jadi dekat dunia manusia tiada bunga yang boleh berkata kata?" Tanya Flora.

Gempa menggeleng.

"Tapi, kuasa manusia awak hebat. Awak dah selamatkan saya dari mati kekeringan tau tadi." Kata Flora.

"Ku..kuasa? Aik, Saya mana ada kuasa. Saya cuma letakkan air sedikit dan membetulkan posisi awak sahaja. Tiba tiba awak bercakap. Itu yang saya terkejut tu." Terang Gempa.

"Tak, mana adalah. Kuasa awak yang membuatkan saya sihat tau. Sewaktu awak pegang tanah saya tadi, awak memberi saya aura tanah dari awak." Kata Flora.

Gempa tercengang. Apa yang Flora mahu sampaikan kepadanya sebenarnya?

-
-
-

"Jadi, Kamu mahu kata yang Cztery sudah berada dalam dunia ini?" Suara garau milik Raja Plomien merupakan ayah kandung Cztery mahukan penjelasan.

"Ya, tuanku. Putera Cztery sudah pun pulang ke Untitled World." Kata pembantu istana.

"Anak tak tahu malu, berani dia kemari. Selama ni, elok sahaja dia berada di dunia manusia." Raja Plomien menggengam tangannya menjadi penumbuk.

"Kamu tahu apa tujuan dia kemari?" Raja Plomien itu kembali bertanya.

"Pu..putera Cztery kata dia mahu mengambil semula takhta miliknya." Kata pembantu istana itu dengan berhati hati.

"Karut! Tak guna punya anak. Dia sudah memalukan keturunan Plomien. Berani dia mahukan semula takhta ini! " Raja Plomien seraya berdiri.

"Jangan sesekali berani dia menjejakkan kaki kotornya dalam kerajaanku. Bukan setakkan jejakkan, bayangan juga beta tak ingin melihatnya. Faham!" Kemarahan Raja Plomien sudah di tahap maksima.

Tiada sesiapa mampu melawannya.

"Ya, baik tuanku."

-
-
-

"Semakin baik Dwa?" Tanya Laurel.

Mereka kini berada di puncak bukit berdekatan dengan istana milik Dwa.

Dwa menangguk sambil menikmati makan tengah harinya.

Laurel memandang Dwa dengan penuh simpati.

Sampai bilakah jejaka dihadapannya itu hidup dalam keadaan bahagia dan aman.

Laurel mengalihkan pandangannya ke langit.

"Warna biru dilangit membuat kita tenang. Betul tak?" Tanya Laurel.

Terhenti santapan Dwa seketika.

Dwa mengangguk kembali.

"Kenapa awak tak bercakap apa apa ni?" Saya bosanlah cakap sorang sorang. " Kata Laurel.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now