2 [ Meet With Piec ]

559 39 7
                                    

Gempa terbangun dan terus memegang kepalanya.

Sakit?

Ya, terasa agak berdenyut denyut.

Dimana aku kini? Kenapa aku terasa agak janggal? Aku tidak pernah tahu pun tempat ini.

Sungguh indah.

Berderu deru air lautan bila bertemu dengan angin yang sangat nyaman.

"Aku dekat mana ni?" Gempa memegang kepalanya.

Gempa memandang kiri dan kanan tempatnya.

Aku berada di kawasan perairan. Ini bermaksud ada orang selematkan akukah?

Tapi aku tidak pernah melihat tempat ini sebelum ini.

Cantik.

Ya, itu sahaja dalam fikirannya.

Air laut yang berderu deru lembut, pasirnya yang bersih, sekitarnya penuh dengan rimbunan pokok pokok yang menghijau.

Aku memandang sekeliling. Lalu aku memikir.

Bagaimana aku sampai kesini?

Dia langsung tidak mengingat apa yang sedang berlaku, dan bagaimana dia sampai kesini.

Apa yang dia ingat hanya di atas jambatan. Tetapi dia terasa ada seseorang yang menolak dirinya sehingga dia terjunam ke dalam air.

Bangun bangun sahaja dia berada disini. Syurgakah ini?

"Perlu apa apa bantuan?" Sapa seseorang dibelakang Gempa.

Gempa terkejut apabila bahunya disentuh lalu menoleh ke belakang.

Seorang lelaki memakai baju koperat berwarna biru cair. Corak bajunya penuh dengan logo berbentuk salji. Mungkinkah dia suka akan salji?

"Encik, saya dimana? Kenapa cantik sangat tempat ini? " Tanya Gempa.

Matanya kembali memandang sekeliling.

"Kamu berada di The Untitled World." Jawab lelaki itu.

Mata Gempa berhenti meliar apabila lelaki itu menjawab tetapi jawapannya agak pelik dia memandang semula kearah lelaki itu.

"Untitled World? Apa tu? Dunia tiada nama? Begitu?" Bertalu talu Gempa memberi soalan.

"Saya tidak kisah apa sahaja tanggapan kamu terhadap nama itu." Kata Lelaki itu tadi dengan tenang.

"Tetapi, saya tidak pernah pula melihat wajah kamu sebelum ini. Siapakah kamu? Kerana saya yang menyelamatkan kamu dan letakkan kamu disini." Kata Lelaki itu lagi.

Gempa berdehem. "Saya, Ariffudin Gempa. Panggil Gempa sahaja." Gempa memperkenalkan dirinya. "Kamu pula siapa?" Gempa bertanya pula kepada lelaki itu.

"Saya Piec, Piec Ice dari kerajaan Woda. Saya merupakan Putera Raja berketurunan Iod. Gembira dapat berjumpa kamu. Piec membalas salaman Gempa sebentar tadi.

Berkelip kelip mata Gempa selepas mendengar pengenalan dari lelaki ini.

'Anehnya nama disini. ' Hati Gempa berkata kata.

Mereka berdua melepaskan salaman.

"Jadi, awak ni putera raja? Mengapa awak tidak memberitahu awal awal. Maafkan saya jika saya berkasar tadi." Kata Gempa lalu dia menunduk hormat.

"Haha, tidak perlu untuk berformal dengan saya. Anggap sahaja saya ini seperti kawan awak. Boleh kan?" Pinta Piec.

Gempa mengangguk. "Kita kawan, sila tunjuk ajar." Kata Gempa lagi.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now