Hai semua, saya dah kembali.
Ini bermaksud saya sudah habis menjawab peperiksaan besar, alhamdulillah.
Saya minta maaf kerana sudah menangguhkan story ini berbulan bulan lamanya.
Saya juga berterima kasih kepada sesiapa yang masih sudi menunggu story ini update, saya hargai sangat sangat penantian korang semua.
Kepada pembaca yang di kasihi,
Kalau korang lupa jalan cerita, saya berharap korang baca chapter lepas sebab saya tak nak korang semua terawang awangan bila baca chapter ni.
Silap silap nama watak - watak pun terlupa. Nama dahlah pelik pelik, kan? Susah nak sebut pulak tu.
Jadi, saya berharap semua sudah bersedia untuk chapter ni. 😊
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Erm, nah." Piec memberi sesuatu dalam balutan tanda minta maaf.
"Kau buat apa datang sini lagi?" Szecs menggulingkan matanya lalu memandang ke arah lain.
"Aku nak minta maaf atas perbuatan kurang senang aku terhadap kerajaan kau." Nada Piec seakan menyesal saja.
Szecs tersenyum sinis.
"Kalau bukan atas kerajaan, kau masih buat perkara yang sama, mungkin kau takkan datang ke sini untuk meminta maaf, betul bukan, Putera Piec Ice?" Szecs sengaja menguji Piec ketika ini.
"Ya, betul sangat apa yang kau katakan itu. Sudah puas dengan jawapan aku?" Piec yang sudah kepanasan itu menarik tangan Szecs lalu meletakkan bungkusan yang sudah berbalut itu.
Terus Piec meninggalkan tempat itu.
Dia tidak mahu berlama disitu kerana dia juga harus menjaga reputasi dirinya sebagai putera mahkota dan kerajaan yang bakal ditakluk olehnya.
Szecs merengus kecil.
"Begitu benci sekali ya kau pada kesayanganku." Szecs menggengam penumbuk.
-
-
-Laurel terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan pembantu sekelilingnya yang sedang mengejarnya itu.
Osiem yang dari tadi duduk di sofa sambil minum kopi kegemarannya dan membaca majalah itu terpandang anak gadisnya itu meluru masuk tanpa menegurnya.
"Hm, protes orang muda." Osiem sambung kembali perbuatannya semula.
"Cik Osiem, nampaknya Cik muda Laurel seperti tidak setuju dengan cadangan Cik Osiem." Pembantu peribadinya dari tadi berdiri di samping sofa Osiem juga turut perasan akan perubahan ketara Laurel.
"Saya tahu. Nanti baiklah itu. Biasalah, dari kecil asyik mengiyakan sahaja apa yang dia mahu. Dia mahu jaga Dwa itu juga saya turutkan walaupun hati saya tak rela." Osiem berkata seperti tiada apa yang berlaku lagaknya.
"Baiklah Cik Osiem jika kata bergitu." Pembantu peribadinya mengiyakan sahaja Cik Osiem kata.
-
-
-Laurel sedang mengeluarkan bagasi besarnya.
Ya, dia harus keluar dari kepompong dunia ibunya yang tidak habis menyuruh dia mengikuti segala kehendaknya.
Masih segar dalam ingatan lagi, saat saat ayah dan ibunya bercerai, dia dipaksa untuk mengikuti ibunya apabila dirinya memilih ayah untuk meneruskan kehidupan.
Bukan itu sahaja, menjadi seorang doktor? Ini bukanlah kerjaya impiannya. Tidak pernah sekali pun dalam hidupnya untuk menjadi seorang doktor.
Dia mahu jadi pahlawan wanita muda pertama dalam dunia ini.
YOU ARE READING
The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)
FantasySelamat datang ke The Untitled World.... ---------------------------------------------------- Hanya kerana dia seorang anak angkat keluarga ternama dan orang kaya, Gempa sentiasa dipinggirkan. Sehingga suatu ketika dia hanya mahu tamatkan sahaja h...