9 [ Osiem's Suggestion ]

279 29 5
                                    

Perlahan lahan Cztery menjejaki langkahnya kearah istana Ogien kepunyaan keluarga Plomien, tempat dimana dia dibesar dengan penuh kekayaan, kehormatan.

Ya, Cztery kini sedar atas kesalahan langkahnya suatu ketika dahulu.

Terlalu lebihkan popularity dunia manusia kerana menganggap bahawa dunia manusia adalah salah satu sumber kekayaannya.

Kerana ketamakkan seorang putera bernama Cztery ini menyebabkan banyak pihak terasa hati dengan tindakannya yang kurang matang itu.

Termasuklah ahli keluarganya, sepupunya, Piec yang sering memberi nasihat padanya yang baik.

"Putera Cztery?" Kedengaran seseorang sedang menegur Cztery dari belakang.

"Ya, saya Cztery." Cztery memulakan langkahnya untuk memasuki ruangan istana.

"Sebentar putera sebentar." Orang itu kembali menghalang Cztery.

"Kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Cztery.

Orang itu mula menghalang dirinya dari memasuki ruangan istana.

Mengapa dia begitu berusaha untuk menghalang dirinya dari memasuki ruangan istana aku sendiri?

"S..saya mi..mintak maaf kalau ss..saya kata ini membuat tuan putera terluka." Orang itu kembali menunduk.

"Kenapa? Apa yang kamu nak beritahu pada aku? Dan kamu ni siapa?" Tanya Cztery bertalu talu.

"Raja Plomien, tidak mahu terima kepulangan Putera Cztery. Saya minta maaf, tapi ini arahan raja. Putera perlu meninggalkan kerajaan ini segera." Kata orang itu dengan jelas.

"Saya pembantu peribadi Raja Plomien yang baharu, Putera Cztery. " Dia menunduk sopan.

"Ah, orang baru. Lagaknya seperti orang lama sahaja kan? Sesuka hati menghalang jalanku. Kamu tahu siapa Raja Plomien padaku?" Nada Cztery naik seoktaf. Tegas.

"Ya ya, saya tahu kamu adalah Putera Raja Plomien. Tetapi ini adalah suatu arahan." Kata Pembantu peribadi itu.

"Mengarut! Sanggupkah dia tergamak menghalau anakandanya sendiri?" Nada Cztery sudah ketahap maksima.

"Ya, aku sanggup. Aku sanggup menghalau sesiapa sahaja yang pernah mengkhianati kerajaanku. Lebih lebih lagi kamu Cztery." Raja Plomien secara tiba tiba muncul dari pintu ruangan istana.

"A.. Ayahanda." Cztery terkedu.

"Mulai harini, aku tidak mahu melihat kamu berada disini lagi Cztery. Bukan inikah pilihan kamu dahulu. Meninggalkan keluarga dan kerajaan semasa mereka mengharapkan kamu dahulu?! Dan kamu juga telah mencalarkan maruah dan nama baik keluarga Plomien, Cztery. Masih tidak sedar akan itu?!" Raja Plomien bernada tegas.

"A.. Ayahanda, ampunkan dosa Cztery yang dahulu. Cztery sudah berubah Ayahanda." Kata Cztery ikhlas dengan penuh harapan.

"Pergi, kerajaan Ogien tidak perlukan kamu lagi. Buatlah apa yang kamu suka selepas ini. Jangan kisahkan tentang keluarga Plomien lagi." Terus Raja Plomien meninggalkan Cztery.

Cztery menghela nafasnya.

"Aku mahu tengok, sejauh mana kau akan mendapat satu kemaafan dari Raja Plomien."

Ya, Cztery masih ingat kata kata Piec tempoh hari.

"Putera Cztery perlu pergi segera." Kata Pembantu peribadi itu dengan sopan kearah Cztery.

Dengan riak yang kosong dan hampa. Cztery melangkah perlahan kearah pintu gerbang istana.

Aku perlukan bantuan seseorang ketika ini.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now