Notes : The Main Characters Name
( bagi yang sudah lupa / keliru )Jeden Halilintar
Dwa Taufan
Trzy Gempa
Cztery Blaze
Piec Ice
Szecs Thorn
Siedem Solar°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Awak seorang sahaja ke?" Bethany yang agak kekok itu bersuara.
Terima kasih pada Osiem. Dia yang mengajar Bethany pada waktu yang singkat untuk terlihat menggoda dimata lelaki.
"Awak siapa ya, kita ada buat appointment ke?" Tanya Datuk Seri Roslan yang terpinga pinga di meja makan restoran mewah itu.
"Oh, tiada. Cuma nak teman makan, tak boleh?" Lagaknya Bethany seperti sudah terbiasa membuat perkara ini.
-
-
-"Eh, awak ni. Kenapa sejak dua menjak ni awak selalu dingin dengan saya ye? Ada apa apa yang saya tak tahu ke ni?" Datin Seri Julia mengerut dahinya.
Bebelan dan Julia, amatlah serasi bersama.
"Awak ni kenapa. Boleh tak sehari awak senyap sekejap sahaja." Datuk Seri Roslan terasa diganggu.
"Saya nak tanya, kenapa awak nak sibuk sangat tentang hal saya. Saya dengan hidup saya. Awak dengan hidup awak." Datuk Seru Roslan berbicara.
Osiem yang dari luar mendengar pertelingkahan suami isteri itu tersenyum sinis.
"Dah lak lama dah keluarga ni." Kata Osiem dengan nada perlahan sambil memerhati mereka dari luar rumah.
-
-
-"Flora." Panggil Gempa.
Flora yang sedang memerhati taman indah keluarga Piec menghampiri Gempa di sebuah bangku.
"Awak boleh tak bawa saya ke tempat awak. Maksud saya tempat Raja Tory jaga awak. Saya tak reti sebut nama tempat tu." Kata Gempa.
Dia ingin tahu juga, indahkah tempat itu sehingga semua memujinya suatu ketika dahulu.
"Wyladowac ke maksud awak?" Tanya Flora. Mulutnya ditutup menahan tawanya melihat Gempa mengerut dahinya.
"Wy.. Apa? Bu...bukan...ala...yang nama dia panjang tu. Macam mana eh nak sebut." Gempa menggaru kepalanya.
Flora mengekek melihat tingkah Gempa yang tercari cari nama itu.
"Trzesienie Ziemi kan? Selama ini awak hanya tahu nama penduduk disitu. Nama kerajaan Ziemi ialah Wyladowac." Terang Flora
"Kalau awak nak tahu, keturunan Ziemi ni amat dihormati tau. Walaupun dihanya seorang rakyat biasa, kerajaan yang lain amat menghormati rakyat biasa itu." Kata Flora lagi.
Gempa mengangguk walau hakikatnya dia tidak beberapa faham sangat penerangan itu.
"Awak nak pergi ke sana? Saya boleh bawakan."
"Jauh ke?" Gempa bertanya. Dia khawatir jika tiada bekalan makanan yang cukup kesana.
"Awak nak ikut ke tidak? Ikut saya." Flora menarik tangan Gempa.
-
-
-"Baaa, Hai Tuan Siedem. Apa khabar?" Dengan gembiranya Maya bertanya khabar dalam ruang bacaan Tuan Siedem.
Terpelanting buku yang sedang dibaca oleh Tuan Siedem dihadapan rak buku itu.
Maya terus duduk di atas kerusi hadapan meja Tuan Siedem.
"Aish, Maya. Terkejut saya. Kenapa datang kesini? Tidak membuat apa apa perjanjian pun? Lagipun, hari inikan hari saya berehat." Kata Tuan Siedem.
YOU ARE READING
The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)
FantasySelamat datang ke The Untitled World.... ---------------------------------------------------- Hanya kerana dia seorang anak angkat keluarga ternama dan orang kaya, Gempa sentiasa dipinggirkan. Sehingga suatu ketika dia hanya mahu tamatkan sahaja h...