16 [ Reveal ]

144 13 3
                                    

"Apa maksudnya, Cik Osiem? Saya raja seterusnya? Saya ni siapa sebenarnya, Cik Osiem?" Bertalu talu soalan dilontarkan kepada Osiem.

Bukan dia tidak sedar akan layanan orang orang di sini dari hari pertama dia sedar dalam dunia ini.

Rakyat Piec mengatakan aku mempunyai kuasa, Jeden Halilintar tergugat kedudukannya kerana aku dan aku boleh memasuki kawasan Wyladowac dengan mudah, siap boleh bawa Flora sekali.

Seolah olah aku persis seperti mereka ataupun aku adalah salah satu dari mereka?

Flora yang masih menekup mulutnya itu terus memeluk Gempa.

"Saya dah agak awak cucu Raja Tory. Kuasa awak mirip dengannya" Flora seakan kegembiraan. Mungkin dapat mengubat rindunya saat bersama Raja Tory dahulu.

"Kau adalah cucu pertama Raja Tory, Gempa. Oh bukan, Putera Trzy." Kata Osiem, menerangkan serba sedikit tentang kemusykilan Gempa.

"Jadi, Cik Osiem adalah....." Gempa mahu menyatakan sesuatu terus Osiem menunjukkan isyarat senyap.

"Shh. Kalau kau mahu lebih lanjut tentang diri kau. Jumpa aku di rumahku." Kata Osiem lagi.

Terus dia meninggalkan Gempa yang masih penuh soalan yang bersarang dimindanya.

Gempa memandang Flora.

Flora hanya tersenyum gembira sejak dari tadi yang membuatkan Gempa semakin mengeluh.

-
-
-

"Ibu saya pernah cerita pada saya, saya ada seorang sepupu lelaki. Jadi, kamulah orang tu ye?" Tanya Laurel memandangkan Gempa masih lagi termagu di atas sofa rumah Osiem.

Flora disebelah Gempa hanya senyap sahaja. Sambil itu menjeling jeling nak melihat gaya Gempa kini. Saja, dia ingin mengikut cara Gempa termenung ketika itu.

Gempa memandang kearah suara itu.

"Saya sendiri tak tahu apa yang sudah jadi. Sejak bila kita jadi sepupu?" Kata Gempa. Musykil baginya ketika ini.

Laurel tersenyum.

"Awak dah lama sangat dah di dunia manusia itu. Lupa jati diri yang sebenar." Kata Laurel. Nada ejek gurauan sahaja.

Gempa berpusing kearah sebelah kanannya pula. Memandang Flora yang masih sengaja mengikuti cara Gempa duduk ketika ini.

"Flora, awak boleh jelaskan tak apa yang dah terjadi?" Gempa nampaknya masih tidak berpuas hati lagi.

"Hmm? Nak saya jelaskan apa?" Kata Flora. Polos. Sengaja betul.

Gempa mengeluh. Tiada siapa nak terangkan kepadanya apa yang sudah jadi ke?

Laurel yang asyik memandang reaksi Gempa seperti tidak senang duduk itu mula bersuara.

"Awak pasti lebih tua dari saya memandangkan awak cucu pertama Datuk Tory."

Makin berkerut dahi Gempa. Gempa mula perasan sesuatu. Dia tidak kenal siapa 'sepupunya' itu.

"Awak siapa? Tiba tiba sahaja mengaku sebagai sepupu saya." Tanya Gempa senada.

"Oh, maaflah tergesa. Hai, saya Laurel. Anak perempuan Puteri Osiem. Saya seorang doktor psikatari disini." Laurel memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangannya tanda perkenalan.

"Do... Doktor?" Gempa terkesima seketika.

"Awak kata awak lebih muda dari saya, bagaimana umur seperti awak boleh menjadi seorang doktor?" Gempa seperti masih terkejut dengan kenyataan itu.

"Sah, awak dah terlalu lama duduk di dunia manusia." Kata Laurel.

"Umur kita tak selari dengan umur didunia manusia walaupun..." Laurel menghentikan perkataannya supaya mahu saspenkan suasana Gempa ketika itu.

"... kita nampak muda." Sambung Laurel lagi.

"Cuba awak tengok Flora, nampak seperti gadis muda kan? Sedangkan umurnya sudah mencecah 70 tahun lebih." Terang Laurel sambil memandang Flora yang masih sedang meniru gaya Gempa.

Apabila nama Flora dipetik, terhenti perbuatannya seketika.

Mata Gempa pula terbeliak mendengarnya.

" Bi..biar betul? " Gempa menoleh kearah Flora.

" Ja...jadi, umur saya berapa?" Gempa mula berfikiran. Takkan dirinya juga sudah tua?

"Kalau diikutkan jarak umur awak dan ibu saya, umur awak mesti sudah hampir 30." Terang Laurel lagi.

Mahu tercekik air liur Gempa mendengarnya. Dirinya sudah hampir 30 tahun dan dia masih tidak tahu dirinya yang sebenar.

"Macam mana awak yang muda dari saya menjadi seorang doktor?" Tanya Gempa.

Bukan untuk merendahkan tapi memandangkan menjadi seorang doktor sangatlah susah pada pandangan Gempa yang menyebabkan dia tertanya tanya.

"Hehe, sebab saya bijaklah." Laurel tergelak kecil sambil jari telunjuknya menekan nekan kearah kepalanya.

-
-
-

"Awak masih nak tinggal dalam istana Piec ke Gempa?" Tanya Flora setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri sambil berjalan.

Mereka sudahpun pulang dari rumah Osiem sebentar tadi.

"Kenapa? Awak nak tinggal dengan Laurel ke?" Kata Gempa sambil memandang Flora yang berada disebelahnya.

"Apa salahnya, Cik Osiem dan Laurel sendiri mengajak kita tinggal bersama mereka, kitakan keluarga mereka." Kata Flora.

"Tapi, apa yang saya nak kata pada Piec jika saya terus keluar daripada rumahnya? Kan tak manis tu. Sekurang-kurangnya kita perlu menjaga hati tuan rumah. Piec sudah membantu saya banyak benda dalam dunia asing ini tau." Terang Gempa.

Bukan dia tak mahu pindah, tapi berikanlah masa sedikit untuk menjelaskan kedudukannya sekarang.

"Gempa." panggil Flora. Flora menghentikan jalannya dan menarik lembut tangan Gempa dari belakang.

Gempa terkejut apabila tangannya ditarik secara tiba tiba.

"Kenapa berhenti berjalan?" Tanya Gempa.

"Janji dengan saya satu perkara. Jangan bagitahu sesiapa tentang status awak sekarang ni. Jangan bagitahu yang awak keturunan Trzesienie Zieme. Lebih lebih lagi pada Piec." Kata Flora.

Gempa mengerut dahinya. Apa pula yang Flora katakan ini.

"Kenapa?"

Flora hanya menggeleng kepalanya. "Ikut sahaja kata saya. Demi keselamatan awak juga." Kata Flora. Agak tersirat.

"Awak taknak tanya saya ke kenapa saya boleh berada di taman bunga keluarga Piec? Kenapa saya berada disitu sedangkan saya bunga kepunyaan Raja Tory? Dan saya tak pernah masuk dalan istana Piec." Tanya Flora bertalu talu.

Gempa makin keliru, apa lagi yang Flora ingin katakan padanya.

"Tidak mengapalah Gempa. Mari kita teruskan perjalanan kita." Flora terus menolak belakang Gempa untuk memaksa Gempa teruskan perjalanannya.

'Banyak lagi yang awak tak tahu dan perlu tahu Gempa. Tak mengapalah Gempa, satu hari nanti saya akan ceritakan kesemuanya.' Flora hanya dapat meluahkan dalam hatinya sahaja.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Setahun eh tak bukak wattpad, tak update, semua benda tak lah...

Sorry korang sebab tak update. Pada asalnya saya nak berhenti terus. Tapi tengok macam masih ada orang yang menunggu cerita ini update buatkan saya rasa bersalah.

Takpekan kalau saya update sekali sekala kan? Maksudnya bila ada mood nak update, baru saya update. 'nak nangis'

Okaylah korang, kepada yang masih setia walaupun dah lupa jalan cerita... TERIMA KASIH... saya hargai sangat.

Bab ni bukan yang terakhir, jangan risau.

Enjoy your reading lovely readers❤️😊

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now