1 [ Bye Bye World ]

774 49 10
                                    

"Sedar sikit, kau ni hanya menumpang harta orang. Jangan sesuka hati je nak ambik barang aku."

Sepupu aku, amat riak dengan kekayaan dia.

Aku sedar aku merupakan anak angkat dalam keluarga ni.

Tapi aku ni tak layakkah untuk diberikan penghormatan?

-
-
-

"Ariffudin Gempa?" Gempa memandang apabila seseorang memanggilnya dari jauh.

Dia...selalu sahaja menemani aku kemana mana. Mungkin dia terlalu kasihan dengan aku.

"Awak balik seorang diri harini?" Tanya Sasya.

"Selama ni saya ada balik dengan sesiapa ke?" Gempa mengeluarkan topinya dari dalam beg.

Sahaja dia mahu memakainya supaya orang tidak mengenali dirinya.

Dia cukup penat dengan orang disekelilingnya yang hanya mahu menyeksanya sahaja.

"Balik dengan saya?" Sasya mengajaknya.

"Eh, takpelah. Saya ada kaki. Boleh jalan sendiri." Terus Gempa meninggalkan Sasya yang sedang menunggu bodyguard peribadinya yang masih dalam perjalanan.

-
-
-

Gempa merehatkan diri di atas bangku buatan dirinya sendiri.

Penat tapi sudah terbiasa.

Dia memandang teratak yang dia tinggal sekarang.

Cantik. Tapi hanya pandangan luaran sahaja.

Di dalamnya hanya tuhan dan dirinya sahaja yang tahu betapa hodohnya perangai mereka.

"Hey budak pungut tu dah balik lah." Jerit Zakry, sepupunya.

"Kau masuk buatkan aku air. Aku hauslah." Arah Zikril merupakan adik kembar Zakry.

"Kenapa kau haus? Kau bukan jalan kaki macam aku pun." Lawan Gempa.

"Kau pandai melawan? Beraninya kau." Zakry mempertahankan adik kembarnya.

Buk

Zakry membalingkan beg sekolahnya kearah Gempa.

"Bawakkan beg aku. Berat tau." Zakry terus pergi dari tempat itu.

Adik kembarnya, Zikril juga membuat perkara yang sama sebagaimana abangnya lakukan.

Gempa mengetap bibir.

Sampai bila aku harus hidup dibawah telunjuk orang?

-
-
-

"Mommy, i'm home." Jerit Zakry dan Zikril.

Terus mereka berdua masuk kedalam bilik mereka.

Aku pula terkial kial membawa beg mereka.

Beratnya. Bawak batu ke apa dorang ni.

"Gempa." Sesorang memanggilnya dari depan.

"Ye aunty Ju." Gempa membalas sahutan.

"Mari sini. Ikut aunty ke dapur." Panggil Aunty Ju.

Aunty Ju ataupun Datin Seri Julia. Ibu yang mempunyai dua orang anak iaitu Zakry dan Zikril.

"Saya nak hantar beg anak aunty..." Belum sempat Gempa habis bercakap Aunty Ju terus mengambil beg mereka.

"Letak je kat sini. Nanti dorang pandai ambik lah tu." Kata Aunty Ju.

Aku membontoti Aunty Ju dari belakang.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now