15 [ Find The Truth]

200 15 12
                                    

"Cantikkan dalam Ziemi ni." Kata Flora.

Gempa mengangguk.

Dia tidak menidakkan walaupun sepatah.

Trzesienie Ziemi terlalu mirip dengan dunia manusia.

Tapi sayangnya, sepertinya kawasan yang terbengkalai sahaja dipandang sekilas.

Rumah, pokok, laman tanaman...

Semuanya terbengkalai

'Jadi, tempat ini dah dibiarkan sebegini setelah 50 tahun?' Perasaan sebak mula menguasai Gempa.

Entah kenapa Gempa agak emosi melihat suasana disini.

"Awak berdiri apa lagi kat situ. Sinilah, saya nak tunjuk satu tempat ni." Flora menarik tangan Gempa.

Gempa hanya turuti sahaja kemana Flora membawanya.

Sehinggalah satu tempat ini.

Kelihatan gah walaupun nampak sudah ditinggalkan.

"Inilah istana Raja Tory kalau awak nak tahu." Kata Flora. Matanya bersinar sinar. Sayang betul Flora pada Raja Tory.

"Tapi, sebelum itu saya nak tunjuk satu lagi tempat." Flora sekali lagi menarik tangan Gempa ke halaman belakang istana.

"Inilah tempat saya dulu." Flora menujuk ke arah halaman yang kosong. Nampak tanah yang sudah digunakan sahaja.

Gempa yang tadi diam seribu bahasa terus menyuarakan soalannya.

"Tempat ni? Tanah?" Gempa agak keliru. Mungkin dia lupa Flora ini siapa.

"Hm, yelah. Inilah tempat saya. Sayakan bunga. Awak dah lupa ke?" "Kata Flora lagi.

" Oh ya." Gempa terus mengangguk laju. Dia memahami.

Flora tanpa berkata terus menarik semula tangan Gempa, terus memasuki halaman dalam istana.

-
-
-

"Szecs!" Munculnya Maya dihadapan Szecs secara tiba tiba terus membuat Szecs terkejut lalu terjatuh.

"Aduh, Maya. Kenapa terkejutkan orang?" Szecs bangun lalu menepuk nepuk kakinya untuk membuang sisa tanah.

Szecs melihat Maya dari atas sehingga bawah dengan reaksi pelik.

"Maya kenapa pakai macamni? Macam nak pergi berperang dah Szecs tengok." Berkerut dahi Szesc melihat Maya berpakaian begini.

"Hm, takdelah. Maya cuma rasa ragu ragulah lepas dengar Tuan Siedem Solar cakap." Kata Maya.

"Ha? Kenapa? Tuan Siedem cakap apa?"

"Dia kata, Maya tak boleh dekat dengan pedang. Apa maksudnya?"

Terdiam Szecs sebentar. Selalunya ayat yang dilontarkan oleh Tuan Siedem ada makna.

'Mungkin Maya dalam bahaya?'

"Maya, maya ada musuh ke?" Membulat mata Szecs bertanya.

Maya mengangkat bahu sambil menggeleng.

"Okay, macamni. Selagi Szecs ada dengan dekat Maya, Maya akan selamat. Maya percayakan Szecs kan?" Kata Szecs. Dia yakin Maya sedang dalam bahaya.

Maya mengangguk. Terus memeluk Szecs.

"Terima kasih!"

-
-
-

"Tengok ni Gempa." Flora menunjukkan satu carta salasilah keluarga di salah satu dinding istana.

Gempa memandang carta salasilah dengan pandangan kosong. Gayanya seakan, perlukah aku melihatnya?

"Inilah carta salasilah keluarga Raja Tory. Tengok ni Gempa, saya ada juga tau dalam gambar Raja Tory." Mata Flora bersinar saat dia menyebutnya. Sayang betul Flora pada Raja Tory.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now