"Gempa, Adakah kamu..." Ayat Piec terhenti.
"Kenapa? Ada yang tak kena ke dengan saya?" Gempa memandang dirinya.
"Awak ada rahsia apa apa ke tentang diri awak?" Tanya Piec.
"Mana ada, betul saya tak tipu."
Gempa mengangkat tangan menandakan sumpah dia tidak menipu.
"Okaylah macamtu. Eh, ni awak tunjuk apa pulak ni?" Piec menunjuk kearah tangan Gempa.
"Hahaha, tak ada apa apa. Hehe." Gempa cepat cepat menurunkan tangannya.
Dia tak mahu memberi penerangan yang lebih.
"Jom, kita ke istana." Kata Piec.
Sepanjang perjalanan, matanya hanya melilau kiri dan kanan sahaja melihat keindahan kerajaan Woda ini.
"Selamat datang ke Istana Iod." Piec mengalu alukan Gempa untuk memasuki ruangan istana Piec.
Gempa memasuki kawasan istana itu dengan hati yang terbuka.
-
-
-Cara sebutan piec = pi-age/pieche
-
-
-"Maya! Maya!"
"Haih, mana dia ni. Suka hilang." Szesc mencekak pinggang.
Geram dengan kesayangannya yang suka hilang tanpa memberitahunya mahu kemana dia mahu pergi.
Szesc. Nama sebenar dia ialah Szecs Thorn dari kerajaan Lisc. Berketurunan Ciem. Keluarga mereka amat dihormati dalam kerajaan tersebut.
Kerajaan Lisc berada dalam hutan rimba yang sangat luas dan lebat sehinggakan kerajaan lain susah untuk mencari dan berurusan dengan keluarga Ciem.
Tetapi tidak untuk Szecs. Bermain adalah prinsip hidupnya. Jadi hidupnya hanya main dan main.
"Jangan jangan dia ke istana Piec. Aishhh degilnya dia ni."
Szesc juga mempunyai kebolehan dalam mengawal tumbuh tumbahan. Tetapi atas sikapnya yang suka bermain main, dia selalu menggunakan kebolehannya itu untuk bermain, bergayut diatas pokok dan sebagainya.
Szecs menggunakan kebolehannya untuk bergayut diatas pokok menuju ke istana Piec supaya perjalanannya dapat dipercepatkan.
-
-
-DING DONG
Loceng istana berbunyi menandakan ada orang berada diluar pagar istana.
"Siapa pula yang datang?" Gempa bertanya.
Piec mengangkat bahu dan menggeleng memandakan dia juga tidak tahu.
"Tuan Putera, Ma..." Belum sempat pembantu istana bercakap dia sudah ditolak tepi.
"Piec!!!!!!" Maya menjerit.
"Long time no see. Piec sihat? Berapa musuh yang Piec lawan?" Maya bertanya soalan kepada Piec secara bertubi tubi.
"Yah, kejap. Satu satulah Maya." Balas Piec tegas dan dingin.
Gempa yang berada ditepi pula tercengang.
'Siapa pula wanita ini? Mempunyai ekor dan telinga seperti.... Kucing?'
"Maya, kenalkan Gempa dari dunia manusia."
Piec memperkenalkan Gempa kepada kepada Maya.
"Gempa, kenalkan. Ini Maya, dia seekor kucing."
Gempa tercengang lagi.

YOU ARE READING
The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)
FantasySelamat datang ke The Untitled World.... ---------------------------------------------------- Hanya kerana dia seorang anak angkat keluarga ternama dan orang kaya, Gempa sentiasa dipinggirkan. Sehingga suatu ketika dia hanya mahu tamatkan sahaja h...