Deruan ombak yang menghempas pantai mula memasuki gegendang telinga Caera. Bebola mata gadis itu perlahan-lahan bergerak sebelum keningnya berkerut dek pancaran matahari.
Matanya yang layu terbuka luas. Keadaan di sekeliling mengejutkan Caera
"Ini...ini bukan rumah aku. Aku dekat mana sekarang ini ? " Dahinya berkerut cuba mengingati.
Ketukan pintu menyentak lamunan Caera. Susuk figura yang mula menapak ke dalam kamar itu diperhatikan tidak lepas.
Senyuman manis diukir oleh figura tinggi lampai itu.
"Aw--awak ? " Caera merasakan dirinya semakin pening . Apa yang telah terjadi pada dirinya semalam?
Mulut Caera separa terbuka . Dia masih cuba mencerna segalanya. Pandangannya dihala ke arah tingkap , di mana punca deruan ombak itu berbunyi.
Susuk tubuh itu seperti sudah tahu apa yang terbuku di dalam fikiran Caera. Duduk lalu dilabuhkan di birai katil.
" Awak dah bangun? Maaf la bilik ni bersepah sedikit. " Perbualan dimulakan.
Caera hanya mengangguk sebagai tanda faham.
" Awak lapar? "
"Saya dekat mana sekarang? Apa yang jadi semalam?" Bebola matanya memutar ke arah figura itu.
" Awak pitam semalam. Saya jumpa awak pengsan tepi pantai. Awak buat apa dekat situ? "
"Saya.. saya tak tahu. Davira mana ? "
" Davira dekat kampung. Dia tinggal dengan my mom sebab saya busy sikit lately ni. " Hanif tersenyum nipis.
" Oh , "Caera kembali membisu.
" Awak bersiap dulu. Kejap lagi kita keluar makan. Saya tahu awak lapar." Hanif bangkit dari birai katil.
" Tuala ada dalam almari itu. Saya minta maaf tapi saya tak ada baju baru untuk awak . "
" Tak apa. Saya guna baju saya sahaja. Terima kasih . "
" Saya tunggu awak dekat bawah okay ?"
"Hmm," Caera hanya menggumam perlahan.
****
" Awak nak pesan apa? " Mata dilempar ke arah Caera sambil menunggu jawapan.
"Ikut awak. Saya ok je semua." Caera mengangkat bahu.
"Awak nak chicken chop? "
"Saya tak nak. Nanti gemuk." Caera menggeleng perlahan
"Fish and chip? "
"Hmmm , tak nak sebab saya jarang makan."
"Sizzling beef steak ?" Hanif bertanya dengan senyuman manis. Ini memang kali terakhir dia tanya. Kalau Caera tak setuju , memang dia tarik pergi makan McDonald je.
Caera diam sebentar.
" Saya tak nak. Tapi saya cuma nak spaghetti Carbonara, Chicken Chop, Grilled Chicken Chop and Meatball. " Caera sudah tersengih-sengih.
Mata Hanif muka berkelip-kelip perlahan. Riak wajah tidak percaya ditayangkan. Ini Caera atau ada roh hantu air yang masuk dalam badan dia?
Hanif hanya mampu tersenyum sumbing . Tangan segera diangkat, memanggil pelayan.
" Awak nak air apa? "
" Hazelnut choco . "
Hanif mengangguk sebelum dia mula
memesan Blackpaper Stick with Extra Cheese dan Earl Grey Tea."Sikitnya awak pesan ? Cukup ke ? "
" Haha cukup je. Lagipun, saya sorang je nak makan. Bukan saya bawak jin pun. " Hanif membalas selamba
" Perli saya eh ? " Caera menjeling tajam.
" Eh , taklah mana ada. "
Hampir 20 minit menunggu , kesemua makanan yang dipesan pun tiba.
Mata Caera bersinar galak sebelum dengan pantasnya dia mula menyudu spaghetti ke dalam mulut.
Hanif yang sedang mencicip airnya sekadar memerhati.
Berselera betul gadis di hadapannya ini makan.
" Caera , lepas makan saya nak ajak awak ke satu tempat. "
" Pergi mana ? "
" Nanti awak tahu lah,"
*****
" Awak nak bawa saya pergi mana sebenarnya ni encik Hanif ? " Sudah masuk kali ketiga Caera bertanya dan jawapan Hanif tetap sama.
" Ada lah. Kan awak cakap awak nak tahu apa yang jadi semalam? " Hanif sekadar mengerling Caera di sebelahnya.
30 minit pemanduan , kereta milik Hanif mula berhenti di kawasan berpasir itu
Caera yang masih keliru hanya mengikut langkah Hanif
" Bestkan bunyi ombak ni? " Hanif menarik nafas sedalamnya sebelum dihembus perlahan.
Caera hanya terdiam.
" Awak tahu tu kereta siapa?" Jari telunjuk Hanif diarahkan ke sebuah kereta yang tersadai tidak jauh dari situ.
" Eh ? Itu kereta saya ! Macam mana boleh ada dekat sini ? " Caera berlari anak mendapatkan keretanya.
Hanif sekadar menggeleng perlahan sebelum langkah Caera diekori.
" Itu saya tak tahu. Tapi semalam saya jalan-jalan dekat area tepi ni. Niat nak ambik udara segar. " Hanif berjeda sebentar.
" But then, saya nampak seorang perempuan menangis. Saya pergi dekat dia. Tapi dia tak perasan saya ada dengan dia. " Hanif menyambung kisahnya.
Dalam pada itu , sepasang mata sedang memerhati tingkah laku Hanif dan Caera sambil senyuman sinis terbit di pinggir bibirnya.
" Lepas 5 minit dia menangis , niat saya nak kejutkn dia lah sebab saya kesiankan dia."
"Lepas tu perempuan tu pitam. Saya terus call private doktor saya. Tolong check.Rupanya awak. Awak ok ke semalam? Bengkak mata awak saya tengok. "
" Saya ok je. " Caera sekadar mengukir senyuman palsu.
"Boleh saya tanya awak? " Dengan penuh berhati-hati , Hanif menyoal.
"Boleh je ."
"Awak bergaduh dengan suami awak ke?"
"Hah? " Caera terpempan.
"Semalam lepas doktor check awak. Dia cakap yang awak pregnant. Dia suruh bawak awak pergi check up dekat klinik." Perlahan kata-kata itu ditutur oleh Hanif. Bimbang Caera fikir dia mahu menyibuk.
Caera terdiam membisu. Dia terkaku mendengar ayat Hanif.
Dia...dia mengandung ?
Air mata yang bertakung ditahan daripada tumpah ke pipi.
Caera segera berpaling daripada Hanif , cuba mencari ruang untuk menghela nafas. Dia perlu mencari kekuatan diri untuk menghadapi dugaan ini.
"Kalau---kalau macam tu, boleh awak teman saya pergi check up? " Caera kembali memandang Hanif
"Boleh."
Hanif sekadar tersenyum pahit.
'Kenapa lah dia dah kahwin , aku baru nak try dia.'
Wajah Hanif terbias rasa hampa.
YOU ARE READING
Tersirat di antara Kita
Romance'Tersirat di antara Kita" Mengisahkan seorang kawan yang digelar sahabat, Kasih sayang sahabat sejati tidak dapat dipisahkan sehingga hembusan nafas terakhir. Jika diberi dua perkara antara sahabat dan cinta , mana satu yang menjadi pilihan ? "Me...