BAB 15

45 2 0
                                    

Mata Afeef mula difokuskan ke arah susuk tubuh Caera yang sedang ralit membelek sebuah handbag berjenama di tangannya.

"Awak, jom pergi makan.Saya lapar. " Afeef memegang lengan Caera. Wajah diriakkan meminta simpati.

Tangan Caera pantas bergerak mencubit pipi milik figura tampan itu. Secalit senyuman mekar di bibir sebelum dia meletakkan kembali beg tangan itu di tempatnya.

Tangan Afeef segera dicapai dan disulam dengan tangan miliknya.

" Jom. " Caera menarik tangan Afeef agar mengikuti langkahnya.

Dengan riak wajah bersahaja, Afeef membuntuti langkah Caera.

Kafe berdekatan dituju sebelum pesanan dibuat. Setelah pesanan tiba, mereka mula menjamah dengan penuh selera.

Sesaat, Afeef mula menguntumkan senyuman. Sudah 2 tahun mereka berkenalan, dia mula mengimbas saat-saat romantis mereka bersama, menjadi pasangan yang paling bahagia. Afeef melontarkan pandangannya ke arah Caera.

Caera yang tersedar akan pandangan itu mula menunduk malu. Wajahnya berona merah. Tidak silap lagi keputusannya untuk memberi sepenuh hatinya buat Afeef.

" You balik malaysia bila sayang ? " Caera menyoal.

" I balik lambat lagi sayang .Maybe soon. " Afeef meletakkan garfu miliknya di tepi.

" Okay tak apalah, I hope you will take care of yourself . I sayang you sangat-sangat tahu. " Pipi Afeef dicubit manja.

"Arressoe boss. " Afeef mengangkat tabik sebelum tergelak kecil.

"Nakal eh. " Hidung Afeef dicuit Caera sebelum dia turut meletuskan tawa.

Mereka berjalan beriringan di sekitar bandar Seoul. Setelah lebih kurang 1 jam, mereka berpamitan sebelum Afeef menghantar Caera pulang ke appartmen yang dihuni gadis itu.

Setelah berbalas lambaian, Afeef mengatur langkah untuk berjumpa dengan anak buahnya. Tubuhnya diloloskan di dalam perut kereta sebelum kenderaan itu meluncur laju di atas jalan raya.

Telefonnya yang dicampakkan di seat sebelah diambil sebelum satu nombor didail.

" Hello John. Meet me in 10 minutes . " Arah Afeef dengan suara mendatar.

" Where boss? "

" Tempat biasa.Aku ada kerja sikit dekat kau. " Seraya itu, lekuk bibir Afeef mula membentuk senyuman sinis.

Setelah 10 minit pemanduan, Afeef memperlahankan keretanya.
Kereta di hadapannya diperhatikan sebelum pedal minyak ditekan menghampiri.

Tingkap diturunkan dan Afeef menghulurkan sebuah envelope. Lelaki itu segera mengambil dengan pantas. Isi di dalam sampul itu diambil. Anak matanya tunak menilik susuk tubuh seorang perempuan di dalam gambar itu.

" Find her.Kau cari latar belakang family dia then kau hantar dekat aku. " tutur Afeef ringkas.

Lelaki itu mengangguk sebelum mula menekan minyak meninggalkan kereta Afeef.

Afeef menaikkan kembali tingkap keretanya. Dia tersenyum penuh makna. Dia perlukan perempuan di dalam gambar itu untuk menghancurkan hidup Caera. Dia pasti ini permulaan serta pengakhiran yang marvellous .

Afeef mula memandu meninggalkan kawasan lapangan terbang. Sudah seminggu berlalu dan kini dia telah kembali ke Malaysia.

Lebih kurang 40 minit pemanduan, dia tiba di kawasan rumahnya. Kereta diparkirkan , sebelum tubuh tegap itu segera dibawa keluar dari perut kereta . Setelah meletakkan bagasi di ruang tamu, dia mula mengatur langkah untuk menuju biliknya , namun deringan telefonnya membantutkan pergerakan.

Pantas dia menyeluk poket seluar ripped jeans yang dipakainya. Tertera nama Tengku Noah. Muka Afeef berkerut sebelum jarinya pantas bergerak mengangkat panggilan.

" Hello tengku. Kenapa ya? Ada masalah dengan site ke? " Afeef terus menyoal.

" Hello Feef, tak lah. Saya ada sedikit perkara nak bincangkan dengan kamu ni. Boleh kita jumpa? " Tengku Emir Noah bersuara, mengharap.

" Boleh saja tengku, saya free sekarang.Kita jumpa di Starhill Galery Kuala Lumpur. "

" Okay Feef." Talian segera dimatikan oleh Afeef.

Skrin telefon yang sudah bertukar hitam ditenungnya lama. Inilah masa yang ditunggu. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan wajah tua yang sudah menghancurkan hidupnya itu.

Syarikatnya kini telah menjadi pemberi saham terbesar kepada syarikat Tengku Emir Noah. Dia telah menyalurkan sebanyak 50% kepada projek pembangunan bangunan kompleks yang sedang dibina di Dubai.

Dia mula mengatur strategi untuk menghancurkan keluarga usahawan ternama itu.

Afeef kembali mengatur langkah memasuki keretanya. Starhill Gallery dituju. Setelah tiba, dia meletakkan kereta di kotak parkir yang disediakan sebelum melangkah keluar.

Bunyi notifikasi telefon menyentakkan Afeef. Pantas tangannya bergerak membuka pesanan yang dihantar daripada anak buahnya.

Tertera alamat serta latar belakang gadis yang bernama Dyvette Elvaretta. Salah seorang kawan baik kepada Caera.Senyuman sinis mula terukir di bibir . Dia menyimpan kembali telefon ke dalam poket sebelum langkah diatur mencari kelibat Tengku Emir Noah.

Afeef mula melangkah masuk ke dalam Jake's Charbroil Steaks, tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan kelibat yang dicariya . Dari kejauhan, terlihat figura Tengku Emir yang sedang mencicip coffee.

Afeef segera melabuhkan punggung di hadapan Tengku Emir . Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang tua itu. Tengku Emir memberikan senyuman sekilas sebelum meminta Afeef membuat pesanan.

" Saya berjumpa Feef hari ni atas sebab anak saya. Dia dan kawannya baru balik dari oversea. Kalau boleh saya hendak dia cari pengalaman di company kamu dulu. " Tutur Tengku Emir terus ke tajuk utama perbualan mereka.

" Boleh saja tengku. Digalakkan lagi. Lagipun company saya memang tengah cari pekerja sekarang ni. " Senyuman nipis terbit di bibir Afeef.

Tengku Emir membalas senyuman itu.

" Terima kasih Afeef. Saya ni bukan apa , anak saya tu degil. Dah diajak bekerja dengan saya dia tak mahu. Nak jugak cari pengalaman dekat company lain katanya. " Tengku Emir tergelak kecil.

Afeef tersenyum sumbing.

" Ya, lagipun saya senang dengan kedatangan pekerja baru. Saya harap diorang cekap lah dalam kerja. "

" Itu Feef jangan risau. Saya yakin dengan kebolehan anak saya. "

Afeef mengangguk dengan senyuman penuh makna. Nampaknya takdir memang menyebelahi dirinya .

Setelah beberapa minit, pesanan tiba. Mereka mula menjamu selera .

" Oh tengku , I got to go. Saya ada kerja lepas ni. " Jam tangannya dipandang sekilas .

" Oh ya sure, sure. Thank you sebab sudi untuk berjumpa dengan saya harini. " Tengku Emir menghadiahkan senyuman manis.

" Tak ada apalah tengku. Lagipun, tak adalah jauh sangat tempat ni dari rumah saya. "

" Baiklah tengku, saya balik dulu. " Afeef menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum dia mula mengatur langkah ke keretanya .

Sesaat, Afeef terseringai memikirkan rancangan yang berlegar-legar di dalam kepalanya.

END FLASHBACK

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now