Bab 22

6 2 0
                                    

"Tahniah puan, puan mengandung. Usia kehamilan puan dah masuk 2 minggu." Ujar  Dr. Syira. Sekuntum senyuman manis dilemparkan kepada wanita cantik di hadapannya ini.

"Hah? Saya me-mengandung?" Dahi Caera berkerut seribu, seakan cuba memproses apa yang dikatakan oleh Dr. Syira sebentar tadi.

"Puan ada alami apa-apa alahan tak?" Soal Dr. Syira.

"Tak. Tapi kebelakangan ini, saya kerap rasa pening." Tutur Caera. Tangannya perlahan turun ke perut kempisnya.

'Apa yang perlu aku buat sekarang ini?' hatinya berbisik sayu.

"Oh, mungkin sebab puan baru berada di first trimester. Saya harap puan boleh kurangkan angkat benda yang berat sebab di peringkat ini, baby puan masih tak kuat lagi." Dr. Syira menjelaskan dengan lebih lanjut

"Baik Dr." Caera tersenyum pahit.

..........

Bag di hempaskan ke atas katil. Caera mengambil nafas dalam dan menghembus sekuatnya.

Dia mengambil tempat di atas katil. Siling kosong di biliknya dipandang kaku. Caera cuba memujuk dirinya, mencari kekuatan terhadap apa yang sudah berlaku.

"Kenapa mesti aku? Kenapa aku yang harus rasa semua ni? Why Afeef? Kenapa mesti dia hadir dalam hidup aku?" Air mata yang ditahan-tahan akhirnya menitis membasahi pipi gebunya.

"Kenapa mesti aku? Macam mana dengan hidup aku? Kerjaya aku? Budak ni tak patut hadir!" Perasaan Caera bercampur baur. Amarah mula mencengkam hatinya.

Perutnya ditumbuk-tumbuk kasar.

"Kenapa? Kenapa?" Caera berteriak sepuas-puasnya

"Kenapa aku?" Lirih runtuhan hati Caera. Tangannya longlai jatuh ke sisi. Suaranya sudah mulai serak.

"Apa salah aku dengan kau Afeef?" Suaranya bertukar perlahan. Dia sudah tiada tenaga untuk berteriak menyalahkan takdir.

Perlahan Caera bangun menapak ke cermin meja soleknya. Refleksi wajahnya yang sembab ditenung. Bawah matanya mulai membengkak.

"Papa, Caera penat dengan semua ni. Kenapa mesti Caera yang hadap benda ni?" Perlahan air matanya kembali merembes turun sebelum dia tersedar sesuatu.

"Vette? Vette! Aku mesti lindungi dia dari Afeef." Air mata pantas diseka. Lantas telefon dicapai. Laju jarinya mencari nama Vette sebelum didail.

Dengan sekali deringan, panggilan diangkat.

"Hello Vette, kau dekat mana?", pantas Caera menyoal

"Why Caera? Aku still dekat office ni." Vette sedikit berkerut. Dah kenapa dengan sahabatnya itu? Tiba-tiba tanya dia dekat mana.

"Oh, tak apa lah kalau macam tu." Caera menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tahu Vette tak bersama Afeef.

Vette di seberang talian segera meletakkan panggilan setelah memberi alasan hendak menyambung kerjanya.

Vette memutarkan kerusinya ke kiri dan ke kanan.

"Agaknya takkan Caera nak tanya pasal apa yang dia nampak? Aku nak menjawab apa nanti. Aduh."

Vette semakin gelisah.

.......

Sedang Caera asyik menonton K-drama Lovely Runner, kedengaran pintu rumah di buka. Pantas wajahnya dipalingkan ke arah muka pintu.

"Assalammualaikum." Vette memberi salam.

"Ehh," Vette sedikit terkejut. Mana tak nya, angkat sahaja wajah, mata bulat Caera tepat merenung ke arahnya.

"Waalaikumsalam. Haa dah balik pun makcik sorang ni." Caera memutuskan pandangan sebelum kembali fokus di kaca televisyen.

"Iyalah, banyak kerja yang perlu aku siapkan. Tadi Encik Faiz cari kau, aku cakap kau mc." Vette meregangkan otot badannya sebelum mengambil tempat di sebelah Caera.

"Haah aku mc tadi. By the way, aku ada nak tanya kau something." Caera memusingkan tubuhnya menghadap Vette.

"Ha apa?" Balas Vette ringkas. Matanya tidak berkedip memandang hero K-drama yang sedang ditayangkan itu. Kacak sungguh.

"Kau dah berapa lama dengan mamat tu?" Caera mula menembak soalan.

"Oh, dalam 4 bulan macam tu." Vette mencapai potongan buah epal yang tersedia di atas meja sebelum disumbat ke dalam mulutnya.

Caera mengangguk faham.

"Oh. Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Caera menyoal lagi.

"Haah. Dia future husband-to-be aku. Kenapa?" Vette menjungkitkan keningnya ke arah Caera.

"Oh tak ada apalah." Caera simpul senyum kecil sebelum kembali fokus dengan k-drama tadi.

"Kau kenal ke?" Giliran Vette untuk menyoal. Bukan main si Caera ni tanya dia macam-macam. Mana tahu kenal ke.

"Hmm tak. Kenapa?"

"Dia tu sebenarnya bos kita!" balas Vette dengan perasaan teruja.

"Oh,ya ke?" Caera bereaksi terkejut, padahal dia sudah tahu semua tentang Afeef.

"Haah. Sebab aku ternampak bussines card dia. Rupanya bos kita Tengku Afeef Hilel." Vette masih diserbu rasa teruja. Dia tidak perasan akan wajah Caera yang sedikit berubah mendengarkan nama itu.

Dengan teruja sepanjang malam itu, Vette bercerita tentang Hilel yang dia kenal kepada Caera.

Hilel yang sebenarnya adalah Afeef. Tengku Afeef Hilel. Insan yang paling dia sayang dan sudah dia berikan sepenuh hati.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now