Caera mula membawa kaki panjangnya keluar dari perut kereta itu.
Baru sahaja sebelah kaki mencecah jalan, mulutnya ditekup oleh kain.
Mata Caera mula menguyu. Wajah Afeef di sebelahnya kian kabur dari pandangan sebelum segala-galanya gelap.
Ting !
Bunyi notification yang masuk itu memecah gegendang telinga Caera, lantas mata hazel nya terbuka luas.
Skrin telefon yang gelap itu dipandang dengan wajah berkerut.
Mata Caera terkebil-kebil sebelum dia segera bangkit dan menggapai gajet mewahnya yang elok terletak di sisi. Button home ditekan, waktu tepat menunjukkan jam 6:30 petang.
Adakah dia hanya bermimpi ?
Jemari runcingnya laju bergerak menekan ikon aplikasi WhatsApp. Ada satu chat yang dikirim daripada boss nya.
' Sila kembali ke Selangor. Mesyuarat tergempar akan diadakan. '
Dia bingkas menarik segala pakaian dan disusun rapi di dalam bagasi. Pada masa yang sama, nombor Dyvette dicari di dalam senarai kenalan dan segera didail.
Satu deringan, dua deringan.
" Hello Vette, kau dekat mana? "
" Oh Caera, aku otw balik Selangor. Kau dekat mana sekarang? "
" Aku still dekat Kedah. Malam kejap lagi baru aku bertolak balik. " Telefon diselitkan di tepi telinga, tangan Caera pula mula sibuk mengemas apa yang perlu.
" Oh okey aku pun rasanya malam karang baru sampai. Jem area Taiping ni. Ada accident . " Dyvette di seberang talian mula berkerut dahi. Mana tidaknya, orang belakang tak menyabar betul. Bising memetik hon semenjak tadi.
" Oklah aku nak sambung mengemas ni. Drive safe. Bye. "
" Alright. Kau pun drive elok-elok kejap lagi. Bye. "
Skrin yang gelap itu dipandang untuk seketika sebelum rasa tidak selesa mula menerpa. Caera terasa mual. Dia segera ke bilik air, segala isi di dalam perutnya dimuntahkan keluar.
Badan Caera mula terasa melemah. Tubuhnya digagahkan dibawa ke penjuru katil. Duduk dibetulkan sebelum telefon yang terdampar di sisi diambil.
Senarai kenalan dibuka. Hati Caera mula berbelah bahagi. Hendak menelefon keluarganya, dia takut mereka terlampau risau. Dan sekarang dengan siapa yang patut dia meminta pertolongan ?
Mata dipejam seketika sebelum dibuka kembali.
" Hanif . " Spontan nama itu terkeluar dari bibir munggilnya. Hanya nama itu yang terlintas di dalam kepala. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa, namun dia tiada pilihan. Badannya betul-betul terasa kurang enak.
Nombor telefon Hanif segera dicari sebelum didail.
" Hello, encik Hanif ? Erm it's me Caera. Say--saya perlukan bantuan awak sekarang. "
" Caera ? Cik Caera are you alright ? " Suara Hanif sudah mula bertukar cemas. Baru tadi dia rasa teruja mendapat panggilan daripada Caera, namun mendengarkan suara lemah gadis itu membuatkan dia panasaran.
Mata Caera sudah berpinar. Panggilan dimatikan sebelum lokasi keberadaannya segera dihantar kepada Hanif. Pandangannya mulai kabur, dunia terasa seakan berpusing-pusing sebelum segalanya gelap.
Hanif mula tidak senang duduk. Tangannya spontan menyauk tubuh kecil Davira yang sedang pulas lena. Langkah diatur laju sebelum keretanya menderum pantas menuju lokasi yang dihantar Caera.
Setelah lebih kurang 20 minit pemanduan, Hanif tiba di hotel yang didiami Caera . Davira yang mula terpisat-pisat digendong penuh berhati-hati.
Setelah bertanyakan di kaunter, langkah diatur mencari bilik bernombor 450 C . Tombol pintu dipulas perlahan. Tidak berkunci.
Hanif mula melangkah masuk.
" Cik Caera ? " Keadaan yang gelap dan sunyi agak membataskan pandangannya.
Davira yang sudah celik, memeluk leher papanya dengan kuat. Mata bundarnya bergerak ke kiri dan kanan.
Tangan Hanif mula meliar mencari suis lampu. Sesaat cahaya lampu mula menerangi ruang bilik itu, terserlah lah sekujur tubuh yang terbaring di atas karpet.
Mata Hanif membulat. Dia segera menerpa ke arah Caera. Davira diturunkan dari dukungan sebelum tangannya laju diseluk mencari telefonnya di dalam poket.
Nombor telefon Doktor Mastura, doktor peribadi keluarga nya segera didail. Hanif mencempung tubuh Caera, dengan penuh berhati-hati gadis itu dibaringkan di atas katil .
" Hello doc boleh datang dengan segera? Saya akan hantar location sekejap lagi. " Telefon dilekapkan ke telinga setelah talian bersambung.
" Ok baik encik Hanif. "
" Why papa? Kenapa dengan aunty cantik? " Mulut Davira mula tak betah bertanya.
" Davira, stay quiet, or else aunty terjaga nanti. Aunty sakit, aunty kena rehat. You're a good girl right? Come duduk sebelah sini. " Hanif menepuk-nepuk ruang di sisi Caera.
Dengan terkedek-kedek Davira berjalan ke arah papanya.
Hanif membaringkan tubuh kecil itu, sebelum ditepuk-tepuk perlahan untuk didodoikan . Selawat terlantun perlahan dari dua ulas bibirnya.
Mata Davira mula menguyu. Jemari Caera dipegang sebelum gadis kecil itu terkulai layu, dibawa ke alam mimpi.
Hanif tersengih . Kasihan anaknya , sedap-sedap tidur tadi papa kacau. Sekarang, masa untuk tidur balik !
Sedang asyik Hanif merenung wajah comel Davira, dia dikejutkan dengan bunyi ketukan di muka pintu. Tombol pintu segera dipulas , wajah manis Doktor Mastura muncul di balik pintu.
Hanif membuka pintu dengan lebih luas, memberi ruang kepada doktor separuh umur itu untuk masuk ke dalam.
Doktor Mastura mula mengesan denyutan nadi Caera. Dia kemudian membelek-belek tubuh Caera.
" So, how's her condition doc? "
" She's fine. Dia cuma keletihan, tetapi ada beberapa kesan lebam di sekitar tangan dan leher dia. " tangan doktor Mastura bergerak-gerak memerhati lebam di leher Caera.
" Lebam? " Dahi Hanif berkerut.
" Ya. Ia seperti kesan lebam yang sudah lama. "
" Maksud doc? "
" Seperti kesan dalam 2 ke 3 hari yang lepas. Baiklah saya minta diri dulu, patient dalam keadaan baik. Encik Hanif tak perlu risau. Kalau ada apa-apa hal contact saja saya. " Doktor Mastura mula mengemaskan segala peralatan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Hanif mengangguk.
" Thanks doktor. "
Setelah menghantar doktor Mastura keluar, kaki Hanif pantas bergerak ke bilik air. Kain kecil di dalam kabinet dicari sebelum dibasahkan.
Tubuh Caera yang masih pengsan dihampiri. Perlahan tangannya digerakkan mengelap ubun-ubun Caera.
Mata Caera mula berkerut perlahan apabila tersedar ada air yang mengalir di wajahnya. Matanya mula terbuka, dia spontan terkebelakang akibat terkejut dihidangkan dengan wajah Hanif.
Hanif pantas meletakkan kain itu kembali di dalam bekas yang dibawa bersama.
" Sorry. Saya hanya nak lap kepala awak.Badan awak panas. " Hanif menggaru- garu kepalanya yang tidak gatal.
" Ouh. Tak apa saya boleh buat sendiri. Saya pitam ke tadi? " mata Caera melirik ke arah Davira . Anak comel itu sedang lena tidur.
" Ya."
" Maaf saya dah susahkan encik Hanif. " Tangan Caera bergerak membelai rambut Davira.
Hanif tersenyum nipis sebelum menggeleng kecil.
" Boleh saya tanya awak, kenapa badan awak ada kesan lebam ? "
Mata Caera tunak memandang Hanif. Matanya dililaukan, cuba mencari alasan. Bibirnya diketap.
" Erm, ouh say--saya terjatuh dekat tempat projek. Maklumlah kan sekarang kerap hujan, jadi tempat tu licin. "
Hanif sekadar mengangguk meskipun dirinya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan Caera.
Masakan jatuh dan boleh lebam di leher? Kalau di lengan itu mungkin masih boleh diterima dek akal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tersirat di antara Kita
Romance'Tersirat di antara Kita" Mengisahkan seorang kawan yang digelar sahabat, Kasih sayang sahabat sejati tidak dapat dipisahkan sehingga hembusan nafas terakhir. Jika diberi dua perkara antara sahabat dan cinta , mana satu yang menjadi pilihan ? "Me...