Bab 2

42 4 0
                                    

Kelihatan kereta Audi A7 milik Cairo memasuki perkarangan McDonald's .Caera,Cairo dan Dyvette melangkah keluar dengan muka penuh selamba daripada perut kereta. Lapar sangat dah tu.

Terdapat segelintir manusia yang memandang ke arah mereka kerana berasa teruja dan asing dengan ketampanan dan kecantikan yang dimiliki mereka. Memang boleh memukau pandangan orang ramai.

"Korang dua stay dekat meja ni,abang nak pergi order makanan kejap." Cairo menunding jari ke arah sebuah meja yang terletak berdekatan dengan dinding kaca restoran makanan segera itu.

"Ok abang." balas Caera dan Dyvette serentak.

"Vette,aku rasa kita tak sempatlah nak dinner rumah mummy." Caera memandang Dyvette yang sedang leka melayan instagram. Dah lama tak buka sebab sibuk mengemas haritu.

"Okey,kau inform lah dekat daddy takut dia tertunggu nanti.Lagi pun banyak barang-barang yang nak kena kemas lagi kan? " Dyvette meletakkan telefonnya di sisi. Dagu ditongkatkan.

"Mana abang Cairo ni? Lamanya lahai order pun. Pergi tolong diorang masak sekali ke apa?" Dyvette mula merungut. Dia lapar gila kot.

Caera sekadar menjongket bahu.

Telefon yang terletak di dalam tas tangannya diambil. Aplikasi WhatsApp dibuka untuk memberitahu Tengku Emir Noah tentang ketidakhadirannya ke rumah daddynya itu.

Caera mengangkat mukanya apabila terdengar kerusi ditarik.

Jelas kelihatan imej seorang perempuan yang tinggi lampai sedang merenung tajam ke arahnya.

"What? " Caera mengerut dahinya.

"Kenapalah dalam dunia ni mesti muka korang yang aku jumpa? " Ovra menyoal sinis sambil membetulkan rambut bewarna maroonnya yang kelihatan sedikit kusut.

"Eh kau yang datang tak dijemput,suka-suka hati duduk dekat sini." Dyvette membalas.

"Kalau kau datang sini nak cari gaduh,please balik.Aku malas nak layan orang gila macam kau.Perangai macam budak-budak. " pedas Caera menyindir.

Cairo yang terlihat pertelingkahan mulut di antara adik-adiknya dengan seorang perempuan yang agak familiar baginya segera melajukan langkah.

Dulang dipegang kejap. Karang jatuh burger dengan kentang yang dia dah order ini kan rugi?

Ovra yang perasan akan kehadiran Cairo segera berlari anak ke arah jejaka tersebut. Tanpa segan silu dia lantas memeluk Cairo.

Badan Cairo terkebelakang.Terkejut akan kehadiran bekas kekasihnya.

"Hi Cairo!  I miss you so much!" Ovra mengeratkan pelukannya. Peduli apa dia dengan pandangan jelik orang ramai?

"Damn! My burger! " Cairo menolak tubuh kurus Ovra dengan sebelah tangannya.Sebelah tangan lagi sibuk menstabilkan kembali dulang yang dibawa.

Dulang yang ditatang semenjak tadi dihempas sedikit kuat di atas meja. Nasib tak pecah ko!

"Kau buat apa dekat sini?" Cairo bertanya dalam nada dingin. Pandangannya tajam dipusatkan ke arah Ovra.

"Alah sayang, I keluar dengan member I tadi." ujar Ovra dengan nada manja yang sengaja di buat-buat. Naik berbulu mata Caera dan Dyvette yang melihatnya.

"Kalau kau berani kacau family aku,aku tak teragak-agak untuk sebarkan gambar kau dengan semua sugar daddy kau tu. I'm warning you bitch." tegas kata-kata yang keluar dari mulut Cairo. Jari telunjuknya ditunding lurus ke arah wajah Ovra.

"How dare you call me bitch!" Ujar Ovra dengan nada yang dibuat-buat sedih.

"Enough! Aku bukan macam  lelaki lain yang kau senang-senang tipu untuk kikis harta diorang.Perempuan "gold digger" macam kau ni memang tak patut muncul dalam hidup aku. " suara Cairo sudah melonjak tinggi sehingga orang di sekeliling mula mengalihkan perhatian ke arah mereka.

Muka Ovra mula merah dan kepanasan . Malu apabila diperlakukan sebegitu. Dia segera meninggalkan Cairo tanpa sepatah bicara. Caera dan Dyvette dijelingnya tajam.

"Bye kura-kura. " Caera melambai. Dari dulu dia sering mengejek Ovra dengan panggilan kura-kura. Nampak macam sama kan nama diaorang?

Dyvette menyiku Caera.

Caera memfokuskan pandangannya ke arah Cairo. Dia berdehem kecil.

Caera dan Dyvette,kedua-duanya mendiamkan diri. Bukan apa, cuma terkejut dengan kejadian sebentar tadi . Dapat dirasakan aura ketegangan sedang menyelubungi meja mereka.

Cairo mendengus. Punggungnya dihempas kuat. Bungkusan burger dibukanya kasar sebelum dijamahnya dengan perasaan panas yang membuak-buak.

Setelah hatinya sedikit reda,barulah dia membuka mulut, berbicara bersama adik-adiknya.

Dia tak ingin merosakkan mood mereka tetapi dia amat tertekan dengan kehadiran Nayvla Ovra yang cukup membuatkan hati jantannya meletus.

"So far,macam mana life korang dekat oversea? " Cairo menyoal dengan nada yang sedikit dingin.

"Alhamdulillah abang, Caera rasa best sangattt duduk dekat sana. Cuaca sejuk, lepas tu semua orang positif dengan Caera." cerita Caera dengan penuh rasa teruja.

"Diorang semua tahu jaga batas dan kenal halal haram.Adik selesa dengan sikap sopan -santun diorang. The best part is adik dapat layanan yang sangattt baik." Dyvette pula menyambung.

"Ouh,patutlah kalau boleh korang nak stay sana lagi." perli Cairo. Kentang yang berada di dalam kotak, diambil dan disuap ke dalam mulut.

"Paling best masa adik pergi ke Seoul,adik jumpa ramai artis-artis kpop tahu? " Caera menjongket keningnya bangga.

Cairo membuat muka. 

"Ada abang kisah? " balasnya selamba.

"Adik pula pergi ke kilang pembuatan kimono. Seronok sangat . Ohh-oh tapak pameran anime yang tersohor itu pun adik singgah tahu? " bulat mata Dyvette menceritakan pengalamannya di negara matahari terbit itu.

Cairo sekadar menganggukan kepala. Hatinya gembira melihat adik-adiknya celoteh bercerita.

"Cerita, cerita jugak. Burger tu tak nak makan ke? Abang ambik karang. " tangannya dibawa ke depan. Acah-acah nak ambil McChicken Caera.

"Hey! That's mine! " Caera menepuk tangan abangnya.

Cairo tergelak kecil.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now