BAB 7

15 3 0
                                    

Kereta Caera meluncur laju menuju pusat servis. Dia mahu memeriksa apa yang patut kerana esok dia akan memulakan satu perjalanan yang jauh. Outstation katakan.

Dari jauh, mata Caera menangkap kelibat susuk tubuh seorang lelaki lengkap ber'hoodie' hitam sedang memerhatikannya di balik dinding. Caera mula berasa tidak sedap hati.

"Cik? Cik !"

"Ar er..ye? Dah siap semua?" Soal Caera tergagap-gagap. Matanya dilarikan ke arah pekerja di hadapannya.

Pekerja itu mengangguk.

Setelah selesai membuat bayaran, segera Caera memandu pulang ke rumah. Matanya sesekali memandang ke arah belakang. Mana tahu ada yang mengekori.

Setelah selesai meletak kereta di garaj, Caera duduk termenung seketika. Memikirkan lelaki misteri sebentar tadi. Dia menunduk sebelum menggeleng perlahan . Mungkin perasaan dia sahaja.

Jam di dashboard dipandang.

"Aik, lambatnya minah ni." Caera sudah berkerut dahi. Segera kaki panjangnya melangkah keluar dari pintu kereta.

"Vette,kau dah siap? Jom kita gerak pergi office. Dah pukul berapa ni?" Caera memerhati jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya.

"Sekejap.Kasut aku tak jumpa! Kau nampak tak heels warna hitam aku?" Kalut tangan Dyvette mencari-cari dengan muka yang berkerut-kerut, cuba mengingat kali terakhir kedudukan kasut tinggi itu.

"Ada dalam kereta.Dah jom kita pergi." Ujar Caera selamba.

Dia tak tahu dah setengah jam si Dyvette ni jadi cacing kepanasan cari kasut tak jumpa.

Setibanya mereka di bangunan yang gah berdiri itu, mereka segera berjalan ke lobi untuk bertemu Humaira.

"Assalamualaikum Humaira," kedua-dua mereka menegur serentak.

"Waalaikumsalam cik Caera dan cik Dyvette.Bos ada bagi saya location untuk outstation cik berdua.Kami terpaksa hantar cik berdua sebab office sekarang tengah sibuk dengan tender baru. Pekerja senior banyak yang terpaksa turun site. " Jelas Humaira .

"Tak apalah . Kami okey je. Lagipun memang dah jadi tanggungjawab kami kan?" Caera menjawab tenang, Dyvette sekadar mengangguk.

"Okay,location nya ada dua tempat.Satu di Perak dan satu lagi di Kedah. Caera kena pergi ke Kedah dan Dyvette ke Perak. Location tempat itu nanti saya hantar okay?" Humaira mencantumkan ibu jari dan jari telunjuknya, membuat simbol 'ok'.

"Alright . Kalau tak ada apa,kami gerak balik dulu.Assalamualaikum." pamit Caera dan Dyvette serentak

Caera dan Dyvette segera masuk ke dalam perut kereta. Dengan keadaan jalan yang lengang, Caera melajukan pemanduannya. Berdesup kereta itu menjalar keluar dari perkarangan syarikat itu.

Keesokkan nya, tepat pukul 7:00 pagi Caera sudah turun ke ruang tamu lengkap dengan blouse berona merah jambu dan berseluar slack hitam. Bagasi dibimbit di tangan kiri.

"Vette,kau dah siap packing baju semua dah ke?" Bagasi diletakkan di tepi pintu, duduk dilabuhkan di sebelah Dyvette.

"Dah.Aku packing sampai pukul 1 pagi kau tahu? Eh kau dah servis kereta belum?" Soal Dyvette. Jari-jemarinya sibuk menekan-nekan skrin telefon.

Caera mengangguk.

"Dah.Aku dah servis semua.Kau naik lah kereta Porsche warna biru tu.Cuma jangan bagi calar jela and minyak guna duit sendiri okay." Bibir Caera menjuih kepada kereta Porsche berona biru gelap yang terletak di hujung garaj.

"Alaa yela.Aku nak gerak dulu.Takut 'jam'.Bye Caera, I love you. Drive save okay.Aku gerak dulu." Sambil tergopoh-gopoh memakai kasut, Dyvette melambai.

Caera hanya memerhati kereta berwarna biru itu keluar dari perkarangan rumah sambil membalas lambaian Dyvette. Dia segera berpaling dan mengambil bagasi miliknya lalu mengunci pintu rumah.

Caera memboloskan diri di dalam perut kereta Audi nya sebelum enjin dihidupkan. Punat radio mula ditekan, volume dikuatkan. Bergema lagu K-pop yang dinyanyikan dari kumpulan EXO dan BTS di dalam keretanya. Maklumlah, tuan kereta minat K-pop.

Setelah 5 jam pemanduan,akhirnya dia telah sampai di bandar Jitra. Caera mula memperlahankan pemanduan dan mencari parking yang kosong.

Selesai memakirkan kereta, handbreak ditarik dan bagasi diambil. Dia segera berjalan menuju ke lobi hotel yang akan didiaminya selama seminggu ini.

Kunci bilik diambil di kaunter receptionist dan pantas kakinya diorak menarik kembali bagasi bersamanya. Caera berhenti buat seketika. Dia terasa seperti ada yang mengikutinya dari arah belakang.

Dia menoleh namun hampa. Kosong. Caera kemudiannya kembali melajukan langkah menuju ke bilik.

Kunci dibuka dan dia segera melangkah masuk. Pintu dikunci kembali sebelum Caera pantas menghempaskan diri di atas katil bersaiz king milik hotel itu. Bagasinya dibiarkan tersadai di tepi pintu. Nanti-nanti lah kemas.

Telefon pintar yang dicampak di sisinya tadi segera diambil sebelum  nombor Dyvette didail.

"Assalamualaikum Vette,kau dah sampai ke Ipoh?" Caera memusingkan badannya menghadap syiling .

"Waalaikumsalam Caera. Aku dah sampai sini.Weih aku rindu kau gila.Baru 5 jam kita berpisah." Jawab Dyvette dengan suara yang sedikit sayu.

"Alah,kau ni overlah.Aku baru je sampai Jitra ni.Penat kau tahu? Dengan hadap 'jam' sepanjang Alor Setar tu." Caera sudah tergeleng-geleng. Habis badannya sakit-sakit akibat terperangkap lama dalam kesesakan jalan.

"Kesian kau,aku tadi pun bawak laju sikit sebab nak kejar masa.Okay lah aku nak mandi kejap.Bye love you."

"Ye, Assalamualaikum cik adik."

"Waalaikumussalam cik kakak." Balas Dyvette selamba.

Caera mematikan panggilan itu.Skrin telefon yang sudah bertukar gelap di pandang sepi. Dia kemudian menekan punat telefon hotel untuk memesan makanan. Alang-alang dah malas tu, baik guna room service je.

"Tapi, macam bosan pulak duduk dalam bilik." Caera segera mematikan niatnya.

Pintu hotel dibuka sebelum langkah kakinya dibawa menuju ke kafe hotel.

"Urm, air mineral satu. And roti coklat. "

"Sebentar ya cik." Pekerja di kafe itu tersenyum ke arah Caera.

Caera hanya mengangguk mengerti. Ialah, sekarang bukan main ramai manusia dekat kafe itu.

"Cik," roti dihulurkan.

"Oh, terima kasih." Selesai membuat pembayaran, Caera segera melangkah.

"Eh cik?" Pekerja itu memerhati langkah Caera yang sedang sibuk dengan telefon di tangan.

Kedengaran derap langkah seseorang semakin menghampiri dirinya.Caera yang berasa curiga segera melajukan langkah.

Dia terus menekan butang lift dengan harapan ia terbuka pantas, namun bahunya terasa dipegang seseorang.

Caera menoleh dengan raut wajah yang terbias rasa takut tetap berpaling untuk melihat ke arah gerangan yang menepuk bahunya itu.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now