BAB 9

25 3 0
                                    

Kereta Audi A7 Caera meluncur laju di atas jalan raya. Sambil itu, mata Caera sesekali melirik ke arah aplikasi Waze yang terpapar.

'In 100 metres turn left.'

Segera Ceara membelok sebelum keretanya memasuki kawasan perkampungan yang di penuhi oleh pohon getah. Dia masuk ke  persimpangan di sebelah kanan sebelum dari jauh jelas kelihatan 2 biji khemah terpacak di hadapan satu halaman rumah.

Setelah memarkirkan kereta, dia segera melangkah keluar dan memberi salam. Pandangan tetamu mula beralih padanya. Dari dalam rumah kedengaran suara yang dirinduinya menjawab salam sebelum dia segera mendapatkan empunya suara itu.

Caera menyalam hormat serta mencium pipi wanita tua itu.Dia sanggat merindui wajah ini.Dulu, wajah ini lah yang selalu meneman nya ketika mummy dan daddy sibuk berkerja. Namun ibunya Dyvette, Puan Dania yang mesra disapa mak oleh Caera ini telah lama meletak jawatan sebagai orang gaji di rumah mereka. Semenjak itu, Caera jarang menemui Puan Dania

"Mak,Caera rindu mak.Maaf Caera datang mengejut.Vette tak dapat datang.Dia ada dekat Ipoh sekarang, tengah kerja." Tutur Caera . Air mata yang bertakung di pelupuk mata, diseka perlahan.

"Mak pun rindukan Caera. Vette dah bagitahu mak pasal tu. Eh apa khabar mummy dan daddy.Mereka sihat?" Soal Puan Dania bersama segaris senyuman di bibirnya.

"Alhamdulillah mak.Mummy dengan daddy sihat saja." Caera mengukir satu senyuman manis. Tautan tangannya bersama Puan Dania masih tidak dileraikan. Betapa dia rindu dengan wanita ini.

"Jom,masuk ke dalam rumah mak." Puan Dania menarik tangan Caera.

"Nah,tolong mak pegang dulang ni kejap." Puan Dania memberikan satu dulang berisi barang hantaran kepada Caera.

Ceara memegang dulang hantaran itu penuh berhati-hati. Dalam pada itu, kelihatan abang Dyvette, Laaiq Zayne, yang lengkap berbaju Kemeja sedang menekan-nekan skrin leper di tangannya.

Caera meletak dulang hantaran yang dibawanya di atas meja kopi di ruang tamu itu.

"Orang tu dah nak kahwin,cepat masa berlalu.Dulu hingus pun mak tolong lapkan." Caera mula bersuara. Dusuk dilabuhkan di atas sofa. Sengaja dia memerli Zayne. Dah lama tak menyakat .

"Jealous lah tu dia tak ada orang yang nak." Zayne membalas perlian Caera. Telefon pintar nya mula ditutup.

"Eleh,mana ada.Kita tunggu masa ja lagi tahu?" Caera menjungkitkan keningnya dengan riak berlagak.

"Wow dah ada yang punya .  Terlepas lah abang ! " Zayne menepuk tangannya perlahan. Sengaja mengusik Caera.

Caera membuat muka .

"Abang Zayne memang macam tu,dah nak ada isteri pun sibuk menggatal. " Puan Dania mencelah perbualan mereka.

"Alah mak, Zayne gurau je dengan Caera. " Zayne tersengih-sengih.

Caera pula membuat muka selamba. Lantak dia, jawab sendiri dengan mak !

"Dah jom, gerak pergi rumah tunang kamu. Lambat nanti kesian pulak pihak perempuan tertunggu-tunggu." Puan Dania mula mengangkat dulang hantaran.

Tangan Caera yang baru bergerak untuk turut serta membantu mula terhenti setelah terpandangkan kelibat ayah Dyvette.

Kelihatan ayah Dyvette melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang Caera dengan satu pandangan sinis. Jelas terpancar riak tidak selesa di wajahnya.

"Apa budak ni buat dekat rumah kita?Anak orang kaya tak sesuai datang ke rumah pondok ayam macam rumah kita ni. " Perlinya dengan suara lantang.

"Dia wakilkan Vette lah abang.Vette tak dapat balik." Puan Dania bersuara. Dapat dilihat riak wajah Caera yang sudah bertukar kendur.

Caera hanya menunduk. Dia sedikit terkilan dengan ucapan yang dilemparkan oleh ayah Dyvette kepadanya.Dari dulu lagi,ayah Dyvette sentiasa tidak senang dengan kehadirannya. Namun, Caera hanya mampu bersabar demi persahabatan yang terjalin antara dia dan Dyvette.

Caera hanya buat tidak peduli. Dia segera menatang dulang berisi hantaran dan menyertai beberapa gadis yang lain yang turut menjadi pembawa dulang. Bersama rombongan itu , dia memulakan langkah menuju ke rumah bakal tunangan Zayne. Alah bukan jauh pun. Zayne bertunang dengan orang sekampungnya sahaja.

Upacara pertunangan bermula dan si gadis yang ayu berbaju pengantin tidak lepas dari menguntum senyuman sedari awal. Caera hanya melihat dengan penuh teruja saat Puan Dania menyarungkan cincin ke jari manis gadis itu. Sesekali tangannya bergerak merakam momen-momen indah itu.

"Tahniah kak. Dah selamat pun jadi tunang orang." Caera menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada tunangan Zayne. Dulu, ada lah jugak dia bertemu empat mata dengan gadis di hadapannya ini. Tak sangka, perhubungan mereka dapat melangkah ke fasa baru.

"Terima kasih adik." Gadis yang segak dengan sepersalinan gaun pengantin berona biru lembut itu memeluk Caera.

"Akak,saya balik dulu. Tak boleh lama. Ada kerja lagi nanti." Caera merungkai pelukan sebelum menyalam tangan gadis itu.

"Eh tak makan dulu?"

"Tak apalah. Saya kena cepat.  Tahniah lagi sekali." Caera tersenyum nipis sebelum dia melangkah keluar mencari kelibat Puan Dania.

"Mak,Caera balik dulu.Nanti Caera datang lagi dengan Vette. " Caera menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Awalnya kamu nak balik.Tak nak tidur sini dulu ke?" Muka Puan Dania jelas terkejut.

"Anak orang kaya mana nak nya tidur dekat pondok kita tu." Pedas sindiran ayah Dyvette menusuk gegendang telinga Caera.

"Caera ada kerja lagi lepas ni.Nanti Caera datang lagi.Bye mak. Assalamualaikum." Caera mencium hormat tangan Puan Dania. Beberapa not 100 dikeluarkan dan diberi kepada wanita tua itu.

"Eh, apa ni Caera?" Puan Dania cuba menolak.

"Tak apa mak. Ambil je. Caera ikhlas." Caera menolak tangan Puan Dania perlahan. Dia tersenyum sebelum meminta izin untuk pulang.

Caera segera memboloskan diri ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Setelah sampai di perkarangan hotel, dia meletakkan keretanya dengan cermat di kotak parkir yang disediakan.

Setelah Caera mengunci kereta, dia terperasan akan susuk tubuh seorang lelaki yang sedang mengikutinya.

Caera pantas melajukan langkahnya.

Tiba-tiba,kelibat lelaki yang lengkap berbaju hitam berserta hoodie itu menerkup mulutnya.Bauan tengik mula menusuk rongga hidung Caera sebelum matanya perlahan mula kabur dan gelap.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now