BAB 17

28 3 0
                                    

Afeef melangkah keluar daripada bilik itu setelah Caera dibuai mimpi. Nafas berat dihembus perlahan.

Susuk tubuh Caera dikerling sebelum tangannya bergerak menghempas pintu. Tidak ! Perasaan ini tidak boleh muncul dalam dirinya. Dia perlu tekad untuk menghancurkan hidup gadis itu.

Afeef melangkah ke sebuah ruang yang hanya dilimpahi cahaya suram.

Perlahan, pintu itu dibuka. Afeef melangkah masuk. Sesaat, senyuman sinis mula terukir di bibir. Sepucuk pistol Berreta 92 diambil sebelum dipusing perlahan.

" Bos ? " Tegur satu suara.

Afeef mula berpaling. Keningnya dijungkitkan.

" Er, bila bos nak lepaskan perempuan tu? " Soal Man dengan suara yang sedikit bergetar.

" Kau tunggu jelah. " Balas Afeef mendatar. Badan pistol itu digosoknya perlahan.

Man yang sedari tadi memerhati mula melangkah pergi. Ketar lututnya melihat perlakuan bos nya itu. Selepas dia melihat sendiri bagaimana Syam mati ditembak, sumpah dia rasa macam nak cari kerja lain !

Afeef memejam matanya erat sebelum keluhan kasar terbit dari bibirnya buat kesekian kali.

Pistol yang masih berada di genggamannya itu dipegang erat. Picu ditarik sebelum.

'Pum ! Pum ! '

Berdas-das tembakan dilepaskan ke arah tingkap bilik itu .

' Prang !'

Afeef hanya memandang sepi kaca yang berderai itu. Nanti-nantilah dia suruh budak-budak dia bersihkan. Ikutkan hati mahu saja dia membunuh Caera tetapi disebabkan cinta, semuanya terbatas.

Cinta.

Hati Afeef terdetik perlahan. Bukan, bukan itu yang sepatutnya ada di dalam dirinya.

Afeef tertunduk. Pistol yang dipegangnya sedari tadi dilempar kasar ke arah lantai. Rambutnya diramas kuat.

" Argh ! Kau gila Feef ! " Dinding yang berdekatan ditumbuknya berkali-kali.

Sementara itu, Caera yang masih diulit mimpi terjaga dek bunyi kuat yang menghentam gegendang telinganya. Selimut ditolak sebelum dia pantas meluru mencari arah bunyi itu.

"Afeef . " Tegurnya perlahan.

Pintu yang tidak tertutup rapat itu dikuak perlahan.

Afeef dengan wajah tegangnya memandang ke arah Caera . Pistol yang terdampar di lantai kembali diambil .

" Kau nak apa ?! " Jerkahnya kasar.

Caera terdiam. Niatnya untuk mendekat terbantut apabila terpandangkan pistol di tangan Afeef.

"Feef , marahkan Caera lagi ke ? " Soalnya perlahan. Wajah berkerut Afeef dipandang bergilir dengan tangan lelaki itu yang berdarah.

Afeef masih diam membatu .  Pandangannya masih dipasak pada serpihan kaca yang bertaburan di lantai dingin itu.

" Kalau Feef marahkan Caera, Feef hukumlah Caera. Caera yang bersalah. Caera penyebab Afeef kehilangan keluarga. Kalau tidak disebabkan hasrat Caera nak sambung belajar di oversea, mungkin family Afeef --- hmmm masih ada lagi. " Caera menunduk . Cecair jernih sudah mula membasahi pipi.

" I'm sorry Feef. " Gumamnya perlahan.

Jejaka itu menguakkan rambutnya kebelakang. Pantas dia keluar dari ruangan itu tanpa melihat ke arah Caera. Caera terpaku dengan kelakuan Afeef. Air matanya makin deras mengalir . Perlahan dia mengatur langkah untuk keluar dengan hati yang berat.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now