Bab 23

7 1 0
                                    

Bunyi alarm sekilas mengejutkan Caera.

Perlahan matanya dibuka sebelum telefon dicapai.

"Oh, dah Subuh." Caera menggeliat malas sebelum bangun dari perbaringan.

Bangkit duduk di atas katil, tubuhnya diregangkan ke kiri dan kanan.

Ting!

Satu pesanan masuk.

'Malam ni kita semua dinner sekali before daddy outstation to Bordeaux. Ajak Vette sekali okay sayang🤍.'

Dinner?

Bibir Caera terjuih ke depan, pakej muka berkerut sekali.

Jarang daddy ajak dinner sekali sejak mereka masuk ke rumah baru.

"Apa-apa jelah," Caera menguap sekali. Rasa mengantuk masih tersisa.

'Vette, daddy ajak dinner sekali malam ni. Kau free tak?' ditaip mesej itu laju. Button send ditekan.

Tak lama menunggu, mesej Caera berbalas. Ada voice note dari Vette.

"Sorry Caera buah hati sayang dinda, dinda tak dapat pergi dinner malam ni. Ada hal sikit aku nak uruskan. Tolong sampaikan maaf and kirim salam dekat family kau ya cantik. ILU."

Terdengar Vette ketawa di hujung ayat.

Bibir Caera terpacul senyuman kecil.

"Dasar minah tak betul."

*****

"Assalammualaikum," Caera memberi salam seraya menapak ke dalam rumah agam yang serba mewah itu.

"Haaa sampai pun the only one tuan puteri kita. Mana Vette?" Tengku Ayra menyapa anaknya lembut. Kepala dijengulkan ke belakang mencari-cari bayang Vette.

"Vette busy mummy." Balas Caera ringkas. Duduk dilabuhkan di sebelah Cairo, abangnya.

"Oh tak apalah macam tu. Mummy saja nak ajak korang semua dinner sekali. Lama kita tak dinner sekeluarga, kan daddy?" Tengku Ayra mengambil tempat di sebelah Tengku Noah.

"Itula mummy, semua sibuk hal masing-masing. Mana tahu ni last dinner daddy dengan korang." Tambah Tengku Noah dengan nada mengusik.

"Ish daddy ni, tak baik cakap macam tu. Caera memang dah plan nak balik sini, cuma sekarang Caera busy sikit je." Caera memangkas sambil tangannya sibuk menyenduk lauk asam pedas ikan pari ke dalam pinggan.

"Abang dengan adik nak?" Caera menyoal. Ikan pari tadi sudah selamat mendarat di atas pinggannya.

"Boleh je," Cairo sengih sebelum menyuakan pinggan ke arah Caera.

"No thanks." Caden menolak pelawaan kakaknya. Tangannya bergerak mengambil lauk lain.

"By the way, daddy akan ke Bordeaux for a few days untuk projek baru kita nanti." Umum Tengku Noah.

"Lama ke daddy pergi? Bila bertolak?" Caera mulakan suapan yang pertama. Badan digerakkan ke kiri dan kanan. Happy dapat makanan sedap.

"Dalam 5 ke 6 hari je.Kemungkinan esok pagi daddy bertolak." Tengku Noah membalas.

Caera mengangguk faham.

"Abang ikut sekali ke?" Cairo di sisinya dipandang.

"Tak, abang ada site visit dekat Pahang nanti." Cairo menjawab ringkas.

"Oh," tangan Caera laju bergerak menambah lauk. Perhatiannya kini hanya pada makanan di dalam pinggan.

"Eh kamu ni Caera, makin tembam mummy tengok kamu. Makan bersungguh macam orang pregnant craving." Tengku Ayra menegur gaya anaknya yang tak cukup makan. Senyum simpul terhias di bibirnya.

"Itula mummy, selalunya dia yang paling tak banyak makan." Tambah Tengku Noah bersama senyuman mengusik.

"Mana ada mummy. Gulai daging batang pisang ni sedap. Itu yang bertambah tu." Caera cuba menyembunyikan riak wajahnya yang terkesan. Gelas diambil sebelum air diteguk untuk menghilangkan rasa gugupnya.

"Kan? Tengoklah siapa yang masak." Tengku Ayra menjungkitkan keningnya berkali-kali.

"Sedap mummy. Perut Cairo pun dah ke depan. Semua salah masakan mummy." Cairo menjuihkan bibirnya. Perutnya ditepuk perlahan.

Giliran Caden mengangkat keningnya.

"Menipu apa kau bang?" Tangan Cairo dialihkan sebelum dengan spontan dia menepuk kuat perut abangnya.

"Auch!" Erang Cairo. Sakit dan terkejut dengan tindakan adiknya.

"Berketak je." Caden menyambung makan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Budak ni kang," Cairo menjeling tajam adik lelakinya.

Tengku Ayra dan Tengku Noah sudah menggelengkan kepala. Pening dengan gelagat anak mereka. Manakala Caera hanya mampu mengetawakan abangnya.

******

"Kamu tak tidur sini ke?" Tengku Noah mendekati Caera yang sudah berdiri di muka pintu.

"Tak daddy. Caera balik rumah. Takut pulak biarkan Vette sorang dekat rumah. Nanti bila-bila Caera tidur sini okay?" Caera tersenyum ringkas sebelum menyalam kedua-dua orang tuanya.

"Okay lah macam tu." Tengku Noah menyambut salam Caera. Rambut anaknya diusap penuh kasih.

"Daddy elok-elok tahu pergi nanti." Caera memeluk Tengku Noah sebelum memeluk Tengku Ayra. Entah kenapa berat rasa hatinya kali ini untuk meninggalkan mereka.

"Eish kamu ni. Macam tak pernah tengok daddy pergi outstation." Tengku Ayra menepuk perlahan belakang badan Caera.

"Hahaha, saja sakat je mummy. Okaylah, Caera balik dulu." Caera melepaskan pelukan.

Caera melambai buat kali terakhir sebelum bayangnya hilang di balik pintu kereta. Kereta dihidupkan sebelum ia meluncur perlahan ke jalan raya.

******

Jalan malam ini dirasakan sunyi sepi. Caera mengetuk-ngetuk jarinya di stereng. Kepalanya terayun mengikuti rentak lagu di radio.

Sekilas matanya terpandang signboard 7Eleven di hadapan.

"Eh macam nak beli something kejap dekat 7E. Singgah kejap la." Caera memberi signal sebelum keretanya membelok masuk.

Setelah selesai memarkir dan memastikan keretanya berkunci, Caera berjalan ke pintu masuk.

Dari jauh, seseorang sedang giat memerhatikan Caera di sebalik kegelapan malam.

*****

Bakul yang di penuhi jajan di letakkan di atas meja cashier.

"Kad atau cash cik?" Soal pekerja dengan seragam 7E itu.

"Kad." Caera menyuakan kadnya.

Selesai membayar, Caera melangkah keluar. Kunci keretanya ditekan untuk membuka pintu. Plastik jajannya dipegang erat.

Pintu dibuka sebelum dia meloloskan diri masuk ke tempat pemandu. Plastik berisi makanan ringan tersebut diletakkan berhati-hati di seat belakang.

Tanpa Caera sedar, ada seseorang berdiri di balik dinding berdekatan keretanya.

Button start engine ditekan apabila tiba-tiba pintu penumpang dibuka dari luar dan masuk susuk tubuh yang tidak dikenalinya.

Caera menjerit panik. Namun dengan pantas mulutnya ditekup. Caera memberontak keras sebelum tangan yang menekupnya itu digigit kuat.

"Arghh," jerit lelaki itu. Wajahnya tidak jelas di pandangan Caera dek kerana dia memakai mask menutupi separuh muka.

"Kau sape hah!" Bentak Caera berani.

Lelaki tersebut menarik masknya ke bawah.

"Kau tak rindu aku ke sayang?" Afeef tersenyum sinis.

"A--feef?" wajah Caera bertukar pucat. Tangannya pantas mahu membuka pintu namun tangkas ditangkap oleh Afeef.

"Yes sayang." Afeef menyeringai sebelum menghentak kepala Caera di stereng kereta.

Kepala Caera terasa berpinar sebelum segalanya mulai gelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now