BAB 20

32 2 0
                                        

Suasana hening di sebuah bilik gelap itu menjadi markas Afeef.

Segulung kertas di atas meja disambar dan dibuka. Mata helangnya cekap menangkap setiap lokasi di atas plan itu.

Afeef memejam mata , nafas dihela berat. Dia harus tekad dengan apa yang dia lakukan. Jika perlu libatkan pertumpahan darah, dia sanggup mengharunginya.

Matanya dibuka perlahan , sniper rifle P2668 yang terletak di atas meja dijeling sekilas. Senyuman senget mula terbit di bibir Afeef sebelum ia digantikan dengan ketawa kecil.

Bebola mata Afeef mula beralih arah, memandang gambar-gambar yang elok terlekat di dinding kusam itu. Kesemuanya merupakan wajah ahli keluarga Caera. Gambar itu ditenung satu persatu sebelum gambar Caera yang sedang tersenyum manis , direntap kasar.

" Sayang, one day kau akan jadi milik aku. Tapi, ada kerja yang aku akan buat dekat kau. Sabar eh sayang. " Jari Afeef bergerak mengusap wajah itu. Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya.

Pisau yang terdampar di atas maja diambil sebelum bilahnya diusap perlahan.

' Puk ! '

Pisau itu dibaling tepat ke sasaran. Gambar seseorang itu direnung tajam dan ketawanya kembali terletus.

" Masa kau akan tiba nanti.Aku tak sabar nak tengok kau mati. Caera will be mine. "

Afeef kembali mengusap gambar Caera sebelum dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Tangan Afeef pantas menyeluk poket seluarnya.

" Hello bos, budak yang bos nak tu saya dah jumpa. Nama dia Nafil Hanif, C.E.O Niyaz Haider, salah satu syarikat terbesar di Asia. Dia ada seorang anak perempuan berumur 5 tahun. "

" Oh I see. " Afeef ketawa kecil sebelum talian dimatikan olehnya. Tangan Afeef tangkas mengambil sepucuk pistol , butir peluru dimasukkan dan picu mula ditarik.

Tangannya lurus menegak tepat ke arah sekeping gambar sebelum tembakan dilepaskan.

Afeef tersenyum puas.

Telefonnya kembali dibuka , nama Caera dicari di dalam senarai panggilan. Afeef menyentuh skrin leper itu sebelum telefonnya mula ditekapkan di telinga. Afeef berdehem perlahan , suaranya diserakkan.

Satu deringan , dua deringan, sebelum talian mula bersambung.

" Hello Caera , my love. Kau apa khabar sweety ? Kau jangan ingat yang aku tak tahu apa yang kau buat belakang aku. Kau tunggu balasan daripada aku nanti. " Panggilan terus dimatikan . Pistol di tangan dicampak kasar.

******

Caera mula mengalirkan air matanya. Skrin telefon itu ditenungnya lama. Menggigil tangan Caera saat menjawab panggilan itu. Insan yang disayanginya dulu, kini bertukar menjadi seorang yang paling ditakutinya.

Nafas dihela berat. Caera sudah tidak tahu mahu berkongsi masalahnya dengan siapa.

Mahu memberitahu Dyvette ? Tidak. Tidak sama sekali. Tidak mungkin sahabatnya itu akan dapat menerima.

" Aku dah tak suci Vette. " Badan Caera menggeletar perlahan sebelum tangisan sayu mula dilepaskan.

" Aku dah tak suci . " Ayat itu diulang berkali dengan kepalanya yang mula tergeleng.

" Argh I benci you Feef. Benci ! " Bantal yang berada di sisinya diambil dan dibaling ke arah pintu .

Caera mula membaringkan diri , tangisannya makin lebat. Perlahan, kelopak mata itu tertutup dengan air mata yang tersisa .

*****

'Tok, tok , tok '

" Caera ? " Dyvette mengetuk perlahan pintu bilik.

'Tok,tok'

" Hey Caera , are you awake ? " Tombol pintu cuba dipulas namun berkunci.

" Caera ? " Pintu diketuk kuat.

Mata Caera mula bergerak-gerak sebelum kelopak matanya terbuka perlahan.

" Caera ? " Dyvette memanggil dengan nada cemas.

" Hmm , yes ? Aku dah bangun ni. " Caera mengurut kepalanya yang terasa pening.

" Kau okay tak ? Bukalah pintu ni ." Dyvette memulas-mulas tombol pintu .

" Hmm sekejap. " Dengan langkah yang malas , Caera bergerak merapati pintu. Tombol dipulas sebelum pintu dibuka luas.

" Ya Allah, kenapa bersepah sangat bilik kau ni ? " Terkejut Dyvette apabila melihat bantal dan selimut Caera bertaburan di sana sini.

Caera hanya mendiamkan diri sebelum tubuhnya didudukkan di birai katil.

" Kau nak apa ? " Soal Caera. Matanya masih terpejam rapat.

" Ni , aku nak inform kau yang aku tak pergi office dengan kau harini. Aku naik grab. Ada hal aku nak kena settle kan. " Ujar Dyvette. Duduk dilabuhkan di sebelah Caera.

Mata Caera mula terbuka sebelum keningnya berkerut .

" Hal apa ? "

" Adalah , kau budak-budak mana boleh ambil tahu. "

" Banyaklah kau budak-budak. " Tangan Caera bergerak mencubit Dyvette.

Dyvette tergelak perlahan.

" Janganlah babe , sakit tahu tak ? Adalah hal aku. Aku nak kena keluar dah ni , kau breakfast dulu okay ? "

" Hmm yalah , " Caera sekadar mengangguk.

" Okay, aku pergi dulu. Bye Caera. " Dyvette mengatur langkah ke pintu .

" Bye Vette. " Caera melambai perlahan .

Caera mula bangkit mencapai tuala. Pandangannya dilemparkan ke arah bantal-bantal yang masih bertaburan.

"Hmm, nantilah kemas. " Langkah pantas diatur ke bilik air.

*****

Lebih kurang 35 minit pemanduan , Caera tiba di kawasan tempat kerjanya. Kereta diparkir cermat dan dikunci. Kaki panjangnya pantas berjalan memasuki bangunan gah di hadapannya itu .

Saat Caera tiba di lobi , pandangannya terarah kepada satu susuk tubuh tegap yang turut sedang mengatur langkah mahu memasuki bangunan itu.

Mata Caera mengecil sebelum wajahnya mula bertukar riak.

" Afeef, " nama itu terluncur perlahan dari dua ulas bibirnya.

Caera kalut memandang sekeliling , cuba mencari tempat persembunyian.

Kakinya pantas mahu melangkah sebelum pandangannya bersabung dengan pandangan dari mata helang itu.

Caera terkaku di tempatnya.

Senyuman sinis mula terbit di bibir Afeef. Langkahnya dimarakan ke hadapan , mendekati Caera.

Setapak , dua tapak sebelum kaki itu betul-betul berhenti di hadapan wanita itu.

Tangan diseluk ke dalam poket dan pandangan dihalakan dari atas ke bawah , memerhati Caera.

Caera meneguk liurnya kasar. Pandangannya terhala ke lantai. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

Derap tapak kaki yang mendekati mereka mengejutkan Caera .

" Sayang , " kedengaran satu suara menyapa Afeef .

Caera memerhati si pemilik kasut bertumit tinggi itu sebelum pandangannya perlahan dihala ke atas.

Dengan serta-merta , wajah Caera memucat.

" Vette ? " Suaranya bagai tidak mahu terkeluar dari kerongkong.

Dyvette turut beriak terkejut .

" Cae..Caera . " Dyvette sedikit gugup. Habislah jika Caera tahu hubungannnya dengan bos mereka itu.

Wajah Caera berkerut sebelum dia mula melangkah pergi . Melangkah keluar dari ruang bangunan itu.

Otaknya masih mencerna apa yang diperhatikannya sebentar tadi.

Dyvette, Afeef. Apa semua ini ?

Tersirat di antara KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang