BAB 10

40 3 0
                                    

Bunyi kaca berderai di atas lantai memecah gegendang telinga Caera. Dalam keadaan yang separuh sedar, dia cuba untuk membuka mata.

Suasana yang kabur serta kepala yang masih pening akibat bauan yang kurang menyenangkan menyebabkan Caera memejamkan matanya buat sesaat . Mata dibuka kembali dan dia hanya mampu melihat silauan matahari di dalam bilik gelap itu.

Kedengaran beberapa suara garau sedang bertikam lidah membuatkan Caera memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Kosong . Yang ada hanyalah sebuah kotak terhampar di sisinya.

Dia cuba memboloskan diri namun hampa.Rantai yang terikat di kakinya membataskan pergerakan. Air mata mula memberes keluar.Namun matanya kembali tertutup rapat saat pintu itu mula dikuak oleh seseorang.

"Boss dah bagi tahu kau kena jaga perempuan ni.Nanti boss nak jumpa dia.Kau dah kejut tak dia ? Boss suruh bagi dia makan. " Satu suara asing menerjah deria pendengaran Caera.

"Kejap lah.Perempuan tu aku tengok pengsan sejak semalam.Aku malas nak tengok dia tidur.Kalah baby. " Jawab satu suara lagi dengan nada mendatar.

"Dah.Sekarang kau pergi bagi dia nasi ni.Boss bising nanti kau tak bagi dia makan."

Perlahan susuk tubuh lelaki berbadan sasa itu menghampiri Caera. Botol mineral yang sedari tadi dipegang, dibuka penutupnya. Air dijirus tepat ke arah muka Caera. Terbuntang mata Caera akibat perbuatan lelaki itu.

"Eh perempuan kau makan ni." Dengan suara yang keras lelaki itu memaksa. Wajah bengis ditayangkan.

"Aku tak nak.Aku nak balik.Kau sapa hah?Aku dekat mana? " Caera mula meronta-ronta. Tangan dan kakinya yang diikat dihayun laju.

"Kau makan cepat.Boss aku nak jumpa kau.Kalau kau tak makan jangan harap aku nak bagi kau makan lepas ni." Lelaki itu mula menengking. Bungkusan nasi dilemparkan ke arah Caera.

Persoalan Caera tidak dijawab, lelaki itu malahan memandang Caera seperti anjing.Caera memandang sepi ke arah bungkusan itu. Dia tiada selera untuk menjamah kerana tekak nya terasa loyak akibat bau yang kurang enak sedang menyucuk-nyucuk rongga nasalnya.

Lelaki yang berbadan sasa itu kembali menghadap ke arah Caera. Gadis itu dihampiri sambil tangannya memegang sebuah alat rakaman.

"Boss aku ada pesanan untuk kau." Tutur lelaki itu bersama senyuman jahat. Butang play ditekan.

"Hello,darling.Kau mesti tertanya kenapa aku culik kau kan ? Satu hari nanti kau akan tahu.Tapi sekarang aku nak kau jadi budak baik okay.Kau duduk situ senyap-senyap, Man dan Syam akan bagi apa yang kau nak.Tapi kalau kau lari,habuan kau akan sampai dari aku. " Pesanan itu kemudiannya diikut dengan ketawa sinis.

"Kau..kauu nak apa hahhh!" Caera mula menyinga. Suaranya tersekat-sekat akibat amarah dan kesedihan yang memerangkap jiwa.

Rakaman itu di berhentikan. Riak tidak percaya terpamer di wajah Caera. Tidak percaya dengan realiti yang telah terjadi.

Air mata yang di tahan sedari tadi mulai turun dengan laju bagaikan hujan yang mencurah-curah. Caera memendam perasaannya. Roti yang baru saja di berikan kepadanya oleh dua ekor lahanat itu dipandang sepi. Dia lebih rela mati kelaparan.

Malam mula menjelma. Suasana yang dingin meresahkan Caera.Baju yang dipakainya sudah tidak seperti baju.Koyakkan pada bahagian lengan dan peha membuatkan aura sejuk semakin menusuk kedalam tulang hitamnya. Caera mengerekot di atas lantai sejuk itu sementelah dirinya sudah tidak bertenaga.

Tiba-tiba lengannya terasa dipegang oleh seseorang. Pantas Caera membuka matanya . Satu susuk tubuh seseorang lelaki berdiri betul-betul di hadapannya. Dek kerana rasa takut yang mencengkam, Caera melonjakkan badannya sedikit ke belakang.

"Selamat pagi sunshine,puas kau tidur Caera Brunella?" Lelaki yang memakai hoodie hitam itu pantas mencengkam rahang Caera. Diambilnya roti lalu disumbatkan ke dalam mulut Caera.

"Aku dah bagi tahu.Aku suruh kau makan.Kau tetap degil.Sekarang kau makan sampai puas ye sayang." Pipi Caera ditepuk-tepuk kasar.

"Ak....Akuu tak nak." Sedaya upaya Caera bersuara. Sisa-sisa roti yang masih terdapat di dalam mulut diludahnya keluar.

"Kurang ajar kau ludah atas kasut aku ! " Laju tangan lelaki itu mendarat di pipi Caera.

Pang !

Mata Caera mula mengeluarkan cecair jernih.Lelaki itu mengangkat tubuh Caera kasar sebelum dihempas nya kuat di atas katil yang terletak di sudut kiri dinding. Tangan lelaki itu pantas mengikat tangan dan kaki Caera di penjuru katil, tidak membenarkan gadis itu melawan.

"It's time to enjoy it." Lelaki itu tersenyum sinis. Dipandangnya tubuh Caera dari atas ke bawah sambil lidahnya bergerak menjilat bibir.

"Apa salah aku hahh!!!" Caera mula meronta-ronta.

"Kau akan tahu apa salah kau nanti." Tengking lelaki itu di hadapan wajah Caera.

Caera sedaya upaya meronta-ronta namun hampa.Air matanya deras mengalir.
Hanya doa di dalam hati yang boleh dipanjatkan , mengharapkan secebis bantuan .

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now