BAB 6

19 3 0
                                    

Sedang Caera ralit memilih beg mewah berjenama Louise Vuitton yang tersusun rapi di atas rak kaca di hadapannya, bahunya terasa ditepuk oleh seseorang.

Segera Caera berpaling.

Jelas kelihatan satu figura perempuan, berambut hitam keperangan sedang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh.

Dia menghadiahkan senyuman nipis tetapi tidak langsung dibalas. Perempuan itu malahan menjelingnya tajam. Pudar terus senyuman Caera.

"Cik,kenapa ya?" Caera menyoal sopan. Yelah, mana tahu dia tengah belek beg LV yang perempuan tu nak beli ke.

"Kau ni Caera? Anak Tengku Emir Noah right?" Satu senyuman sinis dilemparkan kepada Caera.

"Ha ah,ya saya.Kenapa?" Caera masih bingung dan tidak mengerti.

"Kau ni girlfriend kepada Afeef kan?" Kali ini wanita yang anggun ber'dress' hitam itu menyoal dengan suaranya yang ditekan sedikit.

"Ya memang saya girlfriend Afeef. Kenapa dengan dia?" Caera memandang wanita di hadapannya ini dengan kerutan di dahi. Apa kaitan dengan Afeef pulak ni?

"By the way, for your information, Afeef tu aku punya and make sure kau jauhkan diri dari dia.Aku dengan Afeef akan bertunang bulan depan dan family dia dengan aku dah pun setuju." Wanita itu bergerak setapak dan berbisik di hadapan wajah Caera.

"Hah?Afeef nak bertunang?Are you serious?" Caera sudah bungkam.

"Ya and make sure I tak nampak muka you lagi okay.Kalau tak I kasi pecah muka you. Mark my word girl ! " Wanita itu mengukir senyuman senget.

"Sorry lah saya tak main rampas merampas ni.Saya balik dulu. " Bahu wanita itu sengaja dilanggar sebelum dia melangkah pergi.

Tanpa dia sedari, air mata yang sedari tadi bertakung segera merembes keluar . Pelupuk matanya dikesat-kesat cuba menghapus pergi jernih mutiara itu.

Setelah menemui keretanya, dia segera masuk ke dalam. Pintu dikunci dan kepala diletakkan di atas stereng. Tangisannya bersambung. Dada yang terasa sesak di tepuk-tepuk perlahan.

"Why Afeef? Why?"

Terketar-ketar tangan Caera menghidupkan enjin sebelum keretanya meluncur laju untuk pulang ke rumah.

Lebih kurang 20 minit pemanduan, dia telah tiba di perkarangan rumahnya. Sempat Caera membelek matanya yang sedikit berair. Sisa air mata yang masih bersisa segera dihapus,bimbang terlihat oleh Dyvette. Nanti banyak pulak soal makcik tu.

"Assalamualaikum" laung Caera perlahan. Kasut dibuka sebelum diletak di tempatnya. Sambil mengunci pintu, dia terlihat Dyvette yang sibuk menguyah.

Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan Dyvette,memerhati sahabat nya itu yang sedang berselera menjamah makanan.

"Weh,sedap sangat ke kau masak tu? Khusyuk sangat sampai salam aku pun tak berjawab." Caera meletak kunci kereta miliknya di atas meja kopi di hadapannya itu.

"Ehh takkan la tak sedap.Aku ni champion kut bab-bab memasak ni. By the way, waalaikumussalam cik Caera Brunella." Dyvette tersengih dengan riak tidak bersalah.

"Eleh kalau setakat menang Cheftastic peringkat daerah tu aku pun boleh. " Caera menjuihkan bibirnya. Semenjak Dyvette menyertai pertandingan itu sedari sekolah menengah, dan sering memenanginya , dia sering kembang setaman bila dipuji.

"Alah aku tak join haritu pun sebab mummy demam.Kalau tak aku join dah.Meh aku nak rasa sikit kau masak." Caera menyambung percakapannya sebelum bergerak merapati Dyvette.

"Eh tak boleh.Ini saya punya,anda perlu masak sendiri. " Pantas Dyvette menarik mangkuk kaca itu menjauhi Caera. Sengaja mahu mengusik.

"Drama mak tiri mana lah pulak ni." Caera menggeleng. Badannya dialihkan menghadap televisyen . Skrin leper yang gelap itu dipandang sepi.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now