BAB 13

66 3 0
                                    

Bayangan Afeef mula menghilang di sebalik pintu. Derapan tapak kakinya mulai jauh menghilang .

Riak wajah Caera jelas terpamer rasa kecewa , sesaat air jernih mula mengalir membasahi lekuk pipi gadis itu. Afeef adalah cinta pertamanya. Afeef yang dulu bukan yang sekarang. Bumi Korea menjadi saksi hubungan mereka yang sangat bahagia yang kini bertukar derita.

Afeef seorang yang baik, peramah dan romantik. Namun segalanya bertukar dengan sekelip mata. Diri Caera terasa bagaikan ditampar arus yang deras menyaksikan perubahan yang berlaku ke atas Afeef.

FLASHBACK

"Sayang,nanti kalau you dah nak balik Malaysia, jangan nakal-nakal tahu ? Jaga diri, jaga hati untuk I je." Afeef mencuit pipi gadis kesayangannya itu.

"I tahu jaga diri I, you pun jaga diri juga. I tahu ada lagi beberapa patient dekat sini yang you kena cover. But, please don't work too hard okay?" Suara Caera mulai mengendur, memikirkan yang Afeef tidak dapat pulang bersamanya membuatkan semangat dirinya luntur.

"Tak apalah sayang,I akan follow you after semua tugas I habis. I janji tak kerja kuat sangat. " Afeef menggenggam erat tangan Caera.

" It's okay, I akan tunggu you tapi jangan terpikat dekat gadis korea pulak. " Caera memberi amaran sambil menghadiahkan jelingan tajam.

"Tak lah.I sayang dekat you je. " Senyuman bahagia mula terukir di bibir masing-masing.

END FLASHBACK

Laju air mata Caera turun membasahi pipi. Dia sangat rindukan memori indah itu. Kini bahagia yang diterima diganti dengan penderitaan yang dia tidak tahu di mana penghujungnya.

Tiba-tiba muncul wajah tegang Afeef di muka pintu. Dia berjalan merapati Caera dengan satu botol arak yang sudah pecah erat berada di genggamannya.

Melihat gadis itu yang mula mengundur ke belakang membuatkan Afeef segera mengunci langkah Caera. Botol itu segera dihempas sebelum dia mencengkam kedua-dua tangan Caera kasar, membiarkan gadis itu terhimpit di dinding. Anak mata milik Afeef tunak memandang Caera. Api dendam dan amarah marak menjulang di balik matanya.

"Aff...feef please jangan buat I macam ni. Y..You tak puas lagi ke seksa I ? I tak pernah sakiti hati you." Suara Caera mula mendayu, memujuk lelaki di hadapannya ini.

Afeef melihat wajah Caera yang sembab. Timbul rasa simpati di hatinya , namun rasa itu diusir jauh dan diganti dengan satu senyuman jahat yang mula terukir di dua ulas bibirnya.

"Hahahah. No, Tengku Caera Brunella binti Tengku Emir Noah ! Selepas daddy kau jadi penyebab kematian ayah aku, kau ingat aku nak lepaskan kau ? Hah betina ! " Rambut Caera ditarik kasar .

" I tak tahu pasal family you.A..Apa yang daddy I buat. Daddy I bukan macam tu. I kenal daddy I. " Dalam sedu-sedan Caera mula menidakkan kata-kata Afeef. Tangan Afeef yang mencengkam rambutnya dipegang.

" Kau nak tahu apa si pengecut tu dah buat ? Sini aku kasi tahu." Afeef menarik Caera rapat ke arahnya.
Ditenung mata hazel gadis itu sedalamnya .

FLASHBACK

Seorang budak kecil berumur 5 tahun sedang leka bermain.  Deria pendengarannya mula terganggu apabila bunyi kaca berderai menusuk gegendang telinga. Suara orang bertelingkah mula kedengaran. Pantas kanak-kanak itu mengatur langkah mencari punca suara itu.

"Ma, kita kena cari jalan lain untuk bayar semua hutang bank." Riak wajah lelaki itu jelas terpancar rasa kusut. Rambutnya dicengkam, muka diraup beberapa kali.

" Ma tahu Pa.Tapi macam mana dengan rumah kita? " Isterinya bersuara gusar.

" Kita terpaksa pindah.Syarikat tak mampu nak tanggung.Nilai gadaian pula makin merosot.Kita tak ada cara lain Ma. " Lelaki itu memandang sayu isterinya di sebelah.

Wajah wanita itu menjadi semakin runsing. Tidak lama kemudian,  mereka segera mengemas pakaian. Budak lelaki itu hanya memerhati dari jauh. Wanita yang terperasan kehadiran anaknya di situ segera mendukung tubuh kecil itu.

" Sayangku Feef, jom tolong mama kemas barang. " Dielus pipi anak kecil itu lembut sebelum satu kucupan dihadiahkan di dahi.

Budak itu mengangguk patuh , tangan kecilnya mula bergerak, membantu ibunya mengemas.

Selesai mengemas , mereka keluar menaiki kereta . Gurau - senda sentiasa menemani perjalanan,  sebelum satu tragedi berlaku. Kereta itu terbabas apabila sebuah lori yang memandu melawan arus, tiba-tiba melintas di hadapan mereka selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Akibat tidak mampu mengelak, kereta itu berpusing beberapa kali sebelum  terbabas di bahu jalan. Afeef yang berada di ribaan ibunya mula tercampak ke luar.  Darah pekat mula mengalir deras di kepalanya.

"Ib--"

Kereta itu terus terbakar dan meletup. Mata Afeef membulat besar. Dia meraung apabila melihat keadaan kedua-dua ibu bapanya. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian.

Selepas kejadian hitam itu, Afeef telah di masukkan ke dalam rumah anak-anak yatim . Dia membesar keseorangan sementelah tiada langsung ahli keluarga yang mahu menjaganya. Mereka hanya menganggap dia sebagai pembawa sial.

Afeef terpaksa berdikari. Dia hidup sendirian tanpa bergaul langsung dengan orang lain.

Namun, tuah masih menyebelahi Afeef, selepas dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam akedemik, dia mula membuka langkah seperti ayahnya , menerajui  syarikat yang dulunya muflis dan kini kian dikenali ramai.

Selepas umurnya meningkat ke 21 tahun, seorang peguam mula membeli sedikit saham syarikatnya di atas usaha sama mereka. Kenangan hitam itu mula menghantui hidup Afeef. Dia mula menyusun strategi untuk membalas dendam.

Syarikat papanya bankrup selepas tender bernilai jutaan ringgit itu jatuh ke tangan Tengku Emir Noah. Syarikat ayahnya sangat memerlukan projek itu, namun segalanya bertukar. Syarikat ayahnya hampir jatuh muflis di saat itu. Walaupun ayahnya dan Tengku Emir merupakan rakan kongsi, namun tiada langsung bantuan yang dihulurkan oleh lelaki itu.

Tiada secebis pun rasa simpati orang tua itu kepada Afeef. Dia hanya memandang kejatuhan syarikat itu tanpa niat mahu membantu. Mulai dari saat itu rasa dendam mula tersemat kemas dalam diri Afeef. Amarah dan egonya seakan tercabar. Dia mula menyiasat latar belakang kelauarga Tengku Emir Noah.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now