BAB 5

33 3 0
                                    

Bunyi notifikasi menyentakkan Caera yang sedang sibuk menyuap epal ke dalam mulut.

Button home ditekan sebelum dia membuka aplikasi WhatsApp.

Tertera nama buah hati nya di chat yang pertama .

' Afeef❤️' .

Segera tangannya meluncur laju menyentuh keypad untuk menghantar mesej. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan buah hati nya itu. Rasa rindu mula bertamu di dalam jiwa. Ialah masing-masing sibuk.Tak sempat berjumpa langsung semenjak dia balik dari Korea minggu lepas.

Langkah diatur menuju ke dapur. Tangan dibilas, dan satu stickey note dicapai dan ditulis sesuatu sebelum ditampal pada peti sejuk, memberitahu Dyvette tentang ketiadaannya.

Caera berlari-lari anak ke ruang atas untuk mengambil sling bag nya . Sempat dia menilik penampilannya di cermin solek .

'Hmm dah cantik !' mata dikenyitkan sebelum dia tergelak perlahan.

Perfume berjenama Victoria Secret diambil sebelum disembur beberapa kali. Siap membetulkan rambut, kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Tidak lama kemudian, kereta Audi berona merah itu menjalar keluar dari perkarangan rumah, meluncur laju di atas jalan raya.

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Caera tiba jua di tempat pertemuan yang dijanjikan bersama Afeef. Alah, bukan jauh mana pun, dekat Pavillion sahaja.

Parking kosong dicari sebelum dia memarkirkan keretanya dengan cermat. Seatbelt segera dilepaskan. Rambut keperangannya yang dibiar lepas dirapikan dengan kemas.

Langkah diatur ke arah lift yang berdekatan sebelum ada satu tangan yang memeluk kakinya dari arah belakang.

Caera terkedu. Anak siapa pulak yang tiba-tiba datang memeluk kakinya ini?

"Davira,darling where are you?" Kedengaran satu suara garau melaung dari jauh.

Caera memalingkan mukanya. Kelihatan seorang budak kecil yang berlingkungan 4 tahun sedang menyorok di belakangnya.

Dia segera menunduk,menyamakan kedudukan dengan budak kecil itu.
Dicuitnya pipi kanak-kanak itu dengan lembut sebelum dia bertindak mendukungnya. Kelihatan satu susuk tubuh sedang menghampiri mereka berdua dengan wajah yang resah.

"Davira,where are you going just now? Penat papa kejar kamu tahu?" Davira yang berada di dalam dukungan Caera diambil sebelum diciumnya pipi labuh itu semahu-mahunya.

"Sorry papa, promise tak buat lagi." Si kecil Davira sudah tercebik-cebik.
Riak wajah sedih turut dipamerkan, cuba meraih simpati ayahnya.

Lelaki itu sekadar menggeleng melihat keletah anaknya. Umur baru 4 tahun, tapi nakalnya ya ampun !

Pandangan dialihkan ke arah Caera yang sedari tadi hanya memerhati drama swasta anak beranak itu.

"Cik terima kasih sebab tolong tengok kan anak saya tadi.Maaf kalau anak saya dah menyusahkan cik.Dia ni nakal sikit.Semenjak arwah mama dia pergi ni, makin menjadi-jadi nakal dia." Kata-kata maaf dituturkan sambil dia mengusap manja rambut anaknya.

"Sama-sama encik.Tak adanya menyusahkan . Kebetulan princess ni yang terlanggar saya." Caera berbicara sambil menguntum senyuman.

"Lagipun, dia comel lah. " Sekali lagi tangan dinaikkan mencuit pipi si kecil Davira.

Davira dengan mata yang membulat, hanya tersengih malu sebelum menyembamkan wajahnya di baju si papa.

Jejaka itu hanya tersengih sebelum dengan segera mengeluarkan sekeping kad dan dihulurkan kepada Caera.

"Ini kad saya.Kalau ada apa-apa bantuan.Just call me.Saya pergi dulu. Thanks anyway and saya harap kita dapat berjumpa lagi. Darling, salam aunty. "

Davira yang masih tersenyum malu segera menghulurkan tangannya dan menyalam Caera.

" Ei geram !" Caera mencubit lembut pipi montel Davira.

"Thanks again. Bye ,"

"Bye aunty tantik (cantik)." Davira dalam malu-malunya masih melambai.

Caera tersenyum sebelum meneliti nama yang tertera di atas sekeping kad nipis itu.Nafil Hanif.

Dia kembali mengorak langkah ke dalam perut lif. Starbuck dituju.

Sedari luar, Caera sudah ternampak susuk tubuh yang amat di rinduinya sedang menghadap skrin leper di hadapannya. Apa lagi? Handphone lah.

Segera Caera mengambil tempat di hadapan cinta hatinya.Afeef yang mula sedar akan kehadiran Caera segera meletakkan telefon di atas meja.Dia menguntum senyuman manis saat melihat Caera yang berada di hadapan matanya kini.

"Sorry I'm late." Segera Caera meminta maaf, tahu yang dia sudah terlewat.

"It's okay sayang.Caera nak order apa? Afeef tunggu Caera tadi. Itu yang tak order lagi." Mata Afeef mula difokuskan ke arah Caera.

"Ouh tak apa lah Feef,Caera dah kenyang and sorry tahu sebab lambat." Caera benar-benar rasa bersalah dengan Afeef. Secalit senyuman manis dihadiahkan kepada buah hatinya, mengharap pengertian.

"Nah,kan dah cakap tadi tak apa. So, macam mana dengan kerja you?Dah dapat?" Afeef menyatukan tangannya sebelum menongkat dagu ke arah Caera.

"Alhamdulillah Feef, I dapat kerja tu and my friend pun satu company dengan I. " Cerita Caera sedikit teruja.

"Baguslah kalau macam tu.Maaf kalau I jarang chat you sebab lately ni I busy sikit dengan klien.Sekarang banyak patient yang I kena uruskan."

"Tak apa lah Feef.I faham kerja you kan selamatkan nyawa orang.Kalau you ada masa you chat jela I. I selalu ada di sisi you." Caera menguntum senyuman manis.

Senyuman di pinggir bibir Afeef turut memekar.

Tangan Caera yang berada di atas meja digapai sebelum diggengamya erat tanda memohon maaf.Matanya tunak menikam anak mata Caera, mencari kekuatan diri nya apabila melihat gadis kesayangannya ini.Dia sangat cintakan gadis campuran Perancis ini. Tiada yang lain selain Caera.

Mereka berdua berjalan, bergelak tawa dan sesekali bertepuk tampar antara satu sama lain. Tampar manja-manja lah. Tengah dilamun cinta katakan.

Namun,mata helang Caera sempat menangkap pandangan beberapa orang gadis yang sedang menjeling dan memerhati ke arah mereka berdua atau mungkin lebih tepat ke arah Caera sahaja.

"Why sayang?" Soal Afeef yang terperasankan wajah Caera yang sudah mula berubah.

"Nothing. Just, kenapa diorang tu. Pandang macam nak telan kita?" Hati Caera penuh dengan perasaan tertanya-tanya.

Afeef memandang sekilas ke arah gadis-gadis itu.

"Well said, they're jealous with you. Yelah, dapat boyfriend handsome macam I . " Afeef menjungkitkan keningnya beberapa kali sebelum tergelak perlahan.

"Ei perasan ! " Caera menampar lengan Afeef perlahan sebelum dia turut tergelak.

Dalam melayari momen-momen indah bersama, tiba-tiba telefon Afeef berbunyi.

Dia segera menjawab setelah melihat nama si pemanggil. Setelah 10 saat berbicara,dia menutup panggilan dengan mukan yang resah.

"Why?" Caera mengerutkan keningnya.

"Sorry sayang. Pihak hospital call. Ada emergency case. Tak ada siapa boleh cover so I have to go. See you later and sorry tak boleh teman you shopping. " Afeef mengusap rambut keperangan Caera perlahan.

"It's okay la Feef. Dah itu memang kerja you kan. Tak apa I faham." Caera mengangguk dan menghadiahkan senyuman ke arah Afeef.

"Sure ni okay? Jangan merajuk dengan I ya? Nanti dah habis kerja I chat you. Bye." Afeef menghadiahkan flying kiss sebelum dia tergesa-gesa melangkah keluar dari mall itu.

Caera yang menglihat tingkah buah hati pengarang jantung nya itu hanya tergeleng-geleng.

"Haih, terpaksalah shopping sorang." Caera mengangkat bahu.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now