BAB 19

18 3 0
                                    

Tunak mata Hanif melihat Caera yang sedang menyusun pakaian ke dalam bagasinya.Niatnya yang mahu menegur dibatalkan sahaja. Biarlah Caera menyudahkan kerjanya terlebih dahulu.

Caera menepuk-nepuk pakaiannya. Wajah dipalingkan ke belakang. Terletus tawa kecil di bibir Caera melihat tingkah laku Hanif. Apalah yang dia fikir sampai berkerut muka.

Zip bagasi ditarik sebelum bagasi itu diletakkan secara berdiri.

" Encik . " dipetik-petik nya jari beberapa kali di hadapan wajah tampan itu.

Hanif tersedar dari lamunan sebelum wajah blur dipaparkan.

" Awak nak pergi mana? " Mata Hanif tertumpu ke arah bagasi milik Caera .

" Saya ? Saya nak pergi zoo. " Balas Caera berseloroh.

" Hah zoo? Buat apa? " Hanif masih tidak mengerti. Mood blur nya masih tidak hilang.

" Hahaha takdelah. Saya packing baju. Kan nak balik KL malam ni . " Duduk dilabuhkan di birai katil, jelas menghadap wajah Hanif.

" Awak kan tak sihat lagi.Awak tu boleh lagi ke drive dengan badan tak sihat lagi, dengan waktu malam pula tu. Kang jadi apa-apa kan susah. " Terpancar jelas riak tidak senang di wajah Hanif. Dari nadanya sahaja, sudah cukup buat Caera mengerti. Dia risaukan gadis itu.

" It's okay.Saya kan dah besar , so saya tahu la jaga diri saya. Betul kan Davira? " Si kecil Davira yang sedari tadi leka bermain telefon papanya sekadar mengangguk.

" Ha ah betul tu aunty.So papa kena la hantar aunty balik KL sebab aunty kan sakit. " Usul Davira tanpa rasa bersalah. Telefon papanya diletak ke tepi.  Nanti-nantilah dia sambung bersihkan Pou dia tu.

" Yesss ! Betul tu baby. Okey jum kita balik rumah dan kemas baju.Kita jumpa pukul 11 dekat lobby hotel okey? " Hanif bernada teruja. Tak sangka anaknya akan keluarkan cadangan bernas sebegitu.

Caera berkerut dahi. Mati habis senyumannya. Ingatkan Davira hendak menyokongnya tadi. Lain yang diharapkan, lain yang jadi.

Caera tidak sempat berkata apa-apa apabila Hanif segera mengendong Davira keluar dari biliknya.

Kepala digeleng perlahan sebelum tubuhnya kembali diselesakan di atas katil. Mata dipejam rapat sebelum bunyi notification masuk menyentakkan dirinya.

Telefon diambil dan aplikasi WhatsApp ditekan.

Tertera satu chat masuk daripada nombor yang tidak dikenalinya.

' Hello sweetie, sihat dah? Kita jumpa nanti okey. I love you. Muah ! '

Jantung Caera automatik berdegup laju. Berderau darahnya membaca mesej itu. Dia sudah dapat menggagak mesej itu datang daripada Afeef.

Caera mengeluh perlahan sebelum mesej itu segera dipadam. Tubuh dibaringkan sementara menunggu jam 11 malam.

Tepat jam 11 malam, bagasi ditarik menuju ruang lobi hotel. Nombor Hanif segera di dail sebelum matanya dihidangkan dengan kelibat kereta mustang GT350  yang elok terparkir di bahu jalan.

Tidak menunggu lama, bayang Hanif yang sedang memimpin tangan Davira mula muncul di hadapannya.

" Jom Caera. Barang awak biar saya angkat.Tolong tengokkan davira boleh ? " Tangan jejaka itu segera memaut bagasi milik Caera.

" Ouh boleh je. " Caera tersenyum senang. Dia suka melayan karenah Davira. Ia mengingatkan dia pada zaman kecilnya dahulu.

Tangan kecil Davira digenggam dan dipimpin sehingga masuk ke perut kereta.

Dari kejauhan, hujung mata Hanif sempat memandang sebuah kereta yang sedang memerhati ke arah mereka. Hanif sekadar buat tidak endah . Mungkin telahannya salah. Pintu ditutup sebelum kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now