Caera menuruni anak tangga dengan pantas.Walau hanya menggayakan pakaian yang ringkas, blouse paras bawah lutut berwarna ungu, dia tetap kelihatan menawan dan mampu memukau pandangan mata yang melihat.
Caera segera mengambil tempat di sebelah Dyvette yang sedang melahap makanan di dalam pinggannya.
Dia mencuit pingang Dyvette kerana tidak mengejutkan nya selepas solat subuh. Hampir-hampir sahaja dia terlambat untuk bangun.
Dyvette menjeling ke arah Caera sekilas. Nasib roti dia tak terpelanting.
"Caera dan Vette dah dapat location syarikat kawan anak daddy?" Soal Tengku Noah. Kopi yang masih berasap nipis diteguk perlahan.
"Dah daddy." Jawab Caera dan Dyvette
serentak.Caera memandang ke arah jam Casio yang terlilit di pergelangan tangannya.
"Weh, dah lambat. " Paha Dyvette ditepuk-tepuk.
Mereka segera menghabiskan saki baki makanan dan kelam-kabut bangun menyalam Tengku Ayra dan Tengku Noah.
"Astaghfirullahal'azim budak-budak ni." Tengku Ayra menggeleng.
Si Caera dengan roti bakar yang masih digigit di mulut, hanya melambai dan segera mencapai kunci kereta Audi miliknya.
Tidak lama kemudian, kedengaran enjin kereta Audi nya mengaum dan meluncur laju di atas jalan raya.
"Vette,kau dah check ke location yang daddy bagi?" Caera menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pemanduan. Roti yang masih bersisa sesekali disuap masuk ke dalam mulut.
"Ha,aku terlupa pulak.Kejap aku bukak Waze."Dyvette menyelukkan tangannya ke dalam beg tangan berjenama Chanel kesayangannya.
Telefon diambil dan aplikasi Waze ditekan.
"Kau jumpa tak?" Soal Caera . Matanya sesekali melirik ke arah kawan baiknya itu.
"Ha dah. Kalau ikut location yang daddy bagi,syarikat tu ada dekat Shah Alam." Dyvette menjawab sambil matanya fokus melihat arah yang ditunjukkan di gajet nipisnya itu.
'In 200 metres, turn left.'
Caera segera membelokkan keretanya ke arah kiri.
Parking dicari, dan handbreak ditarik .
"Jom," Caera membuka seatbelt . Sling bag nya yang berada di tempat duduk belakang diambil .
Masing-masing melangkah keluar dan masing-masing melopong.
"Besar siot syarikat ni. " Dyvette bersuara. Matanya galak memerhatikan syarikat yang berdiri gah di hadapan mereka kini.
Nama syarikat yang tertera di dinding bangunan itu dipandang.
A.L.Holdings.
Tanpa melengahkan masa,mereka mengorak langkah ke dalam lobi dan terlihat seorang perempuan yang sedang sibuk menguruskan fail-fail yang bertimbun di hadapannya.
"Assalammualaikum,cik"Caera menyapa perlahan.
"Waalaikumsalam,ya cik ada yang saya boleh bantu?" Humaira memanggung kepalanya. Secalit senyuman manis dihadiahkan kepada Caera dan Dyvette.
"Maaf ganggu, saya nak tumpang tanya.Boleh saya dan kawan saya nak jumpa owner syarikat ni?Kami datang untuk interview." Dyvette mencelah.
Caera di sebelahnya hanya mengangguk.
"Maaf cik,boss tak ada sebab dia sibuk meeting sekarang.Tapi dia ada suruh saya sediakan 2 bilik untuk cik Caera Brunella dan Dyvette Elvaretta.Boleh saya tahu nama cik berdua?" Soal Humaira sopan.
YOU ARE READING
Tersirat di antara Kita
Romance'Tersirat di antara Kita" Mengisahkan seorang kawan yang digelar sahabat, Kasih sayang sahabat sejati tidak dapat dipisahkan sehingga hembusan nafas terakhir. Jika diberi dua perkara antara sahabat dan cinta , mana satu yang menjadi pilihan ? "Me...