BAB 11

42 3 0
                                    

Di pagi yang hening itu, mata Caera mula terbuka perlahan. Matanya yang  masih berair, bersisa tangisan semalam dilarikan melihat tubuhnya sendiri. Tangannya pantas bergerak, menyental tubuh sendiri.

Sungguh dia jijik apabila tubuhnya diratah oleh syaitan bertopengkan manusia itu.Dia segera bangun dari pembaringan. Dirinya sedaya upaya cuba untuk distabilkan . Cairan merah pekat yang sudah kering di pinggir bibir dilap kasar.

Bibirnya pecah akibat ditampar si syaitan durjana itu saat dia meronta-ronta, cuba melepaskan diri. Bunyi pintu dikuak menyentakkan Caera. Susuk tubuh lelaki berbadan sasa itu mula menghampiri Caera. Beg yang berisi pakaian dilemparkan betul-betul di hadapan muka gadis itu.

"Kau mandi guna air dari botol mineral tu. Pandai-pandai kau lah nak buat macam mana sekalipun. Bos suruh kau tukar baju. Tak ada selera  dia nak 'makan' kau semalam. " Lelaki itu menyungging senyuman sinis. Rokok yang dikepit di hujung jari mula diletakkan di bibir.

Caera mengetap giginya kuat . Ikutkan hati, mahu saja dia melayangkan penumbuknya ke muka si bedebah ini. Namun dibatalkan niatnya. Sedikit sebanyak hati Caera lega apabila kewanitaannya masih lagi tidak disentuh oleh sesiapa.

FLASHBACK

"Kau...kau jangan berani nak..nak sentuh aku !!" Caera melontarkan suara sekuatnya. Meskipun diri diselubungi dengan ketakutan, dia tetap cuba melawan.

"Kau jangan nak degil sangat betina!" Rahang Caera dicengkam kasar.
Pantas tangan berurat itu hinggap di pipi Caera.

Bibir Caera mula menitiskan cairan merah.Rasa ngilu mula terbit di pinggir bibirnya. Caera sudah tidak berdaya, dia lantas bertindak menggigit lengan sasa milik lelaki itu.

"Ouch! Shit bitch ! Kau gigit tangan aku! " Jelas suara lelaki itu menahan kesakitan. Tanpa belas kasihan, pipi Caera ditampar buat kesekian kalinya.

Caera sudah terteleng ke kiri. Darah membuak-buak turun dari bibirnya. Pandangannya mula berpinar-pinar.

Perlahan, darah itu mula menitik mengenai lengan sasa lelaki tersebut . Segera dia mengundur diri.

" Kau tunggu habuan kau esok.Dah jom tak ingin aku nak ratah betina bau longkang macam kau.Muka saja cantik." Lelaki itu segera meninggalkan Caera keseorangan. Anak buahnya yang sedari tadi memerhati , mula mengikut jejak langkah ketuanya.

Caera hanya memandang sepi pemergian bayang-bayang lelaki itu. Perlahan, dia memejamkan mata dan mulai terlena. Dia telah penat meronta. Tidurnya disulami air mata. Tanpa dipinta, butir mutiara jernih itu mengalir turun di pipi mulus milik Caera. Hatinya terasa hiba. Mengapa  dia yang harus melalui semua ini?

END FLASHBACK.

Caera segera menyarung pakaian yang di hantar oleh anak buah syaitan itu. Anak buah pun sama perangai menyetan. Segera dia mengemaskan diri dan menjamah sedikit roti yang dibekalkan kepadanya. Dalam sibuk menghabiskan sisa roti, kedengaran derapan kaki seseorang menghampiri Caera.

"Kau dah mandi?" Man mula bersuara.

"Muka aku nampak macam tak mandi lagi ke?" Jelingan tajam dihadiahkan oleh Caera kepada si lahanat itu.

"Kau jangan nak sombong sangat perempuan. Kalau boss aku tak nak ratah kau, sini aku sambung." Man mula mendekati Caera.

"Stop it ! " Caera mula mengundur, kakinya menendang-nendang seperti anak kecil. Mengelak dari dihampiri lelaki durjana itu.

Man yang tadinya mendekat, mula mengundur ke belakang sebelum dia melepaskan tawa yang besar.

"Hahaha. Kau tahu pun takut.Nasib boss tak bagi aku sentuh kau je.Kalau tak dah lama aku 'rasa' kau tahu!" Gertak Man sengaja. Asap rokok disedut sebelum dihembus ke wajah Caera .

Man segera berlalu pergi dan pada masa yang sama, muncul susuk tubuh seorang lelaki lengkap memakai hoodie dari muka pintu. Tubuh Caera mula menggigil ketakutan. Apatah lagi saat dia terpandang perbuatan lelaki itu yang mula mengunci pintu.

"Kau...kau nak apa hah?! " Caera mula menjerit nyaring. Badannya perlahan-lahan diundurkan ke belakang.

"Aku? Simple je. Aku nak kau lah bodoh ! " Lelaki itu mula menengking. Tubuh Caera didekati sebelum mata itu tepat bertembung dengan mata Caera.

"Lepaskan aku lah! "Caera mula meronta-ronta.

"Aku...aku akan lepaskan kau bila kau rasa menderita macam yang apa yang aku rasa ! " Lelaki itu mula menghimpit tubuh Caera. Dirinya mengepung tubuh kecil itu.

"Aku...aku tak buat salah dekat kau pun. " Suara Caera mulai mengendur. Pandangannya dihalakan ke arah lantai. Matanya mula kabur dek kerana air mata yang memenuhi.

"Kau tengok betul-betul mata aku ni!Kau akan kenal aku siapa."  Dagu Caera dipagut kasar, memaksa gadis itu memandang tepat ke dalam anak matanya. Lantas, satu gelak sinis dilemparkan.

Caera merenung mata itu sedalam-dalamnya. Tidak semena-mena, air matanya mula laju menuruni pipi. Dia menggeleng perlahan, seakan tidak percaya dengan siapa dia berhadapan sekarang.

Orang yang sangat dia cintai kini sudah mengkhianatinya.

Caera menangis semahunya.Dia cuba menidakkan firasat hatinya . Itu bukan lelaki yang dia sayang selama ini.Bukann....

Lelaki itu mengambil jarak sebelum dia tangannya mula bergerak mencapai sesuatu. Alat rakaman di ambilnya. Butang record ditekan.

Segera lelaki itu menampar pipi Caera buat kesekian kalinya. Wajah Caera yang pucat tidak bermaya itu tidak dipedulikan.

"Kau..kau tahu tak betapa aku sengsara hidup seorang diri ! Kau tahu tak ?! Kau tak tahu la bodoh sebab..kau ada family! Bukan macam aku seorang diri ! " Lelaki itu mula menunjal-nunjal kepala Caera dengan kasar.

Air mata semakin deras mengalir menghiasi pipi pucat Caera. Esakkan kini mula menghiasi bilik itu.

"Aku nak kau rasa macam mana perasan aku selama ni ! " Lelaki itu kembali menghampiri Caera. Tubuh kecil Caera ditampungnya dan dihempas laju di atas katil. Fabrik yang menutupi tubuh gadis itu dikoyak kasar.

"No...no...to...tolong jangan sentuh aku! " Kaki Caera mula menendang-nendang. Kejadian semalam terimbas kembali di kotak fikirannya.  Dia trauma !

" Kau diam ! " Tanpa belas kasihan, pipi kanan Caera menjadi habuan tamparannya.

Lelaki itu kembali meneruskan perlakuannya,  meneroka tubuh Caera tanpa kerelaan gadis itu.
Caera di layan seperti binatang.
Apabila gadis itu mula meronta, mulutnya disumbat dengan cebisan kain hasil koyakkan baju sebentar tadi. Diseksanya fizikal dan mental Caera tanpa sekelumit pun rasa belas kasihan. Apa yang ada hanyalah dendam amarah yang merajai diri.

Badan Caera mula menjadi lemah lesu apabila terpaksa berlawan dengan syaitan itu. Tenaga dia semakin berkurangan. Akhirnya dia pasrah, matanya mula kabur. Pandangan Caera mula berbalam-balam sebelum dia mulai pengsan akibat fizikalnya yang terlalu sakit menerima tamparan. Matanya mula terpejam rapat, dan di saat dia mahu membuka mata nanti, dia berharap ini semua hanyalah mimpi ngeri yang tidak pernah hadir di dalam hidupnya.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now