BAB 14

43 1 0
                                    

Mata Afeef liar memerhati keluarga bahagia di hadapanya. Kelihatan seorang gadis yang berumur 17 tahun sedang memegang segulung Sijil.Mata Afeef tertancap pada susuk tubuh gadis itu. Dipandang bagai tidak mahu lepas.

"Satu hari nanti,aku akan memiliki kau Caera." Senyuman senget mula terukir di bibir. Kaca mata hitam kembali dipakai sebelum enjin keretanya menderum laju meninggalkan sekolah elit itu. Senang sahaja baginya hendak mencari latar berlakang keluarga ternama itu.

Kepalanya mula menyusun strategi untuk menarik perhatian gadis bermata hazel itu. Apabila dia mendapat berita bahawa gadis itu akan melanjutkan pelajarannya ke Korea, hati Afeef mula berputik rasa bahagia. Inilah masa yang di tunggu-tunggu.

KOREA

Dari kejauhan, terlihat gadis itu berseorangan ketika mahu membeli air. Gadis itu mula melangkah sambil meneguk air yang dibelinya dengan rakus. Afeef berjalan dengan pantas dan sebelum dia sengaja merempuh Caera yang berada di hadapannya.

Cawan yang dipegang Caera sedari tadi jatuh menyembah lantai, tubuh kecilnya yang hampir jatuh pantas disambut oleh Afeef . Mata bertentang mata. Dunia terasa bagai terhenti buat seketika.

Afeef segera meleraikan pautannya di pinggang Caera sebelum satu senyuman nipis dilemparkan.

"Miss, I'm sorry. Sa..Saya tak sengaja. " Wajah Afeef mula beriak gusar.

"It's okay.You ni orang Malaysia ke ?" Ramah Caera menyoal sambil menghadiahkan segaris senyuman kepada jejaka di hadapannya.

"Ya. I orang Malaysia. Erm, kalau you tak keberatan, jom kita pergi makan nak ? Anggap jelah sebagai tanda maaf I dekat you. " Afeef memberi senyuman yang mampu mencairkan hati para gadis.

"Sure. Jom," Caera sudah mula mengorak langkah. Cawannya tadi diambil sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Mereka berjalan beriringan ke arah kedai minuman Korea yang tersedia di deretan kedai di situ . Kerusi ditarik sebelum pungung dilabuhkan.

"You ni baru atau dah lama dekat Korea ni? " Soal Caera berbasa-basi.

"Tak lah. I baru sampai sini 2 hari lepas. My family suruh I buat practical dekat sini.You pulak ? " Afeef merenung wajah tanpa cela di hadapannya.

" I pun baru sampai juga. Baru nak hirup udara dekat sini. Lagi pun , I akan sambung belajar dekat sini. "

"Ouh. Boleh la kita berjumpa selalu.Itu pun kalau you sudi." Afeef mengukir senyuman manis.

"Sure. Tapi kalau I ada kelas, I will inform you. Can I get your phone number? " Balas Caera teruja. Iyelah, terjumpa orang senegara.

"Sure," Afeef mula menggagau telefonnya yang berada di dalam poket dan segera diserahkan kepada Caera

Jari Caera pantas bergerak menaip sesuatu di atas skrin leper itu. Tak sampai seminit, dia memulangkan kembali gajet mewah itu kepada tuannya.

"By the way, what is your name? I'm Caera Brunella. Just call me Caera." Caera menghulurkan salam perkenalan.

"Wow ! Such a nice name. I'm Afeef Hilel. Just call me Feef. " Huluran Caera disambut kemas oleh Afeef.

Seketika, datang seorang pelayan menghidangkan coffee yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. Caera dan Afeef serentak mengucapkan terima kasih.

" Komaksimida unnie. "

"Cheonmabeyo." Gadia Korea itu memberikan secalit senyuman manis kepada mereka berdua.

" Wow ! You boleh speak Korea ke? " Tanya Caera teruja.

" I sikit-sikit tu boleh la.You memang pandai cakap Korea ke? " Soal Afeef dengan riak ingin tahu.

" I boleh cakap Korea. Itu yang my daddy hantar I further study dekat sini.You kenal tak Tengku Emir Noah?itu lah daddy I. " Jawab Caera bernada ceria.

" Sorry . I tak kenal sangat ahli korporat ni sebab ayah I doc juga, itu yang kurang sikit ambil tahu pasal dunia luar. " Afeef tersenyum sumbing.

" Ouh. it's okay.You ni bakal doc ke? "

" Ya. I kena uruskan patient dekat sini."

" Oh,wow . " Kopi yang terletak di atas meja dicicip perlahan oleh Caera. Dia meneliti sekilas jam yang kemas terlilit di pergelangan tangan.

"Feef, I got to go.See you later.Bye." Caera segera bingkas bangun dan menghadiahkan satu senyuman manis sebelum tergesa-gesa melangkah pergi .

Afeef masih setia di tempat duduknya. Cawan yang terisi kopi dimain-mainkan dengan tangan. Satu senyuman kemenangan muncul di bibir. Gembira apabila jerat yang dipasang sudah mengena.

Pada malam itu, Afeef segera membelek telefonnya dan senarai kenalan menjadi sasaran. Nama Caera dicari sebelum dia pantas menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

'Hello, I'm that guy.' Afeef menaip ringkas .

Beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi menandakan adanya mesej masuk.

'Ouh, hi. Sorry for the late reply.I siapkan assignment sikit tadi.'

' It's okay.You dah dinner?'

' Nope. I'm a little bit busy. Tak sempat dinner lagi. '

' Let's go out for dinner.Nak? ' Afeef cuba memancing.

'Sorry. Maybe next time.'

Afeef mengeluh hampa.

' It's okay. I faham you busy sikit tapi dinner jangan lupa makan. '

' Okay. I nak tidur dulu.Annyeonghi Jumuseyo Feef. '

' Annyeonghi Jumuseyo Caera. ' Afeef melemparkan telefonnya ke atas katil

Dia lantas berbaring di atas katil bersaiz king miliknya.Walaupun plannya malam ini tidak berjaya, dia tetap akan buat Caera jatuh hati kepadanya kelak. Sesaat, senyuman jahat mula terukir di wajah tampannya.

Setelah hampir dua minggu Afeef menghubungi Caera melalui WhatsApp, dia memulakan niat untuk membawa gadis itu berjalan-jalan.

" This is the first step. " Gumam Afeef perlahan sebelum tangannya bergerak menekan butang call yang tertera di skrin telefonnya.

" Yeoboseyo.Caera can we meet today ? "

"Ne.Jeoseumnida." Caera di talian pantas sahaja bersetuju. Ialah, sudah tiga hari dia terperap semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarahnya.

Senyuman sinis mula terbit di pinggir bibir Afeef.

" Kejap lagi kita jumpa dekat that cafe. Our fist met. Remember? "

" Ne, I ingat. " Caera segera mematikan panggilan dan mula menyiapkan diri.

Afeef meneliti jam ditangannya.Sudah 3 minit dia menunggu. Dari kejauhan, terlihat kelibat gadis yang ditunggunya sedari tadi berlari-lari anak ke arahnya

"Sorry. I'm late." Wajah Caera jelas terbias riak bersalah.

" It's okay. Let's go. " Afeef memegang tangan Caera selamba.

" Kita nak pergi mana Feef ? " Caera hanya membuntuti langkah Afeef.

"Ouh, kita nak pergi shopping harini. " Tutur Afeef dengan riak wajah bersahaja.

"Wow ! Seriously ?! " Caera mula teruja

Mereka berjalan di Kota Seoul. Dari kejauhan, mereka tidak ubah dilihat bagai pasangan kekasih. Perlahan, Afeef mengukir senyuman gembira. Gembira kerana misinya hampir berjaya. Genggaman di tangan Caera dieratkan.

Tersirat di antara KitaWhere stories live. Discover now