Aku berjalan keluar dari arah dapur dengan membawa minuman di atas dulang untuk dihidangkan kepada suami aku dan mak mertua aku. Tapi aku terdengar pertengkaran antara mereka berdua"Mama, Baek tak pernah kata nak kahwin, berapa kali dah bagitahu Mama. Jangan paksa Baek macam ni lah, Baek tak suka"
Baekhyun terus menghempas majalah yang dipegangnya tadi di meja.
"Baekhyun! Mama just nak Baek layan dia seperti isteri biasa susah sangat ke? Kenapa Baek macam ni?"
"Baek jadi macam ni sebab tak suka. Mama akan layan ke something yang Mama tak suka? Tolong lah faham, Baek pun ada perasaan bukannya patung or robot yang ikut arahan je"
Baek berlalu pergi meninggalkan Mama nya dan langkahnya terhenti di hadapan aku
"Kemas barang kau, kalau kau nak ikut aku balik. Kalau tak nak dan nak tinggal dengan mak mertua kesayangan kau tu, silakan"
Baekhyun terus berjalan menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Pintu biliknya di tutup dengan kuat kerana perasaan marahnya
******
20:30 p.m.
Baekhyun membawa barang dan beg ke dalam kereta dan kemudian menghidupkan enjin kereta. Aku hanya bersalam dan memeluk mak mertua ku dan berjalan menuju ke dalam kereta
Baekhyun terus memandu keluar dan meninggalkan rumah agam milik mama nya.
Setiba nya kami di rumah Baekhyun, dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku. Aku terus mengambil barangan aku dan membawa masuk
Aku berjalan menuju ke bilik aku tapi Baekhyun menghalang dan berdiri di hadapanku
"Jangan lupa, kau ada dekat sini pun sebab Mama je. Jangan ingat sebab aku suka or simpati dekat kau"
Baekhyun terus berjalan menuju ke biliknya dan pintu sekali lagi ditutup dengan kuat. Aku menahan air mata aku sambil berjalan menuju ke bilikku
[Author : We will see how this story going 👋🏻 ]
YOU ARE READING
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fanfic"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021