Ep 17

70 6 0
                                    


[Byun's Foodie]

Baekhyun duduk di kerusi kerja nya sambil menyandar dan memejamkan matanya. Pintu biliknya dibuka

"Oi, Encik Boss"

Suho teru berjalan dan duduk di hadapan Baekhyun. Fail yang di bawa nya tadi di letak atas meja Baekhyun

"Apa hal yang muka kau macam ikan pekasam ni? Masam je" kata Suho sambil mengorek telinga nya menggunakan jari

"Aku confused lah Suho"

"Confused? Antara ChaeRin or Soojin?" Suho memandang wajah Baekhyun. Baekhyun mengambil fail tersebut dan menghempuk kepala Suho

"Boleh tak, tak payah sebut nama perempuan tak guna tu" Baekhyun menjeling

"Dah tu confuses apa? Aku tanya kau tak jawab" Suho menggosok kepalanya kerana sakit

"Aku risau and gelisah kalau tak jumpa dia sehari. Tapi entah kenapa aku tak tahu perasaan aku ni" Baekhyun mengusap dadanya perlahan

"Haa, aku tahu macam mana nak kenal pasti perasaan kau tu" Suho terus mencapai telefon ganggang di atas meja Baekhyun dan mendail nombor

[Baekhyun's House]

Sebuah kereta berhenti di halaman rumah Baekhyun kerana pagar tidak di tutup. Aku terus keluar dan melihat ianya adalah kereta Jaewook . Aku terus berjalan keluar menuju ke arah Jaewook

"Jaewook, apa kau buat kat sini? Macam mana kau boleh tahu rumah ni?"

"Aku jumpa aunty Minyoung tadi. Btw, salah ke aku datang?" Jaewook menepuk lembut kepala ku

"Tak salah tapi, kenapa kau datang?" Aku berasa gelisah tiba²

"Ada orang call aku kata kau tak sihat, so aku datang lah" Jaewook tersenyum manis

"Siapa? Siapa pulak call kau?"

Belum sempat Jaewook menjawab soalan, kereta Baekhyun memasuki perkarangan rumah. Hati aku tiba² berdetk laju, mungkin kerana gelisah

"Kau ok tak ni?" Jaewook meletakkan tangannya di atas kepala aku. Tiba² tangan Jaewook di tepis oleh Baekhyun

"Kau buat apa kat sini?" Baekhyun memandang Jaewook serius

"Eh bro, sorry lah. Aku dapat call tadi kata Soojin tak sihat. So aku datang nak tengok dia" Jaewook masih tersenyum

"Dia sakit ke, dia sihat ke itu urusan aku. Kau tak perlu tunjuk belas kasihan kau dekat sini. Tak laku" Baekhyun terus memeluk aku dengan merangkul pinggang ku

"Bro, even kau suami dia salah ke aku nak lawat dia sebagai kawan? Habis kalau apa² jadi dekat dia aku nk biar je? Tak boleh lawat langsung? Kau ni cemburu buta sangat bro" wajah Jaewook berubah serius

"Kalau aku cemburu masalah dengan kau ke?"

Aku terkedu dan terdiam. Baekhyun mengaku dia cemburu? Baekhyun?

"Kalau ada apa² call aku Soojin. Aku balik dulu" Jaewook senyum ke arah ku dan terus berlalu pergi

"Awak! Yang awak marah dia kenapa? Dia bukannya nak apa² kan saya pun" aku memandang wajah Baekhyun geram

Baekhyun terus menarik tanganku dan kami berjalan masuk ke dalam rumah. Tiba di ruang tamu Baekhyun menolak aku perlahan dan aku terduduk di atas sofa

"Aku tak suka. Faham?" kata Baekhyun dengan wajah serius nya

"So? Memang betul kan dia datang nak lawat saya" aku melawan kata² Baekhyun

"Kalau ya pun nak lawat orang sakit, perlu ke pegang² bagai. Tengok je dah lah" Baekhyun mencebik bibirnya dan aku tersedar dia terlihat comel

"Awak ni kan, kalau cemburu comel" aku mencubit pipi Baekhyun

[Konjae Company]

Aku menuju ke cafeteria kerana waktu rehat. Aku membeli kopi ais dan duduk di kerusi untuk menunggu giliran. Tiba² seorang wanita berdiri di hadapan aku

"Hi Soojin, long time no see" ChaeRin tersenyum ke arah aku

"Oh Cik Park. Buat apa dekat sini?" Aku tersengih

"Tak nak jemput duduk ke?"

"Eh sila lah" aku menahan gelisah

"Soojin, I datang ni nak tanya something. U free tak lepas waktu kerja?" ChaeRin tersenyum sinis

"Free je, kenapa?"

ChaeRin terus memberikan kad bisnes nya dan menunjukkan gaya call untuk suruh aku call dia. Dia terus bangun dan berlalu pergi

"Apa masalah dia eh, tiba² bisu" kata aku dalam hati

4 hours later

Aku tiba di satu tempat taman yang ChaeRin minta aku datang untuk jumpa dengan nya. Well maybe sebab taman ni dekat kawasan terpencil jadi tiada ramai orang. Aku hanya menanti di bangku bawah pokok dan akhirnya aku tertidur

3 hours later

Aku terbangun dan aku melihat aku berada di sebuah gudang besar. Aku cuba untuk melihat kawasan sekeliling tetapi aku sudah diikat dan mulut aku di selotape

"Hello Mrs Byun. Aku tak jangka yang kita akan jumpa macam ni" ChaeRin tersenyum sinis ke arah aku. Aku sedar tetapi sudah terlambat

"Kau nampak kertas depan muka kau tu? Well kau belum buta so mesti kau boleh nampak kan. Senang je, kau sign tanpa kata apa² dan aku tak nak kau muncul dalam hidup Baekhyun lagi" ChaeRin tergelak gembira

Orang suruhan nya membuka ikatan tangan aku dan berdiri bersebelahan mengawasi aku. Aku membuka selotape mulut ku

"Sebelum aku sign. Aku ada something nak bagitahu kau" aku memandang ChaeRin

"Ok lah, apa kau nak cakap?"

"Aku tak perlu sign kertas mengarut kau ni. Sebab tak lama lagi aku dengan dia akan berpisah. Well 1 bulan lagi. So kau tunggu je lah" aku memandang ChaeRin dengan wajah sinis. ChaeRin mendekati aku dan menarik rambut aku

"Hei perempuan! Sekarang ni, kau yang kena dengar cakap aku. Bukan aku dengar cakap kau. Kau sign paper tu"

"Kalau aku tak nak?" aku menahan geram

"Simple, aku tembak kau sekarang jugak. So pilih" ChaeRin tersenyum

[To be continued ]

Maaf, kalau tak best. Thanks for read 🙏🏻

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now