[Incheon International Airport]Aku, Baekhyun, aunty dan mama Baekhyun berada di airport hari ni. Well as Baekhyun plan dia nak mama dia dengan aunty aku pergi Jepun untuk 1 minggu.
"Baekhyun jaga Soojin elok2 tau, kalau dia nakal Baekhyun bagitahu aunty" Kata aunty aku sambil tersenyum
Baekhyun hanya tersenyum dan tidak menjawab apa2.
"Baekhyun, betul tak nak ikut ni?" Kata mama Baekhyun risau
"Ya Ma, kalau dah sampai sana call ya" kata Baekhyun dalam keadaan risau
Mama Baekhyun dan aunty terus berjalan pergi meninggalkan kami berdua. Aku dan Baekhyun hanya melambai mereka pergi dengan senyuman tetapi Baekhyun hanya terdiam dan tidak berkata apa2
"Awak, Awak ok tak ni?" Aku melihat Baekhyun dan Baekhyun terus berjalan pergi meninggalkan aku
Aku berjalan laju untuk mengejarnya dan menuju ke tempat parking. Aku terus menarik lengan Baekhyun dan dia berpusing melihat aku
"Awak ni kenapa? Sepatah apa tak cakap kalau saya tanya? Benci sangat ke awak kat saya? Saya ni macam nak gila risaukan awak, tapi sikit pun awak tak peduli" aku terlalu beremosi sehingga aku tak sedar mataku sudah berair
"Aku tak ada suruh kau risaukan aku. Aku nak cakap ke tak, itu hak aku" Baekhyun berjalan pergi kemudian dia menoleh kembali
"Oh, one more thing. Yes, i hate U!" Baekhyun terus berjalan pergi menuju ke kereta
Aku hanya terdiam dan berjalan sambil mengesat mataku. Aku tahan sakit hati ku ini dan hanya mendengar kemarahan dia terhadap aku
*****
[Baekhyun's House]
Hari ni aku cuti jadi aku nak jadi rajin. Aku perlu kemas rumah yang hampir macam hutan ni kerana terlalu sibuk. Well, Baekhyun? Dia pergi kerja hari ni.
"Ding Dong"
Aku terus pergi ke arah monitor dan terlihat sosok wanita yang tidak aku kenali. Aku terus menekan button mic.
"Ya siapa?"
"Saya Park Chae Rin, kawan Baekhyun"
Aku terus terkejut dan terdiam. Aku sangat kenal nama itu walaupun tidak mengenal rupanya.
"Maaf, Tuan Byun tiada di rumah sekarang" Aku berpura pura untuk berlakon seperti maid untuk keselamatan aku dan Baekhyun juga
"Boleh saya masuk dan tunggu di dalam. Saya ada benda mustahak nak kena bincang dengan Tuan awak"
Aku mulai ragu2 dan cemas. Ini bukan rumah aku, kalau aku buat suka2 hati aku makin mengamuk lah mamat tu. Aku terus mencapai telefon dan memanggil Suho
"Suho, kau kena tolong aku. Sekarang!"
2 hours later
Kereta Suho memasuki perkarangan rumah Baekhyun. Dia terus berlari masuk ke dalam dan terlihat Chae Rin sedang duduk menikmati kopi panas
"Chae..Rin. Kau buat apa kat sini?"
"Suho? Kau pun datang nak jumpa dia?" Kata Chae Rin sambil tersenyum sinis
"Ha, haah. Mestilah, best friend aku kan" Suho mula mengelap peluhnya
Aku menjengah ke arah ruang tamu dan memanggil Suho
"Aku nak ke bilik air jap" Suho terus berjalan meninggalkan Chae Rin
"Kenapa kau bagi dia masuk?" Bisik Suho dalam nada marah
"Mana lah aku tahu, aku dh kata Baekhyun takde kat rumah. Dia tunggu jugak, dh tu takkan lah aku nk biar jee dia kat luar tu" aku bisik perlahan dalam keadaan cemas
"Sekarang ni Baekhyun mana?"
"Dia tak balik lagi. Kau call lah dia. Kau ingat dia nak angkat kalau aku call?" Aku terus berjalan ke arah sinki
Suho mendail nombor Baekhyun dan berjalan menuju ke ruang tamu
1 hours later
Kereta Baekhyun memasuki perkarangan rumahnya dan dia terus turun dari kereta dan memasuki rumahnya. Dia terus berdiri mencekak pinggang apabila dia melihat Chae Rin
"Apa kau nak?" Kata Baekhyun kasar
"Kau? U marah sangat ke sampai macam tu U panggil I?" Kata Chae Rin dalam nada manja
"Kau nak apa? Jawab atau aku panggil polis" Kata Baekhyun marah
"Wow, macam tu ke U sambut kekasih U?"
"Bekas!" Baekhyun meninggikan suaranya
"Baekhyun, I nak jumpa U sebab I rindu U. 4 Tahun kita tak jumpa, tapi I tak sangka yang U sampai macam ni layan I." Kata Chae Rin dalam nada manja
"Macam mana kau boleh masuk? Siapa benar kan?" Baekhyun meninggikan suaranya
Aku mula cemas dan gemuruh apabila mendengar suara itu. Aku, aku lah yang bagi dia masuk. Mungkin aku dh boleh tempah kubur siap2
"Maid U lah"
"Maid? Maid ma" kata2 Baekhyun terhenti dan dia melihat ke arah tingkat atas dan terus mengeluh
"Keluar sekarang, aku tak nak jumpa kau"
Chae Rin terus bangun dan memeluk Baekhyun. Baekhyun cuba menolak pelukan itu tetapi ChaeRin semakin memeluknya dengan erat.
"Chae Rin!" Baekhyun menengking Chae Rin
"Baekhyun, I minta maaf kalau I buat U sakit hati. I minta maaf, I tak ada niat nak sakitkan hati U" kata Chae Rin dan air matanya mengalir
Baekhyun terus menarik tangannya dan mengheret Chae Rin keluar dan menolak nya
"Past is past. Kau dah tak wujud dalam hidup aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi" Baekhyun menghempas pintu dan berjalan dengan marah ke tingkat
"Perempuan! Mana kau, perempuan mana kau!" Baekhyun menolak semua pintu untuk mencari aku
Baekhyun turun dari tingkat atas dan langkahnya terhenti apabila melihat aku di bawah berdiri di tengah jalan
"Kau! Apa kau buat perempuan! Kau memang betul2 uji kesabaran aku!" Baekhyun menggenggam tangannya di sisi nya
"Mian, dia kata dia kawan awak. Jadi saya bagi masuk. Saya tak tahu yang awak tak"
"Kau tak tahu! Tapi kau buat. Ni rumah aku bukan rumah mak bapak kau sesuka hati kau. Mak bapak kau tak ajar ke cara adab?" Baekhyun memotong kata2 ku dan menahan kemarahannya
Mataku mula bergelinang apabila dia menyebut mama dan papa aku. Aku cuba menahan sabar dan hanya memandang ke bawah
"Aku tak tahu lah ek apa yang mama aku tu suka sangat dengan kau. Patutlah mak kau tinggalkan kau, sebab perangai kau"
Aku terus menampar muka Baekhyun. Air mata aku mengalir tanpa aku sedar
"Awak boleh benci saya. Awak boleh hina saya. Tapi jangan babitkan mama saya dalam hal ni. Melampau!" Aku terus berlari menahan air mata ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik aku
Aku menekup wajah aku dengan bantal dan menahan kesakitan hati
"Bro, apa kau buat? Dia tak tahu apa2 pun. Perlu ke kau marah dia sampai macam tu?" Suho mengerutkan dahinya
Baekhyun melepaskan tumbukkannya ke dinding dan dia menunjukkan wajah kesal.
![](https://img.wattpad.com/cover/268076764-288-k721247.jpg)
YOU ARE READING
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021